Friday, July 15, 2011

Mocha Cinnamon Choco Chips Banana Muffin - Fuhhhhh panjangnya nama!



Kawan-kawan yang mieza sayangi..hari ni mieza nak tunjuk muffin yang sangat sedap ini..tatau la mieza nak bagitau macam mana tapi rasanya sangat sedap...resepi ni mieza olah dari resepi Choco Chips Banana Muffin yang mieza dapat dari All recipes...hari tu mieza nampak izah buat, the original recipe..then last week nampak Kak Inahar lak buat..mieza jadi teruja gitu..



Kebetulan pisang awak yang suami tanam kat yard belakang umah kami dah berbuah dan masak..banyak sikat juga dapat..lepas dah agih-agih kat jiran tetangga pun masih lagi ada balance..jadi mieza godek-godek la resepi..suami tak suka sangat muffin pisang, jadi untuk menarik minat dia mieza letak la coffee dan cinnamon...dan hasilnya MasyaAllah sedap sangat! Masa baking tu kan bau cinnamon tu semerbak sebuah rumah..anak-anak yang tengah buat homework kat tingkat atas pun turun dan bertanya sebab bau yang sangat harum...bila masak tu cuak juga mieza takut rasanya tak seperti baunya..bila dimakan..sedap sangat you..u all kena try tau..insyaAllah tak nyesal...hubby pun suka siap bagi gred 10/10! Syukurrrrrr semua ahli rumah suka resepi mieza..



Oleh sebab sangat sedap maka mieza bake another batch lepas solat maghrib...pagi ni Adnin bawa ke school sedikit katanya nak jual kat kawan-kawan...selebihnya mieza bawa jual kat opis..mieza jual pada harga RM0.80 sebiji...belum pukul 8 pagi dah abis jual..yaAllah first time mieza berniaga..suka sangat sebab semua habis...insyaAllah lepas ni nak berniaga lagi..seronok sangat hehehehe jadi usahawan gitu ahakkksss



Ini la rupa muffin tu kat dalam dia...this is definitely my favorite banana muffin!



MOCHA CINNAMON CHOCOLATE CHIP BANANA MUFFINS
Original recipe: allrecipes
Improvised recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahannya: yield 20 muffins

1 3/4 cawan tepung serbaguna* gandum
3/4 cawan brown sugar
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon garam
1 biji telur* - mieza guna gred B
1/2 cawan minyak * mieza guna minyak jagung
1/2 cawan plain yogurt * @1 cup yogurt(1 bekas yogurt 140ml) tu bersamaan 1/2 cawan
1 teaspoon vanilla extract
1 cawan pisang lecek - mieza pakai pisang awak dalam 3 biji saiz besar gak
3/4 cawan semisweet chocolate chips
1 sb serbuk kayu manis
2 sb instant coffee powder - mieza guna nescafe' white coffee
1 sk mocha flavor


Cara-caranya:


1. Dalam mangkuk yang besar ayakkan tepung bersama baking powder, soda, instant coffee, serbuk kayu manis dan garam. Kemudian masukkan gula dan chocolate chip. Gaul rata

2. Dalam bekas yang lain, satukan minyak, telur, yogurt, pisang, mocha flavor dan essence Vanilla. Gaul rata.

3. Kemudian masukkan adunan pisang ke dalam mangkuk tepung tadi. Gaul sekadar bersatu sahaja.

4. Sendukkan ke dalam paper muffin 2/3 penuh (mieza sendukkan 2 sudu besar) dan bakar pada suhu 180 C selama 20 minit.

9 comments:

  1. Mieza,
    sedapnya muffin tu.... biasanya kalau tengahari tak sempat makan kak amie makan muffin je, seketul pun cukup kenyang tapi kalau sedap mau tambah 2-3 ketul...

    ReplyDelete
  2. Salam kak mieza! ini muffin yg akak ckp td ya? panjang namanyer! ssh nak sebut hihihi... benda yg ada pisang2 ni kita suke tp terbehenti seketika bila ada pakcik cinamon tuuu, kita kalau ada bau cinamon leh pitam gituu hihihi tp yg peliknyer cinamon stick ok :D yg serbuk ni jer lahh baunyer kita tak leh tahan :D

    ReplyDelete
  3. hihih...nk jual muffin jugak la lepas ni....suke masak, tp taknak makan byk2...bila dah masak mula duk fikir, nk bg sape ek? erm...kalau dh dpt skala 10/10 tu kire sedap betol la tu...stok banana takde...resepi ni msuk list jela dlu...

    ReplyDelete
  4. @ kak amie..
    mieza pun kalau tak dan nak makan bedal muffin je kak..leh tahan sampai petang..tp bila balik umah kena bedal nasi gak laaa huhuhu perut tradisional malay :)

    ReplyDelete
  5. @ ika
    oooo ika tak suka cinnamon ye? biasa la tu, mcm akak ni tak leh bau rebung, tak suka dah tak berkenan..tp akak dgn cinnamon ni mmg feveret hehehe..suka kalau kek ke kuih ke yg letak cinnamon :)

    ReplyDelete
  6. @ nani
    jom jadi usahawan..heheh alhamdulillah ada la sikit tempahan ni..saja suka-suka..my students yg offer nak tolong jual :)

    ReplyDelete
  7. nak try banana muffin choco chips nie...terliur plak..hehehe :)

    ReplyDelete