Buat apa tu di hujung minggu...pagi ni mieza bangun tido pagi-pagi terus masuk dapur sebab nak buat cc ni lepas mieza nampak zila 4ever tu buat...tapi jangan la compare dengan zila punya...miezatak sempat (ke malas? ahakksss) nak wat topping hahahaha..yang terlebih rajin pagi ni sebab anak mieza yang no 2 (5 tahun) tu masuk pertandingan mewarna sempena sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Perak yang diadakan di office papanya di UPSI..pertandingan tu jam 9 pagi..so i thot boleh juga the gal bawa bekal sambil mewarna..
Mieza ada improvise sikit resepinya..memula tu ingat nak buat topping choc ganache..tapi masa lak suntuk..ye la pertandingan mula jam 9 pagi.. disebabkan masa tak sempat untuk buat topping..maka mieza improvise letak cheese filling kat tengahnya..kebetulan dah bancuhan cheese dalam peti ais..tak perlu nak whip dulu bagai...
Mieza isikan cup dengan adunan kek 1/2 cup penuh..then mieza letakkan cheese filling kat tengahnya sebanyak 1 sudu kecil..then cover balik dengan adunan kek sehingga 3/4 penuh..satu adunan ni mieza dapat 30 biji cupcake..jom tengok resepinya..mieza cilop kat umah zila..sedap keknya..lembap dan tak manis sangat..
CHOCOLATE CUPCAKE WITH CREAM CHEESE FILLING
sumber : chocolate cake @mesra.net
olahan : zila4ever.blogspot.com
Tested and improvised by: Mieza @ WAWMC
bahan-bahan:
3 biji telur
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
cara-caranya
- Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak kedalam periuk dan masak sebentar diatas api kecil sehingga gula larut.
- Tepung gandum,soda dan baking powder disatukan dan diayak.
- Telur dipukul kembang dan masukkan campuran koko tadi
- Masukkan tepung dan gaul rata.
- Tuang dalam acuan yang digemari. (Cara mieza: Mieza tuang adunan kek ke dalam cup 1/2 penuh, kemudian masukkan cream cheese filling di tengah-tengah sebanyak 1 sudu kecil, kemudian ditutup dengan adunan kek sehingga 3/4 penuh)
- Bakar sehingga masak. (Mieza bakar pada 175'C selama 13-15 minit)Cream Cheese Filling:250 gm cream cheese50 gm gula icing - ayak1 biji telurCara:1. Pukul cream cheese hingga gebu dan masukkan gula. Pukul lagi hingga sebati dan cheese tidak berketul.2. Masukkan telur dan pukul sebati.Bila dah dibogelkan dia begini lah rupanya..seksi gitu hahaha
The inside view! Sedap! Jangan pikir pasal berat badan tau...kira halal je la hahhaha
4 comments:
salam mieza cyg..wahhh ada cheese lgdalam tue..zila suka mkn cheese..tp mgnangkan dah mok2 nie..aisshhh tergoda tgok..zila aritu dh terlbih rajin..sbb tu ada bc kt atastu..tp klu angin malas...x der maknanya.nk bc segala..hehhee..heppy mother day..:P
Yang lembap & tak manis sangat tu laaaa yang kita cari! Sedap kan Mieza.
Selamat Hari Ibu ye Mieza.... senyum2 selalu ketika masak di dapur ye...
aduhai... ada krim cis lagi dkt tengah tu! Kalau nak makan sedap mcm ni, tutup mata je & jangan fikir pasal kalori... hihihi
Zila..makan cheese mmg la sedap zila oiii mok mok tu yg tak besh..baju semua dah ketat ni hahahha
Kak Amie cayanggg
Selamat hari ibu buat Kak Amie juga..kalau kat dapur mmg tak sempat nak senyum kak sebab anak dok tarik kaki hahaha
S-Vs-S
Itu laaa kena buat lagu tu..kalau dok igt kat saiz badan mmg tak leh makan la semua tu..diet ku ke laut lagi hahahaha
Post a Comment