UPSIDE DOWN PINEAPPLE CAKE
Bahan-bahan untuk topping nenas:
1 tin nenas ring - guna dalam 6-7 keping..bergantung pada jenis tin pembakar
3 camb butter cair
5 camb gula perang
5-6 biji cherry merah dan hijau - belah 2
Bahan-bahan untuk kek:
Bahan A:(dipukul hingga putih)
227 gm mentega - aku suka guna brand SCS
1 camt esen vanila
Bahan B:
6 biji telur
80 gm gula icing
120 gm gula castor
1/4 camt baking powder
2 sudu besar ovellete
Bahan C:
210 gm tepung naik sendiri
1 camb butter emulco
2 camb susu segar
Cara-caranya:
1. Sapu tin pembakar dengan butter yang dicairkan. Tabur gula perang dan susun nenas ring di atasnya. Letak cherry yang telah dibelah ditengah-tengah ring.
Susun nenas ring dalam tin macam ni..letak ceri merah dan hijau yang dibelah dua...
2. Pukul telur dan kedua dua gula hingga telur hancur. Masukkan baking powder dan ovellete. Pukul lagi hingga ovellete larut dan seterusnya pukul lagi hingga naik 3 kali ganda dengan speed yang paling tinggi.
3. Masukkan tepung sedikit sedikit sambil dipukul dengan kelajuan 1 dan bila telah sebati baru masukkan susu cair.
4. Pukul lagi pada kelajuan tinggi selama sepuluh minit.
5. Masukkan bahan A yang telah dipukul terlebih dahulu kedalam adunan kek sedikit demi sedikit pada kelajuan 3 hingga habis.
6. Masukkan butter emulco dan dipukul lagi selama 5 minit.Tuang kedalam acuan kek yang telah disusun nenas dan bakar pada suhu 160 darjah selama 1 jam.
Taraaaa...dah masak pun...tapi belum diterbalikkan
7. Bila kek dah sejuk, terbalikkan kek semasa menghidang supaya topping nenas berada di atas.
Bila dah terbalik...jadilah Upside down pineapple cake!
Another angle view...
No comments:
Post a Comment