Tuesday, June 21, 2011

Kek Gula Hangus - a.k.a Kek Sarang Lebah



Selamat malam semua...tengah tengok TV ke tu? Ke tengah tengokkan anak-anak buat homework? Haaa while you are doing whatever you are doing..meh kita makan kek gula hangus ni..sedap you..buat siang tadi for tea..encik hasben tak nyempat kek ni sejuk dah suruh potong..nampak delicious katanya..sekali dia ngap! habis sebelah! i'm so very glad he liked it!



Ada kisah sebenarnya buat kek ni hari ni...last Saturday, kakak ipar from Keramat tu visit..dia bawa kek ni yang dia beli..pagi tadi Adnin minta nak bawa ke school dia skit..i said ok..tapi bila nak potong tu tengok tengok kek tu dah berkulat..apa lagi moncong la mulut anak sulung kesayangan ku itu..terpaksa la pujuk kata esok la bawa..biar mama buat petang nanti..



Hari ni pula keluar opis awal skit noon tadi..dalam kul 11 dah kuar sebab nak bawa Wawa jumpa doktor sebab dia sakit mata..siap jumpa doktor pun dah at 12 noon jadi terus balik umah..terus la bancuh batter untuk kek ni coz kek ni kena perap 3-4 jam before baking..jadi bancuh masa lunch...balik kerja kul 530 terus bake...



Ada kawan tanya asyik masak je ada masa ke nak kemas rumah...apa jawapan den? Emmmm sebenarnya my mom lives mith me..masa aku kat opis kerja, mak la yang tolong kemas umah, and when i'm cooking, mak la the one who looks after my baby...tu la boleh masak..kalau tak memang tak sempat..Terima kasih mak sebab sudi tinggal sesama..



Balik kepada kisah kek gula hangus ni..resepinya dicopy dari umah Ayu Singapore..dia ni memang teror betul buat kek..semua kek dia nampak best..tak tahu nak try mana satu...sedap dan cantik bersarang kek ni..

KEK GULA HANGUS
Source : Ayu @ Curlybabe's Satisfaction

Bahan untuk karamel:-
1 cawan gula - mieza guna 3/4 cawan saja
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

Gula digoreng dengan api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas-kena berhati-hati sebab nanti dia meletop letop. Tutup api & cepat masukkan air panas tadi dan masukkan mentega kacau sampai mentega cair. Ketepikan.


Bahan untuk kek:-
4 biji telur
1 cawan susu pekat - mieza kurangkan skit
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh vanilla essence


Cara-cara:

1. Pukul telur sampai kembang & pekat. Masukkan susu pekat and mix lagi.

2. Tuangkan adunan kedalam blender dan tekan ON.

3. Masukkan tepung & soda bicarbonate yang telah diayak tadi dan esen vanila. Tekan On lagi. Last baru masukkan gula hangs tadi. Tekan On lagi.

4. Biarkan adunan dalam blender selama 3-4 jam(tertutup) untuk mendapatkan 'span' yang cantik.

5. Selepas diperap, masukkan adunan kedalam loyang yang telah digris dengan butter(Tanpa menggodak adunan tu). Gunakan loyang 5", kalau nak kek yang tinggi.

6. Tuang adunan terus kedalam loyang dalam oven. Bakar dengan suhu 160C selama 60 minit. (Mieza bakar selama 45 minit je untuk oven mieza) dengan menggunakan api bawah sahaja. Balance 20-30 terakhir, pakai api atas dan bawah. Keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum potong.

One slice for me



Dah kena ngappppp!

9 comments:

  1. cantiknya kek kak mieza.... menjadi sungguh sarang lebahnya.

    kak mieza,
    pasal kek karamel tu, fiza tak puas hati pada mulanya sebab ada lebihan air gula hangus bila dah terbalikkan kek. resepi ni sgt baik kak... tak de masalah pun. saya je salah teknik, masa buat gula hangus tu terlebih sikit, tak sesuai dgn loyang yg kecik. kek ni sgt sedap kak, lagi2 makan time sejuk.
    tapi, sekarang dah puas hati dah....

    ReplyDelete
  2. akak..cantik la kek tu bersarang...
    lama dah mas tak buat kek ni....
    jadi teringin lak...

    ReplyDelete
  3. As'salam Mieza

    alahai..jeles nya bila tengok buat kek ni menjadi tau. dulu pernah buat masuk kali kedua gak lah tapi tak jadi pulak sarang tu. ast2 tensoin malas nak buat kali ke3. api tengok mieza punya menjadi pulak suka tengok :D

    ReplyDelete
  4. @fiza
    selalu akak buat kek ni bakar tk guna oven, tapi bakar atas dapur gas je..kali ni try lak yg bakar dlm oven..mmg sedap resepi ni..tp kalau perap lagi lama lagi spongy kot fiza..

    nnt akak nak try la kek karamel tu..tp bila la tu huhuhu masuk list dulu :)

    ReplyDelete
  5. @Mas
    kek ni hubby mmg suka..tak sempat sejuk dia dah potong..tp dia suka kalau masa bakar tu kasi hangit..mas bancuh malam, paginya bake..nnt mas buat ye :)

    ReplyDelete
  6. @ Kak CT
    Mieza first time buat lagi kelakar kak, tertukar sb dgn bp..terus bantat kek tu, jadi bingka..tp jadi bingka pun habis gak dibedal suami dan anak2..

    Resepi ni ok kak..sedap..mieza kurangkan gula..sedang elok manisnya..tp kalau Kak CT suka manis leh stick to original recipe..kak CT jgn serik..oh ya..suka tgk kak CT dlm paper dgn chef liza tu..bila la mieza berpeluang nak jumpa dia ye..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..suka jugak dgn kek ni..spongy gituew.

    ReplyDelete
  8. Rabiatun
    Jgn lupa buat lagi tau..sedap kek ni, anak2 mieza suka :)

    ReplyDelete
  9. salam akak...kalo msak atas dapur gas dalam loyang boleh ke?
    btw, mengancam la kek tu...:)

    ReplyDelete