Assalamulaikum..dah berbuka? Mesti kekenyangan kan semua tu..makan apa tu tadi? Pastinya sungguh sedapkan..semoga kita berbuka puasa dengan penuh keberkatan..tapi kalau mieza kan time berbuka mieza tak makan nasi banyak tapi air tu yang ditelan banyak betul..berteko-teko..dan mieza tak minum ais..jadi bila 1/2 jam nak masuk waktu mieza akan bancuh air teh atau air kopi atau air milo..seteko memang tak cukup hehehee..anak-anak pula macam-macam..semalam anak dara sulung mieza nak minum air soya..mak pula nak minum air tebu..suami nak air kelapa..mieza lak air teh panas..jadi atas meja tu ada 4 jug/teko yang berlainan isi...kalau yang ahli keluarga ramai tu yang penuh meja kan..hari ni mieza tak ke bazar..balik pun dah lewat..malas pula nak ke bazar..padahal bazar tepi umah jalan kaki je..
Puding Jelly Oren ni mieza buat hari Ahad lagi..tapi tak sempat nak post..bila mieza post kat fb ramai pula kawan-kawan yang berkenan dengan layer nye tu..jadi rasa kesian pula kat kawan-kawan yang bertanyakan resepi ni...malam ni mieza mencuri sikit masa untuk update blog..
Resepi puding ni mieza ambik dari blog siapa lagi kalau bukan kat umah kak nor yang sangat pandai buat puding tu...tapi jangan la compare puding mieza dengan puding kak nor tau..puding kak nor cukup cantik layer nyer..mieza punya ada yang tebal dan ada yang nipis heheheheh..tapi tak per janji sedap...puding memang sesuai sangat untuk iftar sebab rasa oren tu boleh betul-betul sejukkan tekak..tak caya? kena la cuba dulu hhehehe
Lebihan mieza beku dalam gelas (yang mieza dapat free hadiah dari kawan, brand ikea...TQ Nurul) mieza bekukan dalam mould silicon yang mieza baru beli ni..suka sangat sebab acuan dia cantik..memula mieza tengok acuan ni kat umah kak nor..terus mieza berazam nak mencarinya gak..dan akhirnya jumpa juga walaupun 1 jenis je yang ada kat kedai tu..
PUDING JELLY OREN
resipi : Juwita Fariz
sumber : K.Nor@SecubitGaram
sumber : mieza @ WAWMC
Lapisan Jernih
4 g serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning
Cara-cara:
1. Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
2. Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
ketepikan
lapisan puding:
4 g serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning
Cara-cara
1. Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
2. Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
3. Masak sebentar dan ketepikan
Cara-cara untuk melapis.
1. Sediakan bekas yang sesuai.
2. Masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.
3. Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar-benar keras. Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.
** Cara yg K.Nor buat (mieza pun buat ikut cara kak nor buat), letakkan gelas yg nak digunakan dlm loyang besar yg berisi air dan ketulan ais. Dgn cara ni, boleh mempercepatkan puding tu mengeras dan tak perlu masukkan dlm peti ais. Masa menuang layer seterusnya, guna belakang sudu kecil dan letakkan di dinding bahagian dalam gelas dan tuang perlahan-lahan supaya adunan tak terjerlus ke dalam adunan sebelumnya.
Bila adunan puding yg belum dilayerkan (balance dlm periuk) nampak cam mengeras, panaskan sekejap tp jgn sampai terlalu panas. cukup sekadar nak mencairkan balik adunan supaya mudah dituang. (biasanya bila tinggal 2 layer terakhir adunan akan mula mengeras, boleh la dipanaskan sekejap ya)
7 comments:
konon2 nk buat puding ni la tadi. tp tak boleh bukak tin susu pulak. pembuka tin patah! hahah... sedapnya! pasni pasti akan cuba jugak!
Mieza,
Kak Amie nak memuding gak tapi belum habis menuntut ilmu, setakat puding biasa bolehlah....tak kreatif macam ni...
kakak sekeluarga memang tak makan nasi waktu berbuka, waktu sahur ...iye..
cantik dah tu mieza.. tak per la.. janji sedap kat anak tekak kan..
lawo ler bunga tu yg SM tu.. sunflower kan.. lawo! k.nor tak ada lg yg pesen gitu.. hehe
Assalamualaikum mieza...
cantiknya puding tu mieza... rajin sungguh mieza buat puding yer... kalau bab puding nie mmg akak suka mkn cuma buat nya mmg kurang reti ckit
@ nani
haaa nani jgn lupa buat ya! sedap nani puding ni kalau nani suka oren..akak ni kebetulan ada oren lebih yang akak beli last week jd cuba resepi ni sbb suka tgk presentation kak nor hehehe
@kak amie
patut la mieza nampak kak amie asek masak mee utk berbuka..mieza ni perut orang kampung memang nak mencari nasi gak waktu bersahur...waktu berbuka mieza tak kisah makan apa pun..tp suami ttp nak nasi sebab dia ada sakit gastrik..tak per kak amie..puding biasa pun tak per janji kita berselera :)
@ kak nor
mieza mana leh lawan kak nor..tak sevantik kak nor..layer mieza tak sama besar kwang kwang tapi tak per janji rasa sedap kan kak..(excuse la tu)
Ha ah kak nor, sunflower..mieza suka yg rose tu..mieza tgk umah kak nor ke kak ummi lupa dah..tatau nak beli kat mana..ni pun sib bek jumpa walau pun 1 jenis je
@ kak diana
mieza suka puding..tp malas nak buat sbb kat umah mieza je makan puding..hubby n mak tk suka..anak2 pun mkn sikit je..kalau mieza buat mesti dlm kuantiti yg sikit dan terus habis
mieza pun tak pandai kak..mieza tiru kak nor je..halal ye kak nor :)
Post a Comment