Friday, June 17, 2011
Spaghetti Bolognese
Salam hari Jumaat semua..haaaa pejam celik pejam celik dah Jumaat pun..Jumaat yang most awaited hahahaa..tapi aku hari ni cuti..sebab hari ni birthday anak sulung yang ke 11..request darinya minta dibuatkan sedikit kenduri (bukan party) kesyukuran..nak ajak kawan-kawan baik sekolahnya..kebetulan pula 2 orang abang aku yang sulung dan yang kedua bersama family nak datang umah this weekend..jadi elok lah ambik cuti..pegi pasar dan boleh masak-masak untuk birthday anak dan sambut kedatangan depa sekali..
Ini bukan masak-masak hari ni...ini menu dinner dua malam lepas, baru berkesempatan nak upload gambar..ini menu penyelamat time malas nak masak gempaq-gembaq atau pun menu penyelamat time unexpected guests (jenis yang nak bagi surprise dan tak inform dulu tu hahahah) datang visit umah..suka masak spag bolognese ni sebab senang dan cepat dan bahan-bahan mentahnya leh tahan lama dalam pantry...kat umah ni satu family suka dengan pasta..whatever jenis jenis pasta semua depa suka!
Dulu dah penah post dah resepi ni...kali ni aku kopi balik kat sini..tamau la letak link..sian kat visitor nak kena tekan banyak kali then nak kena tunggu loading balik hhehehehee
Meh kita tgk resepinya
SPAGHETTI BOLOGNESE
Recipe & source: Mieza @ WAWMC
1 paket spaghetti (I chose San Remo)
2 camb butter
3 ulas bawang putih - cincang
2 biji bawang besar - cincang
1 paket ground beef - aku pakai Ramly (those who have a food processor at home leh buat sendiri je ni)
3 tin sos spaghetti Prego (1 tin = 300gm)
3 biji buah tomato - potong dadu
1 batang carrot - potong dadu
1 tin cendawan butang - slice
2 batang celery - hiris kecil
1/2 camt oregano
1/2 camt italian herbs
Parmesan cheese
chilly flakes
Minyak zaitun untuk menumis
Cara-cara:
1. Didihkan 2 liter air dan rebus spaghetti dengan dicampur dengan 2 camt garam, 1/2 camt oregano leaves dan 2 camb mentega. Sentiasa kacau-kacau supaya spag tak melekat antara satu dengan yang lain. Rebus sampai empuk, angkat dan toskan dan di gaul sedikit butter.
2. Dalam periuk yang besar (sebab nak masak kuah) panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih dan besar hingga wangi dan kekuningan.
3.Masukkan ground beef, biarkan daging masak dan kekuningan sambil diketuk-ketuk supaya daging tak berketul dan seragam bentuknya.
4. Masukkan pula carrot, celery dan cendawan dan masak hingga sayur lembut.
5. Masukkan sos dan tomato dan ditambah sedikit air mengikut kepekatan yang disukai. Selalunya aku taruk 2 1/2 tin air (tin sos spag), yang ini boleh adjust ikut selera masing-masing. Aku suka kalau tomato buah tu tak hancur, biar nampak bentuk dadunya. Bila makan terasa kesegaran buah tomato, mmmm Yummmy!
6. Masukkan herba, garam dan gula to taste. Yang ni pun ikut selera.
7. Semasa menghidangkan taburkan parmesan cheese.
No comments:
Post a Comment