Main Module
Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates
Adds
Calendar
Wednesday, April 6, 2011
Nasi Minyak Simple
Nasi Minyak Simple untuk ibu-ibu yang tak banyak masa nak dok kat dapur tapi teringin nak makan sedap2 especially yang beranak kecik macam aku. Simple giler resepi nih tapi InsyaAllah sedap pun giler gak hahahah. Ini kes main campak campak jer apa yang ada kat dapur tu. Bahan hiasan seperti kismis, etc memang tak letak dah. Bawang goreng tu pun nasib baik ada lebihan masa buat sup itu hari. Kebetulan ada beras basmati lebihan masak entah bila ntah dok dalam peti ais. My husband dan my mom suka. My mom siap makan nasi minyak kosong jer. Seghonok masak ni bila people around us appreciate our cookings. Appreciation doesn't lie in words, actions will suffice! Lagipun cuti bersalin masih berbaki 36 hari. Dok umah nengok tv je bosan gak. Nak gi shopping duit tak banyak, aku masak jer laaaaa...
NASI MINYAK SIMPLE
4 pot beras basmathi - ini sukatan untuk my family, 5 orang makan
3 camb minyak sapi
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan
Sedikit saffron
Garam secukupnya
Air - sama banyak dengan beras
1 biji tomato buah - potong dadu
Bahan tumis:
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
6 kuntum bung cengkih
5 biji buah pelaga
1 camt lada hitam
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
3 biji buah keras
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumis bahan tumis hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga garing.
2. Bila dah garing, masukkan beras dan di kacau sebati dengan bahan tumis tadi.
3. Masukkan air, susu, daun pandan dan garam. Tanak seperti memasak nasi biasa.
4. Bila nasi hampir masak, masukkan saffron dan dikacau-kacau. Biarkan nasi masak.
5. Nasi dimakan bersama lauk kegemaran... :))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment