Thursday, July 21, 2011

Apple Cinnamon Yogurt Muffins



Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya semua..chewahhhhhhh macam la visitor blog WAWMC ni orang peghok je..bukan aper teman ni baru hari ni teman tau yang di peghok ni ada salamnya sendiri..cehhh ketinggalan sungguh..nama je menetap di peghok dah 9 tahun tapi salam negeri peghok pun baru diketahui..ampunnnn tuanku!



Dah beberapa hari mieza tak aktif mencuba resepi baru sebab mieza dok menumpukan perhatian pada tempahan muffin dan nasi lemak yang mieza terima..sebenarnya bukan la niat nak berniaga sangat, sebenarnya macam ni..mieza bangun bersahur pukul 4.50 pagi..bila dah selesai bersahur mieza tak tidor dah..jadi kekadang tu mieza lepak depan laptop sampai subuh..then only baru bergegas nak bersiap pergi kerja...jadi mieza fikir dari mieza dok saja-saja lepas sahur baik mieza bungkus nasi lemak dan jual kat pejabat..memula tu buat 10 bungkus je..balance anak-anak dan suami bekpes..pastu depa mintak lagi..jadi esoknya buat pula 20 bungkus..Adnin bawa gi test market kat kelas dia 5 bungkus..tetiba ramai pula kawan-kawan Adnin yang tempah nasi lemak..jadi naik kepada 30 bungkus..keesokan hari nya..cikgunya pula beli dan sekarang cikgu-cikgu sekolah Adnin pula yang dok menempah...Alhamdulillah depa suka nasi lemak mieza...fenat la sikit tapi seronokkkkk heheheh IKS gitu...



Hari ni mieza nak tayang muffin baru yang mieza baru tested hari ni..alhamdulillah, sedap muffin ni...hubby suka! Siap habis 3 biji masa muffin tu mula-mula masak panas-panas..buat muffin ni pun kebetulan apple filling masih banyak kat dalam fridge dan yogurt ada lg 2-3 cup...mieza ni kan kalau dengan cinnamon memang ngammmm je...tatau la naper heheheh




APPLE CINNAMON YOGURT MUFFIN
Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

Bahan A:

220 g tepung gandum - ayak
1 sk baking powder - ayak
1 sk soda bicarbonate - ayak
1/4 camt garam - ayak
1/2 cawan gula castor

Bahan B:
1/2 cawan butter yang dicairkan
1/2 cawan yogurt perisa apple
1/4 cawan fresh milk
1 biji telur - pukul manja
1 sk vanilla essence
1 cawan apple filling


Cara-cara:

1. Satukan semua bahan A dan digaul rata.

2. Di dalam mangkuk yang berlainan satukan Bahan B dan dipukul sebati. Tak payah pukul sampai kembang.

3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan kaup terbalik dengan menggunakan senduk kayu hingga bersatu sahaja.

4. Bakar dalam oven, 180'C selama 15-20 minit.


..jemput ambik sorang satu..

12 comments:

  1. setelah meneliti, menilik, men'study' resepi ni, rasanya mcm tidaklah sesusah mana pon nk buat. telur pon pakai sebijik je...yogurt pulak dah habes..takpe2 boleh diusahakan jugak...suke bau cinnamon!!

    ReplyDelete
  2. Mieza,
    lepas ni bolehla buat nasi kerabu , nasi berlauk , nasi dagang pulak....Samalah mcm kat sekolah ni, bawak je apa utk dijual semua laku.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum mieza..
    mmg nampak gebu ler muffin tu mieza.. ada yogurt tu yg x tahan tu... sedapnya tu... tambah2 lg ngan cinnamon tu... mmg terbaik.. akak suka gabungan semua rasa nie.. sedap

    ReplyDelete
  4. Mieza,
    ni yg tak sabar nak tunggu cup tu... dtg sini asyik tengok Mieza memufin je... he heheh,
    bestnya dpt masak2 utk org, permulaan IKS yang bakal maju ke depan!

    ReplyDelete
  5. @ nani
    chaiiyyyokkkkk nani..yakin berjaya..kalau nani tak der yogurt boleh ganti dengan butter milk..kalau butter milk pun tadak boleh ganti dengan fresh milk yang dicampur dengan perahan air lemon..selamat mencuba nani!

    ReplyDelete
  6. @ yatie
    ya Allah yatie..feveret tu nasi berlauk dan nasi kerabu..baru cecadang nak buat nasi berlauk untuk minggu depan..kalo tekak kelate tu tekak kelate gak kan yatie walaupun dok nun jauh di London ahakksss

    ReplyDelete
  7. @ Fiza
    jgn lupa cuba tau..sedap!

    @ kak diana
    memula tu mieza nak letak buttermilk alih2 takder buttermilk kat umah..jd miezaletak yogurt..sedap gak..terlupa nak tabur coklat chip sbnrnya..heheh

    ReplyDelete
  8. @ kak amie..
    mana address kak? nnt mieza poskan..no prob..nnt bila cup dah sampai kak amie pulun memuffinkan diri tau :)

    ReplyDelete
  9. kak mieza. nani dah edit entry apam cream cheese tu. rasanya sedap. tapi nani buat jadi sedikit berat sebab terlampau lama kukus n pukul pakai hand whisk. kalau kak mieza ada mixer, ok kot...boleh rujuk resepi asal kak yani di Myresepi.

    ReplyDelete
  10. @ nani
    TQ dear..nnt bebila akak try..cis mmg dok ada dlm peti ais dan akk nampak resepi tu guna skit je cisnya..nnt bila akk masak akk tayang kat nani hheeheh

    ReplyDelete