Blog mieza ni isinya tenggelam timbul ye...buat semua visitor WAWMC..jangan serik..insyaallah mieza akan kembali aktif dalam jangkamasa yang terdekat ni..
Hari ni mieza tiada post pasal masakan...tapi nak share satu pengalaman yang sangat berharga dalam hidup mieza..akan mieza ingat saat ini sampai bebila...gembiranya ya Allah..hanya Allah SWT sahaja yang tahu...mieza panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga...
Minggu lepas mieza mendapat satu email dari Simplot..menjemput mieza menyertai cooking competition utnuk Simplot Award Best Fppd Blogger Cooking Competition...katanya dia perlukan 8 orang blogger sebagai participant...pada mulanya mieza ragu-ragu..mampu kah diri ni memasak dengan diperhatikan oleh judges, public, media, etc...masak kat umah boleh la kan....tak confident sebenarnya dengan diri sendiri ni...masa dapat email tu mieza berada di pejabat...2-3 orang rakan sepejabat menyarankan mieza sertai aja sebab yang dapat no 8 pun memang akan dapat hadiah saguhati..bermaksud no 8 memang dalam tangan dah...no 7 dan lagi baik masih dalam perjuangan...entah kenapa diri ini termakan dengan kata-kata kawan-kawan lalu mieza reply email Simplot dengan mengatakan "yes".
Bila balik ke rumah, mieza mula rasa ragu-ragu...ngaper lah pi reply 'yes' kalau tak confident..mieza bagitau suami...suami kata ok lah tu..bedal je..kalah pun tak per...janji dapat experience
Dengan dorongan dari suami dan rakan-rakan baik mieza pun mencuba nasib...dengan penuh debaran..terketaq-ketaq macam nak ambik driving test hahaha
Pertandingan diadakan di Masak-Masak, Ben's Independent Grocer, Solaris Dutamas pada 21 May 2013 bermula lebih kurang pukul 10.30 pagi dan ditaja oleh Simplot dan Phillips...participant diberikan RM88 untuk membeli keperluan memasak di Ben's dan masa yang diberikan untuk membeli barangan itu ialah 30 minit...nasib baik penganjur benarkan pembantu semasa shopping jadi suami tolong bawakan basket...mieza cuma capai barang dan baling je dalam basket hahaa...memang tak leh nak cheating sebab cameraman follow dengan camera....Peserta dikehendaki memasak 1 dish dengan menggunakan Simplot Hashbrown..
Pada jam 11.10 pagi competition bermula dan peserta diberi masa sejam untuk menyiapkan masakan. Juri adalah terdiri dari Dr Sydney Kan (mieza dah lupa dia ni president ada ntah) Dato' Dr Fazely pemenang Master Chef Selebriti Musim Pertama dan Chef Poobalan Supiah. Tengok Judge pun dah takut hahha...
Dish yang mieza masak untuk pertandingan semalam ialah Simplot Hashbrown and Chicken Sausage Mini Casserole...nak jadikan cerita Ben's tak jual lak salah satu ingredients dalam recipe tu jadi mieza terpaksa improvised...masa tu jugak lah mieza terlupa sukatan olive oil menyebabkan casserole mieza agak lembik dan susah nak keluar dari acuan...kaedah plating mieza juga agak comot menyebabkan mieza rasa tertekan dan frust..melihat pula participant lain punya hidangan masyaAllah sangat kemas dan cantik menyebabkan mieza rasa mieza yang akan menduduki tempat ke 8!
Apabila tamat sejam masa yang diperuntukkan, mieza menyerahkan masakan mieza kepada judge...terketaq-ketaq tangan bawa pinggan...ala-ala master chef gitu hahaha...chef ambik sudu..scoop masakan mieza...makan...then senyum..lepas tu tolak pinggan mieza ke tepi tanpa berkata apa-apa...ya Allah hancur luluh hati ini sedangkan kepada participant lain chef bagi komen macam-macam...
Mieza kemudian ambik tempat duduk bersama suami sambil bisikkan kepada suami "I'm sorry I disappoint you today, but I'm guessing the last place for me"
Hubby yang kesian tengok mieza kata "It's okay..what more important for us is the experience and now you can tell people how it feels to join a cooking competition, now you know what they are looking for in your performance, next time you know what to prepare..dont give up"
Mieza masa tu rasa lah bersemangat sikit...
Tetiba mieza dengar host umum
"For the second runner up...hmmm lets see who will win the third place...the dish prepared has chicken sausage in it..."
ok...mieza guna chicken sausage..tapi ada participant lain yang guna chicken sausage juga..dah tentu bukan mieza...
"the winner for the third place..goes to..Miss Asliza with her recipe bla bla bla"
mieza dah tak dengar dah ayat host yang belakang tu sebab mieza rasa nak pengsan dan tak percaya...
berkali-kali mieza tanya suami.."betul ke bang? betul ke I dapat no 3?" and husband said "yes darling..its your name they are calling"
Dan mieza masih tak percaya sampai sekarang...Alhamdulillah...syukur kepada yang Esa di atas peluang ini...ini adalah hadiah dari mieza buat keluarga mieza untuk tahun ini..
...dengan trophy yang mieza dapat...Alhamdulillah...
yeyyyyy we all dapat RM88 for shopping
nasib baik ada assistant!
Sebenarnya mieza memang tak pernah sampai ke Ben's Independent Store ni..kalau tak sebab competition ni memang tak datang la kot ke sini sebab selalunya untuk shopping keperluan dapur mieza akan ke Tesco, Giant, Cold Storage atau Mydin..Ben's yang beralamat di:
Publika Solaris Dutamas,
Lot 1A 83-95, Level UG1,
Jalan Dutamas, 50480 Kuala Lumpur
Ben's mula beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 10 malam...pertama kali masuk ke Ben's memang mieza terpegun sebab banyak sangat barangan yang tidak terdapat di grocer lain ada kat sini termasuklah pelbagai ikan import yang membuat air liur mieza meleleh nak mencuba..ye la kan asyik cuba ikan kembung, siakap dan kerapu je hahaha...bahagian frozen adalah salah satu lagi bahagian yang menguji kekuatan iman mieza agar tidak shopping lebih-lebih...tapi sempat juga mieza grap patty burger salmon untuk dibawa pulang...mieza tak pernah lagi jumpa grocer lain yang jual patty ni...susun atur yang kemas dan labeling yang tepat membuatkan customer senang untuk mencari barangan..tengok saja rak tu...penuh dengan pelbagai jenama olive oil...jadi buat mieza yang memang suka memasak menggunakan olive oil memang terkesima kejap hahaha...koleksi bunnya pun pelbagai membuat mieza tak tahu nak beli mana satu..rasanya semua mieza nak beli!
Membeli belah di Ben's juga sangat mudah sebab kat dalam Ben's sendiri ada cafe..jadi kalau lapar boleh stop dulu shopping tanpa perlu check out dulu...makan-makan dan minum-minum dulu di Ben's sebelum kembali meneruskan pembelian...kepada yang belum pernah mengunjungi Ben's mieza sarankan cepat-cepatlah ke Ben's kerana anda pasti puas hati..mieza dan suami juga akan ke sana lagi insyaAllah...
dah memang kaki shopping...perghhhh almost perfect RM87.90!
selepas shopping menggunakan RM88..sedang menyusun bahan-bahan masakan di atas cooking station yang disediakan..sengaja mieza pilih station yang belakang agar jauh dari judge hahaha
Sedang pakai tag nama..Terima kasih Simplot sebab kasi simpan apron dan topi tu buat kenangan...suami mieza suka dengan apron ni..katanya apron yang cantik
posing dulu sebelum mula memasak..
sesuatu yang diperkatakan oleh Elaine, pengarah urusan Simplot yang menggelikan hati mieza...charming sangat Elaine ni..i like her..
time ni berdebar dup dap dup dap jangan cerita la kan hahaha
Ala chef jangan la interbiew saya banyak2...saya panik!
kusyuk memasak..kekonon je hahaha
bila diperhatikan oleh Dato Dr Fazely mieza terus jadi tak keruan sebab dia ni kiut sangat...lagi kiut dari dalam gambar kat majalah dan surat khabar..
Alhamdulillah....
Bersama pemenang tempat pertama Jen dan pemenang tempat kedua Kelly...congratulations to both of you....
tengah ready untuk sesi bergambar bersama reporter..mieza lupa dah reporter ni dari mana...antara media yang hadir semalam ialah MHI, The Star, Utusan, Jelita, Kuali.com, Kosmo, Metro...dan ramai lagi dah lupa
bersama Chef Poobalan...banyak guide mieza masa competition..terima kasih chef..banyak yang mieza nak belajar dari chef sebenarnya..
Antara hadiah yang mieza dapat selain dari tunai sebanyak RM2000 ialah Phillips Grill dan Phillips Steamer dan juga hamper barangan Simplot...suami lah yang paling excited nak menggunakan gril..semalam juga dia grill burger di atas grill baru hadiah dari phillip..
Di sini mieza ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Sharon Kuan dari Vibes.com kerana sudi melayan soalan mieza tentang pertandingan ini, terima kasih buat Simplot dan Phillips kerana sudi menganjurkan pertandingan ini...terima kasih buat suami kerana sanggup apply cuti untuk bagi sokongan moral kepada mieza..buat anak-anak yang menjadi kekuatan mieza..kawan-kawan baik yang bagi semangat...Alhamdulillah..mieza amat menghargainya..
Insya Allah mieza akan share resepi yang mieza masak untuk pertandingan ini dalam entry yang akan datang.
11 comments:
wiwit...diam2 masuk pertandingan, muat kete x angkut hadiah tu... ^^
Wah...Tahniah beribu-ribu lemon...RM2000 tu.....kalau duduk dekat boleh blanja kak ros makan kan???
tahniah mieza..hapy for u also..smoga lbh bersmangat lps nie..apron pun cantik la..ilike
waaahh... tahniah! tumpang happy dgn kemenangan mieza.. kalau akaklah.. hmm.. mesti tak berani.. hehehe.. org call nak buat rakaman masuk tv pun dah kecut perut & bagi mcm2 alasan.. inikan pula nak masuk bertanding.. haha.. akak mmg tak boleh beraksi dpn org ramai..
anyway sekali lagi tahniah.. mieza memang hebat!
Tahniahh Mieza!! :)
Tadi kuar dalam MHI TV3 kan? Patutlah cam familiar...anyway Tahniah ye:)
masya allah...my long time friend since mmp...
cemana aku nk kontek ?
~ SFD ~
Allahu Akbar.... Kak Amie pun berdebar2 baca entre mIeza kali ini macam baca novel atau tengok filem menanti apakah kesudhannya kerana plot yang Mieza tulis tu sungguh mengujakan!
Tahniah Mieza... seronok betul rasanaya, kak Amie pun tumpanaga seronok! Mieza sibuik dengan pelbagai tugas, tapi bijak urus masa, akhirnya Mieza dapat apa yang Mieza inginkan1 kalau ada kat depan mata mau je kak Amie peluk dia ketat2!!! MMuaaahhhh...m,uaaahhhh!
congrats sis..u deserve it...
btw salam kenal, sy sheeda, the one yg blkg sis mse cooking comp tu..hihihi
congratulation and nice meeting you! :)
important source web link click reference replica gucci check my blog replica gucci handbags
Post a Comment