Salam hari pekerja..sepatutnya hari pekerja kita cuti tapi kita tetap kena kerja gak kan..kerja kemas umah, basuh kain, dan masak...sepatutnya diadakan "Hari Surirumah" di mana pada hari tersebut surirumah dilarang membuat sebarang kerja melainkan relax semata-mata hahhaahaha..agak-agak mendapat sambutan tak cadangan mieza ni...
Hari ni mieza nak kongsi satu resepi nasi yang sangat sedap...nasi saidiah...bila sebut namanya suami mieza gelak..katanya macam Nasi Saadiah je namanya...baik letak nama nasi mieza sebab mieza yang masak...heheheh...resepinya mieza dapat dari buku resepi Asmah Laili Mintak Ampun Sedapnya....baru beli wiken yang lepas kat MPH 1-Utama...semasa menunggu encik hasben ke bilik air , anak mieza yang sulung ajak masuk MPH..biasalah dia tu suka baca novel..nak bodek mieza supaya belikan novel untuk dia la tu...jadi mieza singgah di isle Cooking..terus nampak buku ni dan mieza rasa ramai juga blogger masakan yang dah beli buku ni sebab mieza ada nampak beberapa orang rakan blogger dok post resepi dari buku ni...
Ini la rupa paras buku tu...harganya RM59.90...hubby kata jangan beli aja..buku masakan dah bertimbun kat umah tu tapi awak bila nak masak awak dok google kat tenet juga..hihihihi bukan apa..resepi dari blog masakan lebih meyakinkan ahakkkssss...jadi untuk tidak menghampakan suami maka hari Ahad lepas mieza mencuba la resepi nasi saidiah ni..sedap...tak rugi mencuba...errr yang kat tepi tu katalog Aino Living...kawan-kawan dah pergi? Letaknya kat Tingkat 1 1-Utama...mieza pun baru first time ke sana wiken hari tu..itupun setelah kawan-kawan yang bagitau..sempat juga mieza beli silicone mould satu, periuk non-stick 1 dan ada a few lagi kitchen ware...
Jom kita tengok resepinya...
NASI SAIDIAH
Source: Buku Masakan "Asmah Laili, Mintak Ampun Sedapnya.."
Dicuba oleh: Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan: Mieza Cuma buat 4
pot beras je..
1 kg beras basmati – cuci dan bersih , rendam 5-10 minit dan toskan
Air mengikut paras beras
½ kg ikan tenggiri atau ikan kurau – potong ikut suka hati
¼ kg minyak sapi – boleh ganti minyak zaitun atau minyak sayur
½ kg bawang merah – dibuat bawang goreng
Bahan dikisar:
1 st jintan manis
1 jari kulit kayu manis
1 st lada putih biji
5 biji bawang putih
½ jari kunyit
Bahan lain:
2 biji bawang besar – mayang
2 helai daun pandan – disimpul
Sedikit minyak untuk menggoreng ikan
Garam secukup rasa
1 inci halia - dimayang- ini mieza tambah sebab hubby suka makan halia..halau angin katanya
Bahan hias: (Mieza tambah)
Capsicum merah dan kuning – didadu
Hirisan daun bawang
Cara-cara:
1. Lumur kepingan ikan dengan garam kunyit. Kemudian goreng ikan, tetapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak sapi dalam periuk, tumis bawang besar dan halia hingga layu. Kecilkan api.
3. Masukkan rempah kisar dan tumis lagi hingga harum dan garing sedikit.
4. Tuangkan air, masukkan pandan dan sedikit garam.
5. Masukkan juga sebahagian dari bawang goreng tadi. Bawang goreng ini hendaklah diramas terlebih dahulu.
6. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
7. Setelah mendidih masukkan beras. (Mieza alihkan ke dalam periuk nasi letrik)
8. Tanak seperti memasak nasi biasa.
9. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng dan bahan hiasan serta isi ikan yang telah disiat.
Sedap nasi ni..insyaAllah di lain masa mieza ingin mencuba resepi lain pula di dalam buku tersebut..dan mungkin ingin mencuba makhtum :)
Selamat mencuba ^__^
9 comments:
adoi kak mieza...nasi komok yang tengah glemer skrg ni pun nani belum try. dah keluar nasi saidiah la pulak....huhuh....banyak lagi menu nasi tumis di blog kak mieza yang nani belum cuba...nanti nak try la.
sekali pandang macam nasi goreng lak ye mieza... mesti sedap tu dengan sambal2nya aduhhhh
SAlam Kak.. wah ni sedap ni.... nasi saidiah susah benor nak menyebut hehhe
Assalam Mieza,
wah Mieza pun dah dapat buku Asmah laili ni ya..memang banyak recipe2 yang menarik dalam tukan..Nampak sedap Nasi Saidiah ni..
Nani...
InsyaAllah nak mencuba nasi komok hujung minggu ni sbb anak sedara kesayangan nak datang umah...leh la makan..sedpa nasi saidiah ni nani..nnt nani cuba tau...
Cheq sue..
salam rinduuuuu..hahaha sekali pandang mmeg nampak mcm nasi goreng kan hihihi..sedpa cheq sue..insyaAllah len kali nak cuba lagi resepi dari buku tu
Sha..
kelakor pun ada namanya kan..mcm nama orng gitu hehehe
Kak Ayu..
teruja sbb ramai sgt yg beli buku ni jd mieza pun beli gak hehehe..alhamdulillah byk resepi best dlmnya..nnt kita cuba semua sekali ewahhhh :)
mieza..aduuusss napa rajin sgt tue..kita lambat dtg kiranya dh tinggal arwah la nie kan..he heheesedappnya..cantik jew nasi tue..:)
Zila..awat lambat sngt sampainyer..usah kan kerak..periuk pun dah cuci hahahha
Zila..nanti ada masa zila kena cuba nasi ni..lain dari yg lain sebab letak ikan tenggiri goreng :)
2016-2-23 leilei
louis vuitton handbags
cheap jordans
north face outlet
oakley sunglasses
air jordan 8
michael kors handbags
burberry scarf
ugg outlet
ray ban sunglasses
michael kors outlet online
michael kors handbags
michael kors outlet
mcm handbags
louis vuitton outlet onlne
coach outlet online
louis vuitton outlet
michael kors bags
michael kors uk
ugg australia
cheap basketball shoes
coach factorty outlet online
michael kors outlet
adidas running shoes
true religion sale
gucci outlet online
louboutin outlet
michael kors handbags
hermes belt
louis vuitton outlet stores
mcm handbags
christian louboutin outlet
michael kors outlet
michael kors outlet
ugg outlet
true religion jeans
ugg boots
michael kors handbags
polo ralph lauren
louis vuitton outlet
adidas wings
see it hereResources newswhy not try these out great post to readtry this web-site
Post a Comment