Atas permintaan anak sulung ku aku siapkan juga la tart ni..kalau nak cakap tak larat memang la tak larat dengan baby kecil yang baru umur 2 bulan tu..tapi sian lak bila dia cakap 'mama buat la blueberry tat kakak nak bawa gi school skit'..hmmm maka aku gagahkanla siapkan fillingnya sambil prepare dish untuk dinner semalam. Lagipun shell dah siap.Cuma buat filling je. Jadi kat sini aku tak tunjukkan la resepi untuk buat shell. Kalau nak resepi tart shell, sila klik di sini. Kalau letak entry yang sama banyak-banyak nanti orang bosan nak tengok blog aku lak, nak copy pes pun boleh tapi apa salahnya kalau kita letak link je ke entry terdahulu kan?
Pukul 10 malam baru siap BCT aku nih...mata dah ngantuk sebenarnya..apa-apa pun lets check the recipe..nanti u all cuba tau..tapi aku buat tak cantik la rupa blueberry filling tu sebab aku tak deco pun...aku senduk pakai sudu je..tak per la sebab nak masuk mulut sendiri kakakak (what an excuse!)..kalau nak berniaga kena la deco cantik-cantik nanti tak laku lak! Ini BCT versi aku..rupa tak lawo but the taste never fails! heheh (kes puji masakan sendiri nih!)
BCT tige sederet
BLUEBERRY CHEESE TART
Bahan-bahan:
Tart shell secukupnya
Blueberry filling - aku beli kat kedai bakeri Ting Hoa depan Agro Bank Tg Malim tu
250 gm cream cheese
1 biji telur
50 gm gula icing
Cara-caranya:
1. Satukan cream cheese, telur dan gula icing ke dalam mangkuk dan dipukul hingga halus dan rata.
2. Ambil tart shell. Sendukkan cheese filling ke dalam piping bag dan pipe kan ke dalam shell 3/4 penuh.
3. Sendukkan blueberry filling dengan menggunakan sudu teh ke tengah-tengah filling cheese. Tekan-tekan supaya blueberry masuk ke dalam cheese.
4. Decokan mengikut kreaviti masing-masing. Aku tak deco pun. Malassss hahahaa
5. Susun tart atas dulang pembakar dan bakar dalam oven pada 160'C selama 5 -8 minit atau hingga cheese agak keras. Bila sentuh cheese dan cheese tak melekat pada jari maksudnya tart dah siap.
6. Keluarkan dari oven dan sejukkan.
HMMMMM YUMMMY!
No comments:
Post a Comment