Potongan tak berapa cantik...tapi rasa syedap sangat...wawa kat "dap nya mama"!

Ignore potongan yang smudgy tu ye..aku yang tak pandai potong ahakkksss

Jadi ini resepi dari My Resepi yang aku olah balik dalam ayat aku..
KUIH TALAM GULA MERAH
Bahan A:
3 camb penuh tepung gandum + tepung beras - jadikan 1 cawan
150 gm gula merah
2 1/2 camb gula pasir
2 cawan air
2 helai daun pandan - simpulkan
Secalit kapur - jangna banyak sangat takut tepung keras nanti
Beberapa pewarna coklat - aku tambah sendiri sebab kaler gula merah aku kurang memberangsangkan
Bahan B:
1/3 cawan tepung beras
1 1/2 cawan santan
Garam secukup rasa
Cara-caranya:
1. Bahagian bawah: Gula merah, gula pasir, kapur, pewarna (tanak letak pewarna pun tak per) dan daun pandan dididih di dalam air hingga gula larut. Sejukkan dan tapis. Masukkan air gula ke dalam tepung dan dibancuh hingga sebati. Didihkan air di dalam pengukus. Ambil loyang, leserkan minyak pada loyang dan ditapis bancuhan bahan A ke dalam loyang dan dikukus selama 30 minit atau hingga masak. Bila dah masak angkat dan lorek-lorekkan dengan garfu supaya bahan B melekat diatasnya nanti. Jika air dalam pengukus dah habis, tambahkan lagi airnya.
2. Bahagian atas: Campurkan semua bahan B dan dibancuh hingga sebati. Rasakan garamnya sebab kalau kurang masinnya nanti tak syedap kuih talam ni. Tapiskan bancuhan bahan B ke atas bancuhan tepung yang dah masak. Kukus lagi selama 30 minit. Semasa mengukus lapikkan penutup dengan kain kasa agar air yang meruap ke penutup pengukus tidak jatuh kembali ke dalam kuih. Nanti kuih tak cantik.
3. Bila dah masak biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong. Hidangkan semasa minum petang :)
Selamat Mencuba!
2 comments:
ooo sedak ni kak ja! nok buat malas!!!!
Fa10 bilo nak balik mesia ni? Kalu balik akak boleh buatkan utk fa10..dgn syarat keno mai umah akak :)
Post a Comment