Salam malam Jumaat...bestnya kan esok hari Jumaat..pastu cuti 2 hari..yahooooo...
Kalau hari-hari cuti pun tak per...tapi tak der lah gaji ek hehhee...dinner makan apa tadi? waaahhh mesti sedap sedap semuanya...mieza je yang tak masak malam ni...malassssss...boleh ye cakap malas macam tu...malas sebab malam ni mieza nak kena siapkan 100 biji cistat tempahan dan sebiji Red Velvet Cake..tu yang malas nak masak tu..kalau mieza masak dinner pukul berapa baru leh nak start buat tempahan...jadi masa balik kerja tadi terus mieza belikan nasi ayam untuk family...
Ini bendi semalam sebenarnya...anak mieza yang no 2 tu suka sangat dengan bendi...kalau ke pasar mesti dia suruh beli bendi..kalau letak bendi dalam gulai ikan dialah yang tukang makan bendi tu semua...berbeza benar dia dengan kakak nya, kakaknya langsung tak suka makan sayur hijau....
Bendi ni kiriman ibu mentua mieza dari Alor Setar..kebetulan adik ipar mieza yang tinggal kat Putrajaya tu balik kampung wiken lepas..jadi otw balik semua ke Putrajaya mak kimkan dengan dia bendi ni sebab dia tahu cucunya tu suka makan bendi..teima kasih ye mak...len kali kim lagi kat menantu mak ni hehehe
BENDI GORENG BELACAN
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
1 ikat bendi - biasanya dijual pada harga RM1
1/2 sb kicap masin - boleh tambah kalau tak cukup masin..tapi jangan terlebih sebab belacan dah masin
1 sk kicap manis
3 keping asam gelugur
Sedikit ikan bilis kecil
Minyak untuk menumis
Bahan ditumbuk lumat:
2 biji bawang putih
4 biji bawang merah
1 inci belacan
4 biji cili api
2 biji cili merah
Cara-cara:
1. Bendi dibersihkan dan diotong serong.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga agak garing dan masukkan ikan bilis. Goreng seketika hingga ikan bilis masak.
3. Kemudian masukkan bendi dan asam keping (Fungsi asam keping ialah untuk mengurangkan lendir kacang bendi). Kacau sebati. Boleh dimasukkan 1 sb air jika mahu bendi sedikit lembut..mieza suka bendi yang crunchy jadi mieza tak masukkan air.
4. Masukkan pula kicap dan rasakan masin manis.
14 comments:
salam miza
amboiii rajinya wt cistat..snap la pic cistat zila nk tgok..dh lama x buat cistart..teraasa2 kt tekak l apulak nk makan..he hehee pntang org nyebut..syur nie biasa zila celur jew..mkn dgn sambal belacan..itu org malas punya menu la..he hehhe jgn ikut:)
Salam Mieza.Rumah kak ros banyak bendi sebab abang tanam.Merah dan hijau.Nanti kak ros terai masak belacan.
sedapx2..kat umah saya ni sentiasa ada stok bendi sebab mr.hubby suka mkn bendi:)
Salam Mieza ,
Dah lama tak melawat rumah Mieza ni . Rumah sendiri pun dah nak bersawang.Apa pun bendi ni Yatie tak suka tapi suami sangat2 suka. Hanya masak utk dia sorang je...Kalau kat kg , mak suka buat singgang bendi.Sedap juga makan kuah...
baru beli sayur bendi semalam... hajat hati mmg nak goreng belacan pun sabtu ni. Lebihnya campak dalam asam pedas pulak :)
sudipVSsenduk
Bendi ohhh bendi! Sayur kekacang yang sedap dan rangup... sedap betu mmsak dengan belacan ni Mieza....
sedapnye bendi. kalau beli ni pun boleh simpan lama2 sebab tahan berbanding sayur berdaun..
bagus nya anak mieza pandai makan sayur ;)
Zila...pic cistat dah ada kat blog ni..cuba zila search this blog tengok...lupa lak mieza nak snap pic cistat tu..bendi celur cicah budu..sedapppp
Kak Ros..
rajinnya abang kak ros tanam bendi..mieza ni pakai beli je hehe
Nieza..
owhhh org finland pun suka bendi...senang ye dpt bendi kat sana...tentunya depa panggil okra!
Yatie
Long time no see...waaa rindu! umah mieza pun bersawang yatie oiii..jejarang je hapdate hahaha
SudipVsSenduk
Selalunya bendi mieza wat belcan ataupun asam pedas ataupun dalam kari ikan..bendi mmg dapppp!
Kak Amie cayang..
kat umah ni apa2 yg ada kena mengena dengan belacan memang digemari ramai...sooo the village hahahah
Nani..
betul tu..letak dalam tupperware...then masuk peti ais..insyaAllah tahan lama
FnF
Anak yg no 2 je tu FnF, yang no 1 mmg tak suka sayur dah tatau nak wat mcm mana lg nak kasi dia makan sayur huhuhu
tgk bendi nie... Alahai!!! memang fav akak nie mieza... makan lg masa ianya masih panas gitu... wah!!!! mmg berselera makan d buatnya.. hehehe
Kak D..mieza mmg suka bendi..hubby pun suka tp dia tak leh makan bendi..tu yg jarang beli..tp masak belacan ni mmg membuka selera kak!
oakley sunglasses wholesale
nike foamposite
ray ban outlet
beats by dre
canada goose outlet
ray-ban sunglasses
michael kors uk
asics,asics israel,asics shoes,asics running shoes,asics israel,asics gel,asics running,asics gel nimbus,asics gel kayano
pittsburgh steelers
pandora outlet
herve leger dresses
barbour jackets
toms outlet store
ray-ban sunglasses
kansas city chiefs
air max 90
tiffany outlet
oklahoma city thunder
adidas wings shoes
mcm backpack
mm1119
qzz0526
bulls jerseys
mulberry outlet
pandora charms
polo shirts
pistons jerseys
ysl outlet
burberry outlet
michael kors outlet
michael kors
air huarache
www1010
issey miyake
christian louboutin
christian louboutin outlet
ecco shoes
adidas yeezy
coach outlet
nike shoes
louboutin shoes
jordan 4
moncler outlet
Post a Comment