Wednesday, July 6, 2011

Sambal Tumis Ikan Bilis dan Nenas



Salam 1 Malaysiaaaaaa...haaaaa hari ni mieza bersemangat 1 Malaysia lak...bukan apa, hari ni mieza kena jaga pendaftaran pelajar senior...jadi yang datang daftar tu bawa sekali parents depa dari pelbagai bangsa...jadi rasa 1 Malaysia gitu ahakkkssss...mieza ni baru abis pendaftaran, lunch pun belum..makan bun je la sambil dok depan lappy...walau pun opis kasi PC, lappy ni tetap dibawa ke hulu ke hilir ngehhhhhh...jadi sebelum mieza mula kerja petang ni, nak gak update blog dengan resepi sambal tumis yang mieza masak 2-3 hari lepas...



Selalu nenas kita masak dengan gulai ikan kering atau pun buat pajeri kan..hari ni mieza nak share resepi yang mieza baru cuba...dapat resepi ni dari suggestion from an opis mate...a male office mate to be exact...katanya nenas tu letak dalam sambal bilis atau sambal udang lagi sedap...menggunakan suggestion Burhan (his name it is) maka terhasillah sambal ni yang sangat sedap...i loikkkeeeeee!




SAMBAL IKAN BILIS DAN NENAS
Idea and Suggestion : Burhan @ JP PSAS
Recipe: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:

1 cawan ikan bilis - dicuci dan digoreng garing
3 biji bawang putih - hiris
4 biji bawang merah - hiris
1 sb air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
1 cawan nenas - dipotong kiub

Bahan Kisar:
4-5 biji cili kering
1 biji bawang besar


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga perang. Masukkan cili kisar dan sedikit air. Masak hingga pecah minyak dan cili masak.

2. Bila dah pecah minyak masukkan air asam jawa. Kacau seketika.

3. Masukkan pula bawang besar yang dikisar dan nenas. Masak hingga kuah agak pekat.

4. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang dah digoreng. Kacau rata. Rasakan masam masin dan manisnya.


5 comments:

  1. assalam kak mieza...tengok gmbr kat atas, ingatkan pajeri nenas...sekali rupanya ada ikan bilis...kreatif betol tuan resepi ni ye...

    ReplyDelete
  2. akak...sedapnya tengok Sambal Tumis Ikan Bilis dan Nenas tu..
    best makan ngan nasi panass....

    ReplyDelete
  3. @ nani
    itu la kan, akak pun tk penah terfikir nak letak nenas dlm sambal ikan bilis..bila kawan bg idea, terus cepat2 try sementara stok nenas masih ada..alhamdulillah, sedap gitu :)

    ReplyDelete
  4. @ Mas
    akak makn dgn roti mas..pun sodap..mkn dgn nasi jgn ckp la..tambah berpinggan2 hahhaaha mcm mana nk diet tu?????

    ReplyDelete