Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Monday, April 18, 2011

Buat Tart Shell Dulu - Fillingnya esok kot!

Last week jalan-jalan dengan anak sulung aku kat pekan Tg Malim aku masuk le ke kedai baking ingredients kat depan Agro Bank tu...terlanjur kaki melangkah masuk ke kedai tu mula la mata aku melilau nak sopping apa...maklum la baru withdraw duit kat ATM kakakakaa...first time masuk kedai ni..selalu lalu je sebab susah nak park keta kat jalan besar ni...bagus juga kedai tu ada jual macam-macam termasukla acuan tart yang dijual pada RM8.50 untuk 10 biji..aku beli la 10...dah balik umah nyesal lak beli 10 je..tak ke jenuh tu nak bakar tart 10 jer dulu then after shell tu masak (usually dalam 20 minit) kena lak tunggu dia sejuk skit baru kuarkan shell tu then buat yang lain and bakar lagi...haishhhh awat la aku tak beli banyak skit..20 ke 30 ker...ishhh esok kena gi lagi lah kedai tu...(alasan nak pegi lagi hihihi)

Hari ni buat shell dia je dulu..fillingnya esok!

Dah ready untuk masuk oven...jangan lupa cucuk-cucuk shell before baking




Close up!



Dah masak!..Leh la simpan dulu...filling apa ye nak buat...blueberry cheese or egg filling? Hmmmm




Kita tengok resepi tart shell dulu...fillingnya akan di postkan dalam entry akan datang...


TART SHELL

Bahan-bahan:

200 gm tepung
75 gm gula icing
1 biji telur
100 gn mentega

Cara-caranya:

1. Satukan semua bahan dalam bekas. Uli hingga menjadi doh. Bulatkan sebesar ibu jari kaki dan ditekan ke dalam acuan tart. Elokkan tepinya

2. Bakar dalam oven pada 160'C selama 20 minit. Simpan shell yang telah masak untuk kegunaan bila perlu.

Filling epal sila klik di sini. Untuk filling blueberry cheese sila klik di sini.

No comments:

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...