Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Monday, October 10, 2011

Baked Macaroni - Pasta Lover That I Am!



Taraaaaa malam ni nak buat tayangan omputih heheheh...sebabnya dah rasa tamau makan nasi untuk malam..ubah selera gitu...kita makan pasta..mieza dan suami kan memang pasta lover..kalau orang bagi pasta memang tak pernah tolak..semua dibedal..insyaAllah rezeki tak boleh tolak kan..jom tengok resepi baked mac ni..malam ni tak leh nak celoteh panjang sebab anak-anak ajak menonton filem 'Bini-biniku Gangster'



MACARONI BAKAR
Source: Mieza @ WAWMC

1/2 paket macaroni - rebus dengan sedikit garam, toskan
2 biji bawang besar - chop
3 ulas bawang putih - chop
2 bell pepper - 1 hijau, 1 merah - chop
Daun pudina - mieza memang suka daun ni - chop
2 biji tomato - dice
1 tangkai daun ketumbar - chop
1 pek daging cincang - mieza selalu guna Ramly
6 biji telur
2 tin kecil sos spaghetti - mieza guna Prego (yang warna hijau)
oregano leaves
garam gula -to taste
1 paket shredded mozarella - untuk tabur
1 cawan shredded cheddae - untuk tabur
Olive oil


Optional:
5 ketul scallop cheese- slice
3 batang beef frankfurter - slice
parmesan cheese - serbuk
chilly flakes

Cara-cara:

1. Panaskan olive oil dalam periuk. Tumis bawang besar dan putih sampai wangi.

2. Bila dah wangi masukkan daging cincang dan masak sampai daging empuk dan sedikit garing.

3. Kemudian masukkan kuah spaghetti, masak hingga mendidih.

4. Bila kuah dah mendidih, masukkan semua bahan kecuali cheese, telur, dan chilly flakes. Rasakan garam dan gula. Tutup api dan ketepikan.

5. Dalam bekas yang lain, pukul telur sampai sebati dan masukkan macaroni yang telah direbus.

6. Dalam loyang pembakar yang telah di grease kan dengan butter, masukkan adunan macaroni dan telur, ratakan.

7. Lapiskan dengan kuah meat sauce.

8. Kemudian lapiskan pula dengan shredded mozarella dan cheddar. Ulang ketiga-tiga lapisan sampai adunan habis. Make sure atas sekali ialah lapisan cheese. Taburkan sedikit ground black pepper.

9. Bakar dalam oven pada suhu 180'C sehingga semua telur masak dan lapisan cheese kehangusan (golden) and nampak crispy. Yummy!

10. Potong segi empat semasa menghidang, boleh dihias dengan serbuk parmesan cheese, chilly flakes, dan beberapa helai fresh mint.

6 comments:

Nuwairani said...

alamak! kak mieza dah tayang2 macaroni dia la....ini yang rasa mcm nak buat jugak ni...haih.....nani kalau org bg pasta, konfem tak tolak! memang suke gile pasta mengalahkan mee2 lain...

inahar ali said...

woww akak pun pencinta pasta..huhuu! bak sepotong..meleleh dh ayaqliuq nih..hehe!

Mieza said...

@ nani..kita boleh geng la dik..kak mieza dah lama nak wat lasagna lagi..tp belum sempat nak gi beli kepingan lasagna..hubby memang suka sesangan dengan lasagna..akak suka seafood lasagna mcm kat pizza hut tu beshhhhh

Mieza said...

@ kak ina..meh la ke sini..bukan sepotong..berpotong-potong mieza nak jamu kak ina ni...boleh la kita geng dan tukar2 resepi pasta ye kak...

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Mieza..Saya salah seorang penggemar macaroni bakar ni..Tapi belum pernah cuba lagi versi buh sos speggeti tu...Lepas ni boleh cuba gak ni...

Mieza said...

@sue..nanti cuba tau..insyaAllah sedao..hari tu akak buat dan jual semasa program commerce day politaknik laku sue..ramai kata sedap! Cuba tau..

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...