Main Module
Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates
Adds
Calendar
Monday, August 8, 2011
Kacang Buncis Ayam Goreng Kunyit
Kekadang jadi tukang masak ni bukanlah kerja yang enteng kan? Bermula dengan planning, iaitu nak masak apa, kemudian listkan barang yang nak dibeli, ke pasar, then bila balik umah bukan boleh rehat pun terus kita mencuci barang yang dibeli. Pastu kita lah juga yang memasak..hatta bila dah masak, tukang hidang pun kita..dah lepas makan..tukang basuh? pun kita juga..sebab tu lah semua ibu-ibu di luar sana boleh dipanggil super mum...heheheh..sib bek kita tak leh terbang kalo tak kalah superman sebab kita akan terbang lagi laju dari superman...hihiii
Oleh sebab dah buntu nak masak apa..yang ada dalam peti ais pun cuma ayam je..tu pun bahagian dada je..dan beberapa batang kacang buncis...bedal je la resepi ni for berbuka..hehehe..tapi resepi belasah macam ni yang sedap tu...ini le pelengkap menu berbuka mieza 2-3 hari lepas :)
KACANG BUNCIS AYAM GORENG KUNYIT
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan
1 dada ayam - hisi nipis
Sedikit garam kunyit
1 biji bawang besar - hiris
3 biji bawang putih - hiris
Seikat kacang buncis - potong sepanjang 1 1/2 inci
2 biji cili merah - potong serong
1/2 sk serbuk kunyit
Garam gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Cara-cara:
1. Ayam digaul garam kunyit dan digoreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Buangkan minyak dari dalam kuali, tinggalkan sedikit sahaja untuk menumis. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
3. Masukkan kacang buncis dan serbuk kunyit. Kacau dan masak hingga kacang empuk.
4. Masukkan isi ayam yang telah digoreng, cili merah dan juga garam gula secukupnya. Kacau rata.
5. Tutup api, angkat dan hidang.
Senang kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
dh stat menayang menu tgh2 hari ni...heheh
rasa mcm dh lama betol tak makan kacang buncis ni.
@ nani
ni dok dalam kelas..bebudak tgh buat assigment..jd pensyarahnya buka laptop update ler blog..aci tak heheheh kalo bos lalu mmg mati la aku hihii
akk suka kcg buncis berbanding kacang panjang..goreng kunyit biasa pun sedap nani..
ha ha Mieza,
betul tu dik, kadang-kadang kak Amie pun rungut-rungut juga, tukang masak kerjanya bukanlah seenteng yang disangkakan... sesekali tukang masak pun perlu dilayan sebagai pelanggan istimewa!
kacang buncis sedap betul makan panas, rangupkan...
biasanye yg masak yg simple2 mcm ni yg cepat habis....
kacang bunjis kalau masak goreng (tumis) dgn telor pun sodap...
akak...mas suka lauk gini..
siap ada sayur....
mieza akak cayang...
akak suka sesgt menu mcm nie... makan ngan nasi putih... mmg best... sedap!
@ kak amie
hihihihi sekali sekala kita tanak masak kan kak..tp kita tanak gak makan kat luar...tp kita nak laki yg masak dan hidang utk kita..kita nk jadi queen gitu...
sesekali hubby masak gak..tp menu limited la sbb dia teror masak western je..masak malay dia tk excellent sgt..apa2 pun air tgn hubby pun sedap kan kak..
@ ucu
mieza pun suka goreng kacang buncis dengan telur scramble..sedap kan ucu..yg simple tu yg sedap..kalau beria-ria sgt kekadang hiasan yg lebih rasa biasa je ahakkssss...ke sbnrnya mieza yg tak pandai masak..:)
@ mas
ini menu time malas..all-in-one...sayur pun di situ..lauk pun di situ..kekadang kuah pun kat situ juga..mcm paprik..lauk time malas..hidang nasi dgn lauk paprik je..ngeh ngehhhhh
@ kak diana cayang
mieza kalo mkn tak der la nak kuah banjir..cukup sekadar ada rasa di nasi..jd lauk mcm gini ok je ngan mieza..tp anak sulung mieza kuah mesti byk..kalo tk lekat katanya..jd sentiasa nak kena buat sup utk dia :)
Post a Comment