Acuan tart yang aku guna...ada 2 saiz

Yahooo tart dah masak...


Rupa paras kat dalam tart...

APPLE TART
Bahan-bahan:
Tart shell secukupnya - Hari tu aku dah postkan resepi nak buat shell, untuk buat shell tengok resepi di sini
Bahan untuk filling epal:
6 biji epal hijau - dadukan
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula pasir
1 camb serbuk kulit kayu manis
Air secukupnya
1 camb tepung jagung - bancuh dengan sedikit air.
Cara-cara menyediakan filling:
1. Satukan semua bahan dalam periuk. Masukkan air hingga sama paras dengan epal yang telah didadukan.
2. Masak di atas api hingga epal lembut. Kacau-kacau sentiasa hingga warna bertukar menjadi keperangan dan pekat.
3. Masukkan air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan filling. Kalau dah cukup pekat tak nak masukkan tepung jagung pun tak ape. Tapi aku masukkan juga agar dia pekat.
Cara-cara menyediakan tart:
1. Ambil tart shell. Isikan filling di dalamnya. Jangan terlalu penuh.
2. Susun dalam dulang pembakar. Bakar selama 5 minit pada 160'C. Angkat dan sejukkan sebelum dihidang.
3. Sedap dimakan semasa minum petang sambil tengok drama kat Astro heheheh
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment