Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Monday, April 11, 2011

Tepung Bungkus a.k.a Puteri Dua Sebilik

Kuih peveret...memang suka bangat dengan kuih ni nyum nyum..Kebetulan lak pokok pisang kat belakang umah dah besar untuk dibelasah daunnya. Buat kuih ni memang susah. Tang inti tu no problem la..tang badan putih tu cerewet yang cerewet. Tapi alhamdulillah, buat semalam menjadi elok. Husband kata sodappppppp! Tu yang tak sempat sejuk lagi dia dah bedal sampai 4 biji.. :))

Sorry arrrr gambar tak memberangsangkan heheheh. Ini kes kuih belum cukup sejuk dah nak ngapppp.




TEPUNG BUNGKUS
 

Bahan-bahan:

Untuk badan putih:

1 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat
Secubit garam - cubit betul betul tau kang terlabih masin or tak masin langsung


Untuk inti:
1/2 biji kelapa parut
2 keping gula melaka - kalau nak manis letak lebih
Secubit garam
2 cawan air
2 helai daun pandan disimpul
3 camb tepung pulut - dibancuh dengan sebikit air dan dijadikan doh

Bahan lain:

Daun pisang - potong berbentuk 4 segi untuk membungkus kuih


Cara-caranya:

1. Untuk inti: Panaskan air dalam kuali. Masukkan gula melaka, garam dan daun pandan dan dimasak hingga gula melaka hancur. Masukkan kelapa parut dan dimasak hingga inti agak kering. Jangan kering sangat nanti tak syedapppp!. Tutup api dan sejukkan inti. Ambil sedikit doh tepung pulut, letak inti ditengah-tengah dan dibalut seperti membuat buah melaka. Jadikan bebola inti kecil dan ketepikan.

2. Untuk adunan badan putih: Satukan tepung beras, santan dan garam. Kacau hingga sebati. Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga separuh masak dan adunan menjadi sedikit pekat. Anggaran kepekatan lebih kurang macam kepekatan adunan kuih cara.

3. Ambil sehelai potongan daun pisang. Letakkan 3 sudu adunan tepung beras dan diletakkan 2 inti diatasnya. Tutup inti dengan 3 sudu adunan tepung beras lagi. Tutup daun pisang dan dilipat kedua-dua hujungnya ke dalam.

4. Susun kuih ke dalam loyang pengukus dan dikukus selama setengah jam atau hingga kuih masak. Biarkan betul-betul sejuk sebelum di makan.

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...