Haiiiii selamat malam..dah dinner ke semua? Mesti tengah layan berita tu..mieza pun baru lepas dinner..masak simple-simple je..kalau masak gempak takut nanti makan terbanyak lak..hanyut lagi diet hehehe
Malam ni mieza nak share resepi nasi yogurt pandan yang mieza masak semalam..atas permintaan Kak Amie Lahad Datu mieza post kan resepinya kat sini..tadi balik dari opis nampak ada komen Kak Amie pada entry sebelum ni yang mintak mieza postkan resepi nasi ni..jadi khas untuk Kak Amie..jangan lupa cuba ye kak..simple je caranya dan InsyaAllah sedap...
NASI YOGURT PANDAN
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
3 pot beras basmathi atau beras siam pun ok
2 pot air
1 cawan yogurt natural
1 cawan susu segar
3 ulas bawang putih - mayang
4-5 ulas bawang merah - mayang
1 inci halia - mayang
2 sb butter
1 kiub ayam knorr
2 helai daun pandan - untuk simpul
1/2 sk pewarna hijau
Garam
Hiasan: Bawang goreng, kismis, hirisan daun bawang
Cara-cara:
1. Cuci beras, tos dan ketepikan.
2. Panaskan butter dalam periuk, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.
3. Bila bawang dan halia dah wangi, masukkan air, yogurt, susu dan kiub ayam. Masak hingga mendidih.
4. Masukkan beras yang telah dicuci, pewarna hijau dan garam. Tanak seperti memasak nasi biasa. Mieza pakai rice cooker je.
5. Bila nasi dah masak gembur-gembur kan nasi agar tidak berketul. Hias nasi dengan bawang goreng, kismis dan hirisan daun bawang semasa menghidang.
6. Hidangkan dengan lauk kegemaran.
Mieza makan nasi ni dengan Daging Kandar...nasi ni pada mieza sedap sebab mieza memang suka dengan nasi tumis..pastu makan dengan lauk yang berkuah pekat macam daging kandar memang umphhh...buat Kak Amie nun jauh di Sabah, mieza ucapkan selamat mencuba...dan hasilnya jangan lupa bagitau mieza :)
4 comments:
wahhh...kena cuba ni, macam senang + sedap...
http://chequesuechekgu.blogspot.com/2011/10/peserta-ga-resepi-pilihan-pemenang.html
@Cheq sue..jgn lupa cuba tau..nak gi visit entry GA cheq sue jap heheh
salam singgah
utk diet memang baik sebab ada yogurt..kan
dah follow jom follow back
qhaifanurin.blogspot.com
@Qhaifa...TQ sudi singgah dan follow..i appreciate that dear :)
Post a Comment