Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Thursday, April 21, 2011

Nasi Goreng Kerabu

Selamat pagi dan salam satu Malaysia...hari ni aku buat nasi goreng for bekpes..marveles sungguh! Dah lama tak makan nasi goreng macam gini..tapi nasi goreng ni kalau adik ipar aku buat laaaaagggiii syedap...terer sungguh dia goreng nasi ni..tapi dia dok jauh benor kalau aku nak memanjakan diripun..maka terpaksala aku masak sendiri...guna apa yang ada kat belakang umah aku ni..tadi lepas antor wawa gi tadika aku singgah kat kuarters kutip pokok pegaga, kutip serai (maklumle serai kat umah aku dah pupus, baru tanam tak leh kutip kutip lagi) kutip daun kunyit..kutip daun kesum...terima kasih tidak terhingga diucapkan kat mak cik cleaner kerana sudi tolong jaga tanaman kat tempat aku kerja ni...tolong siram dan tolong gembur pokok...boleh aku mengutipnya..kali ni aku buat nasi goreng kerabu letak daun serai kayu...hah mesti ramai yang tak kenal daun serai kayu kan? Aku tatau la kat negeri lain panggil apa tapi kat negeri aku negeri cik siti wan kembang nun kami panggil serai kayu...pokok ni available kat umah aku..aku tanam kat bakang umah...kalau ada yang belum kenal, pokoknya macam kat dalam gambar ni..





Kalau nak buat kerabu ambik pucuknya aje..yang muda macam ni..selalu orang letak dalam laksa dan laksam..




Dan terhasil la nasi goreng kerabu untuk bekpes aku pagi nih





NASI GORENG KERABU

Bahan-bahan:


2 mangkuk nasi semalam - dileraikan
3 ekor ikan kembung goreng - lebih semalam gak, diracik-racikkan
4 batang serai - hiris nipis kemudian tumbuk
1 tangkai daun kari
Beberapa helai daun limau purut - tak payah hiris supaya senang nak ketepikan bila nak makan nasi kecuali la kalau suka gigit daun limau purut boleh la dihiris nipis.
Beberapa kuntum daun pudina
Kicap masin dan manis
Garam dan gula
Minyak untuk menumis

Bahan tumbuk lumat:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan
2 cm halia
4 biji cili api

Bahan hiris nipis:
1 helai daun kunyit
Segenggam daun serai kayu
Beberapa tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan
2 batang kacang panjang (aku tak letak sebab tak ada)


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis daun kari hingga wangi. Masukkan ikan kembung goreng yang telah diracikkan dan goreng hingga ikan garing.

2. Masukkan pula bahan tumbuk dan serai dan ditumis seketika hingga wangi bau serainya.

3. Masukkan nasi dan dikacau rata. Taburkan bahan hiris, masukkan kicap dan garam. Akhir sekali masukkan daun limau dan daun pudina. Terbalik-terbalikkan nasi.

4. Hidangkan. Sesuai untuk breakfast mahupun dinner.

No comments:

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...