Merujuk kepada entry mieza pada hari ini..errrr ini bukan masakan hari ni..walaupun hari ni bercuti tapi mieza tak sempat nak ke pasar sebab suami walau pun dia juga bercuti tapi tetap dia kena hadir meeting jam 9.00 pagi tadi..jadi hari ni dah sah tak masak sebab tak leh nak masak kalau si kecil Umar ini tak ada orang yang mengasuh..alamatnya noon nanti makan lauk bungkus je la hehehe..
Nasi halia ini mieza masak dah lama..tapi tak sempat nak post ke blog..sibuk betul mieza kat opis sejak akhir-akhir ni maklum lah final exam students tu lagi 2 minggu..banyak assessment student yang belum bertanda..kerja kat umah memang tak pernah abis..apa-apa pun jum tengok resepinya..nasi halia and the gang ni mieza post dulu..jadi ini post menu ulangan..jangan jemu tau..
NASI HALIA
Recipe & source: Mieza@WAWMC
Bahan-bahan:
3 pot beras basmathi - basuh dan toskan
2 camb minyak sapi
1 kiub pati ayam knorr
Sedikit serbuk kunyit
4 pot air
2 helai daun pandan disimpul
Bahan kisar:
1 1/2 inci halia
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
Bahan tumis:
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
6 biji lada hitam
Bahan hiasan:
Bawang goreng
Halia dihiris halus kemudian digoreng garing
Gajus panggang
Cara-cara:
1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan tumis hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga garing.
2. Masukkan air, kiub ayam,serbuk kunyit, daun pandan. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan beras dan garam. Tanak seperti memasak nasi biasa.
4. Bila nasi dah masak, taburkan bahan hiasan.
Nasi Halia tu mieza makan dengan Siakap Hitam Goreng Rangup dan Sambal Nyonya..sambalnya mieza songlap dari dapur izah..dulu-dulu pun mieza dah post resepinya tapi dulu mieza makan dengan ikan kukus..boleh tengok resepinya kat sini..tapi kali ini makan dengan siakap goreng lak..sedapnya tetap unggul chewahhhh
SIAKAP HITAM GORENG RANGUP DAN SAMBAT NYONYA
Recipe: Buku Aneka Masakan Ikan Alaf21.
Source: Izah @ Izah Muffin Lover
Improvised by: Mieza @ WAWMC
1 ekor ikan siakap hitam - cuci dan kelar belakangnya
Bahan tumbuk perap:
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 camt lada hitam
Sedikit kunyit
Garam
Tepung jagung secukupnya - untuk lumur pada ikan
Bahan dikisar:
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
12 tangkai cili kering - aku letak sikit je sebab hubby gastrik tak leh makan pedas sangat
2 batang serai
1/2 batang bunga kantan - tak letak sebab masih berpantang
1 cm belacan bakar
1 biji cili merah - aku tambah
Bahan perasa:
4 sb sos tiram
2 sb cili kisar
2 sb sos tomyam
3 sb air asam jawa
Garam
Gula
Segenggam daun kesum - aku tambah
4 tangkai daun limau purut - aku tambah
Cara masak:
1. Ikan siakap diperap dengan bahan perap selama 10 minit. Lumurkan dengan tepung jagung dan digoreng dalam minyak penuh hingga masak dan garing.
2. Sementara itu, sediakan sambal nyonya. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan sos tiram, cili kisar dan sos tomyam.
4. Apabila garing masukkan air asam jawa, garam dan gula. Masak hingga mendidih. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan daun kesum. Masak hingga daun kesum layu.
5. Apabila siap, tuangkan kuah sambal ke atas ikan yang digoreng tadi. Hidangkan dengan nasi pilihan :)
Kalau makan nasi halia dengan siakap goreng je mana boleh kan..nanti lekat dan tercekik hehehe..kebetulan hari tu terung dan kacang panjang semua ada..maka taraaaaaa terhasil lahhh Dalca Ayam..
DALCA AYAM
Recipe: Family
Source; Mum
Bahan-bahan:
1 mangkuk ayam bahagian yang bertulang seperti kepak, rib, leher etc
1 liter santan
1 paket rempah kari - jadikan pes, mieza pakai brand 'O'
1 biji terung - potong memanjang
10 batang kacang panjang - potong 2 inci panjang
1 batang carrot - hiris panjang
3 biji kentang - belah 4
8 biji putik jagung - hiris panjang
3 biji cili merah - belah tak putus
1 sb air asam jawa
Minyak untuk menumis
Bahan tumis:
4 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 sk lada hitam
2 tangkai daun kari
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumis hingga perang dan wangi. Kemudian masukkan pes kari. Masak hingga pecah minyak dan dimasukkan air asam jawa. Kacau rata.
2. Masukkan ayam dan kentang serta sedikit santan cair dan renehkan hingga kentang empuk dan ayam masak.
3. Masukkan santan dan sayur-sayuran kecuali cili merah dan kacang panjang. Renehkan sehingga sayuran empuk. Kemudian dimasukkan cili merah dan kacang panjang. Masak seketika sahaja (dalam 2 minit).
4. Rasakan garam gula. Tutup api.
5 comments:
rehat ye cik puan..lepas ni boleh tidur lama2 tak payah masak..jap lagi en abang blk bawak nasi patau.
Nasik /lauk/ sayur semuanya menggiurkan...
Semoga bonda mendapat haji mabrur..selamat pergi n selamat pulang ke tanahair...
kenyang la hari ni dapat makan nasi dan lauk pauk kat sini
Mieza....
kak Amie lum lunch lagi...tengah bengang2 ni duduk dalam bilik... rasa lapar tapi takde seleralah.... tapi tengok menu nasi halia macam sedap je... kang silap-silap balik rumah nak masak menu begini, tapi tengok dululah ada bahan ke idak....
sukenye ikan siakap! kalau yang rangup2 tu lagi best!. nak2 lagi makan ramai2 pastu berebut2...
adoi kak mieza : sama penat la kite hari ni nampaknya...yela, kalau dah tugas tu kan, memang takleh nak elak dah. penat ke macam mana sekali pon, memang nak kene setel jugak.
roshe shoes
tory burch shoes
hermes belt
adidas ultra boost
Kanye West shoes
kobe 9
michael kors outlet
http://www.kobebasketballshoes.us.com
light up shoes
nike huarache
502
Post a Comment