Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, May 28, 2013

Bening Betik Muda

Assalamualaikum...
Wahhh sunyinyer opis mieza nih...ada 3 orang je kat level bawah ni...level atas  pun lebih kurang je la tu...mood kerja pun jadi lemau sebab kawan-kawan ramai yang bercuti balik kampung sempena cuti sekolah...tinggal lah kami yang seorang dua ni yang memilih untuk bercuti minggu hadapan...tak pa tak pa next week hangpa masuk opis noooo...eden pulak nak bercuti! Wahhh tak sabar!

Dua hari lepas tekak ni kepingin sangat nak hirup kuah bening betik muda..hmmm sedapnyer..teringat dulu kala arwah nenek suka masak macam ni...lepas tu mak mieza pun suka juga bila ada betik muda yang kami tanam sendiri...semasa ke pasar last sunday ternampak ada orang jual betik muda, terus mieza beli sebiji yang muda...hubby tanya nak celur cecah budu ke? ahakkss tak lah darling...i nak masak bening..heran dia sebab dia tak tahu masak bening tu macam mana..haaaa you wait aaaa...nanti I cook u eat!


BENING BETIK MUDA
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

1 biji betik muda - yang kecik je, kupas kulit dan potong serong
2 helai daun kunyit - siat
1 kiub ikan bilis
Garam
1 mangkuk air - atau secukupnya


Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
3-4 ulas bawang merah
1/2 st lada hitam
Segenggam ikan bilis - rendam terlebih dulu
Belacan sebesar ibu jari


Cara penyediaan:

1. Masukkan bahan tumbuk bersama air dan kiub ikan bilis ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Bila kuah mendidih masukkan betik muda dan daun kunyit. Reneh seketika.
3. Rasakan garam. Tak perlu masukkan gula sebab manis dari buah betik sudah mencukupi.
4. Sedap dihirup semasa panas.

Selamat mencuba!

7 comments:

Amie said...

Sedap sayur bening betik muda Mieza... terlebih lagi yang mengkal, manis manis manja rasanya, ni yang tak puas2 nak hirup slurrpppp!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

lauk mcm ni boleh bertambah mkn nasi mieza.. nak plak kalau dilawan dgn ikan goreng & sambal belacan..
tp suami akak tak reti la mkn betik yg disayurkan.. bg dia jenis buah2an ni mmg dia tak reti nak mkn sebagai lauk.. hehe.. akak ok aje.. semua pun bedal!

Mieza said...

Kak Amie..ye kak..yg mengkal manis hmmm tak yah tambah gula memang sedap kak..semangkuk tu dihirup begitu ajer!

Mieza said...

Kak Madihaa..tepat sekali..nasi panas, sayure bening, ikan kembung goreng rangup dan sambal belacan...mau ke laut diet mieza kak hahaha

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak...1st time makan bening betik ni, hubby yang buat...he he he he he

zila norazila said...

Sedap ne mieza. Zila suka klu ada sambl belacan skali..brtmbh2 mkn nasi ..yummy

sudipVSsenduk said...

kalau buat jeruk betik pun terangkat jugak ni Mieza..

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...