Wednesday, July 6, 2011

Fish N Chips - Served with black pepper sauce, coleslaw, cream of chicken soup and garlic bread

Selamat pagi Rabu..semakin hari semakin dekat dengan weekend ye...hari yang ditunggu..hari untuk melepak-lepak kat umah..beshnyer kan kalau jadi fulltime haousewife..bila la agaknya cecita nak jadi fulltime housewife tu tercapai..

Pagi ni mieza nak bercerita tentang Fish N Chips yang mieza masak semalam untuk berbuka..ewahhhh semalam berbuka gaya barat gitu ahakksss..tetiba je kat opis tu rasa nak ubah selera...asek makan nasi je...sekali sekala tukar tekak jadi tekak omputih...jadi semalam tak masak nasyik...kita makan chips je...lagipun ada fish fillet yang mieza beli kat Tesco wiken hari tu..masa lunch hour tu lari jap pergi supermarket beli kubis and lemon...and taraaaaaaa...presenting to my beloved visitors....from Tanjong Malim with love..Fish N Chips..in black pepper sauce...



served with french fries...




Let us look at the recipe...

FISH AND CHIPS
Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
5 keping fish fillet
1/2 paket french fries
Minyak penuh untuk menggoreng
1 biji lemon - hiris nipis untuk diperah jus atas fillet


Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng fries hingga masak dan perang. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.

2. Goreng fish fillet hingga masak dan garing mengikut arahan pada kotak. Angkat dan toskan minyak dengan menggunakan kitchen paper. Ketepikan.


BLACK PEPPER SAUCE

Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
1 biji bawang besar - cincang
2 biji bawang putih - cincang
2 camb butter - untuk menumis
1 camt lada hitam - coarse
1 paket sos lada hitam - aku pakai 'yamie'
1 camt honey
2 camb BBQ sos
Garam
1 camb tepung jagung - bancuh dengan sedikit air


Cara-cara:


1. Panaskan pan dan cairkan butter dan tumis bawang besar dan putih yang telah dicincang hingga garing.

2. Bila dah garing semua bahan-bahan untuk buat sos. Tambahkan sedikit air. Untuk memekatkan kuah boleh diletakkan sedikit bancuhan tepung jagung.

3. Masak hingga sos mendidih dan pekat. Tutup api, ketepikan.


...and coleslaw...





COLESLAW

Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:

2 cawan kubis yang diparut halus
1 cawan carrot yang diparut halus
1 biji bawang besar - cincang
1 cawan yogurt - plain
2-3 sb mayonis
1/2 camt serbuk lada hitam
Sedikit garam
Sedikit jus lemon
Sedikit gula


Cara-cara:

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan digaul sebati. Rasakan mengikut selera masing-masing dan simpan di dalam peti ais. Hidangkan sejuk.


...and slices of garlic bread...




GARLIC BREAD
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan
10 keping roti gardenia - atau french loaf atau apa-apa jenis roti yang disukai
4 sb mentega - room temperature
6-7 ulas bawang putih


Cara-cara:

1. Tumbuk bawang putih hingga lumat. Masukkan mentega dan lenyek hingga sebati dengan bawang putih.

2. Sapukan ke atas roti. Bakar 200'C, api atas selama 3-4 minit atau hingga perang.

4. Angkat dan hidangkan bersama soup ayam berkrim...


...also with squeeze of lemon juice...




...not to be forgotten...cream of chicken soup...




CREAM OF CHICKEN SOUP
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
1/2 cawan isi ayam yang dicincang- tidak terlalu hancur
1 cawan chicken stok
1 kiub pati ayam - mieza guna brand knorr
2 biji bawang putih - cincang
1/2 biji bawang besar - cincang
2 sb tepung gandum
2 cawan susu segar
1/2 sk serbuk lada sulah
2 sb mentega
Sedikit daun thyme dan dried parsley
Garam gula secukupnya

Cara-cara:

1. Panaskan mentega dalam periuk. Tumis bawang besar hingga perang kemudian dimasukkan bawang putih. Tumis lagi hingga bawang keperang-perangan.

2. Masukkan tepung gandum dan sedikit chicken stok. Kacau hingga tepung tidak berketul dan sebati di dalam stok ayam.

3. Masukkan ayam cincang dan dikacau seketika. Ingat waktu ni guna api kecil sahaja takut tepung hangit. Kemudian masukkan kesemua chicken stok dan reneh hingga ayam masak.

4. Akhir sekali masukkan susu dan semua bahan-bahan lain. Sentiasa dikacau hingga soup mendidih dan pekat mengikut kepekatan yang digemari. Rasakan garam gula.


...dan ada yang pm mieza kat facebook tanya fish fillet apa mieza guna...taraaaa ini dia fish fillet brand Pacific West..





CARA MENGHIDANG

Perahkan jus lemon ke atas fish fillet dan dihidangkan bersama black pepper sauce, french fries, dan coleslaw. Garlic bread dimakan dengan mencicah ke dalam cream of chicken soup.


...rich and rich of black pepper sauce...


3 comments:

  1. perhhhhh...sedapnya tengok menu westend ni...
    berbaloi2 buat sendiri kan kak..
    puas makan..

    ReplyDelete
  2. @ mas
    berbaloi2 mas...puas dan kenyang..buka posa tak yah makan nasi pun..:)kekonon nak diet...tp diet yg die hahaha

    ReplyDelete
  3. Salam kak mieza..
    Nk tnya la, knape gunakn tepung gandum utk mushroom soup tu? Untuk pekatkn kuah ke..

    ReplyDelete