Salam hari minggu...
Budak-budak tu dah sampai ke kampung ke? Selalunya musim cuti sekolah ni ibu-ibu dan bapa-bapa yang bekerja suka menghantar anak-anak balik kampung sementara parents kembali semula untuk bekerja..tentu sunyi umah tu kan...anak-anak mieza pula memang tak boleh berpisah lelama..depa takkan pulang kampung kalau mieza dan suami tiada bersama...minggu ni masih belum mampu untuk pulang ke kampung sebab ada kursus next week..sabar ye anak-anak..
Dah lama mieza tak mengepau...kat umah ni anak-anak tak suka sangat pau inti lauk..depa suka pau inti kelapa je..tak sempat sejuk..angkat je dari steamer zup zap zup licin!
Alhamdulillah kali ni menjadi elok..gebus gebas gitu...satu adunan yang mieza buat ni dapat dapam 30 biji saiz besar..kalau buat comel-comel 3 biji RM1 tu insyaAllah dapat dalam 40-45 biji...
PAU KELAPA
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
Untuk doh:
500 gm tepung gandum
1 st baking powder
1 paket mauripan yis (11 gm)
350 ml air suam
2 camb planta/mentega
2 cam gula
Daun pisang atau tracing paper untuk alas pau
Untuk inti kelapa:
1 biji kelapa parut (pastikan kelapa muda)
2-3 keping gula melaka
Gula pasir jika perlukan lebih manis
1 camt garam
1 mangkuk air
2 helai daun pandan
Cara-caranya:
1.
Sediakan intinya. Hancurkan gula melaka dengan memasaknya dgn semangkuk
air dan daun pandan di atas api. Tambahkan garam dan gula jika perlukan
manis yang lebih. Bila gula melaka dan gula dah hancur, masukkan kelapa
parut dan dikacau sebati. Masak hingga air gula menyerap masuk ke dalam
kelapa parut dan sedikit kering. Ketepikan.
2. Sediakan doh: Satukan air suam dengan yis.
3.
Di dalam bekas penguli, satukan butter dan gula, putar hingga hancur
dan sebati. Masukkan bancuhan yis dan tepung dan baking powder secara berselang seli dan
diuli selalu hingga menjadi doh yang kental. Perlu diingat, sukatan
tepung adalah subjektif kerana ia mengikut mutu tepung.
4. Biarkan doh yang telah siap dicanai supaya ia agak 'naik'. Ketepikan 15 - 20 minit.
5.
Ambil sedikit doh, canaikan di atas tapak tangan berbentuk leper,
letakkan inti di tengah-tengah doh dan bungkus berbentuk bulat. Letakkan
pau di atas daun pisang yang dipotong 1 inci x 1 inci.
6. Masak
air didalam steamer hingga mendidih dan kukus pau selama 7 minit. Jangan
dikukus terlalu lama kerana pau ni akan turun semula sekiranya
oversteamed.
Gebus gebas kan..Selamat mencuba!
Testing Steamer baru yang mieza menang dalam pertandingan memasak Simplot Hasbrown tu...memang best..cuma saiznya kecil..tapi ok juga sebab dia ada 4 ringkat semuanya..yang paling mieza suka sebab dia transparent..boleh lah nampakpau tu rise kat dalam...
Terima kasih Phillips!
3 comments:
wah gebus gebas pau mieza..lama akak x kemari..amboi kemainn menang pertandingan masak lagi..tahniah ye mieza cayang..muaaahhh!!
Kak Inaaaa...terima kasih banyak...hahahah mencuba nasib je kak..kalau akak masuk tentu mieza kalah hahaha..terima kasih kak!
retro jordans
prada glasses
hogan outlet
adidas stan smith
kobe shoes
nike air huarache
adidas nmd
roshe run
stephen curry shoes
yeezy boost 350 v2
502
Post a Comment