Wednesday, June 15, 2011
Lompang Jakarta - Steamed in Tanjong Malim
Selalu kita dengar mee bandung, air bandung, mee jawa..kali ni kita dengar pula Lompang Jakarta..tapi walaupun namanya Lompang Jakarta, aku kukus di Tanjong Malim je..sedap kuih ni..rasa macam kuih talam...bagi hasben dan mak yang memang suka kuih talam, this cake has been listed in their faveret list since yesterday..
Memula nampak Izah tayang..versi perang gula melaka..pastu mas lak tayang..versi hijau pandan...oleh sebab aku kekurangan gula melaka nak perangkan lompang ni maka aku stick to the original recipe by kak fida iaitu kaler ijau...letak ler kaler ape pun (tapi jangan le letak kaler itam ye) kuih ni sesungguhnya sedap! Tak rugi mencuba!
Kukus kuih ni petang semalam for tea..maklum le semalam cuti jaga anakanda kesayangan yang sakit mata...hari ni dah kena kerja balik coz petang ni ada meeting..boss siap warning awal-awal hari ni kena kerja huhuhuhu...buat kuih ni satu adunan dapat 26 biji lompang..isi acuan lompang tu 3/4 penuh dengan adunan lompang then baru isi dadihnya sampai penuh...rasanya next time nak kurangkan isi adunan lompang tu supaya dapat isi adunan dadih tu lebih tebal...may be isi 3/5 acuan je..biar dadihnya jadi tebal sikit..lagi sodap!
Terima kasih Kak Fida, Izah dan Mas sebab sudi share resepi...
LOMPANG JAKARTA
sumber: kak Fida@myR, Izah @ Izzah Muffin Lover, Mas @ Duniaku
Bahan-bahan ( lebih kurang 20-25 keping )
125 g tepung beras
2 sb tepung sagu/ubi
200 ml santan pekat (100ml sntn KARA + air) - aku pakai santan original
1/2 sk air kapur
200 ml air*
125 g gula pasir*
1 sk pandan pes + pewarna hijau
Topping Dadih :-
160 ml santan pekat (100ml sntn KARA + air)- aku pakai santan ori..aku tambah hingga 250ml sebab nak dadih tebal :)
1/4 cawan tepung beras - aku lebihkan 2 sudu besar
1/4 sk garam
Cara-cara:
1. Masak bahan bertanda* dgn sehelai daun pandan,jadikan air gula dan sejukkan.
2. Campurkan air gula dgn tepung beras dan tepung ubi,santan pekat,air kapur,pandan pes dan pewarna hijau,kacau dan tapis.Ketepikan.
3. Satukan bahan-bahan dadih,kacau,tapis dan ketepikan.
4. Sapu acuan lompang dgn sedikit minyak dan panaskan di dalam kukusan.
5. Tuang adunan hijau 3/4 paras acuan lompang (lain kali nak tuang 3/5 paras je sebab nak tebalkan bancuhan dadih) dan kukus selama 10 min.
6. Tuang pula topping dadih ke atas lapisan hijau dan kukus lagi selama 10 min atau hingga masak.
7. Sejukkan kuih dan keluarkan dr acuan dan hidangkan.
akak..sedappkan lompang jakarta ni..
ReplyDeletemas suka....
dadih tu memang serasi jerk kan..
Kena cuba jugak ni....... semua orang dah buat.
ReplyDelete@mas
ReplyDeletesedap sangat mas...dadihnya tu yg buat dia lagi sodap..mcm kuih talam..:)
@yatie
cuba tau yatie..tak rugi..agaknya org jakarta tk mkn lompang guna kelapa parut..depa pakai dadih santan agaknya..tu yg namanya lompang jakarta :)