Saturday, July 16, 2011

Pengat Pisang dan Pulut Kukus - dan tempahan muffin




Selamat hujung minggu semua..apa bikin tu? tengah cuci rumah ke? Mieza ni baru balik dari opis..ada khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh opis dan mieza kena jadi pengarah program..dari seawal jam 8am dah terpacak kat opis..semalam pula ada tempahan muffin, jadi malam semalam lepas balik kerja mieza pulun ler memuffin kan diri..baru nak belajar berniaga jadi mieza bagi harga promosi, lagi pun pelanggan nye adalah sebuah Taska...seronok juga jadi usahawan ni ye..Alhamdulillah untuk hari Isnin pun ada tempahan lagi...ini le sebahagian dari muffin yang ditempah tu...



Hari ni mieza cuma nak tunjuk gambar dan resepi pengat pisang dan pulut kukus yang mieza buat berbuka puasa 2 hari lepas..pisang nya hasil tanaman sendiri kat belakang umah..



PENGAT PISANG DAN PULUT KUKUS
Recipe : Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:

5 biji pisang awak/kebatu - potong serong kepada 3 setiap biji
1 mangkuk santan - hingga menutupi pisang di dalam periuk
1/2 cawan sagu - direndam dengan air selama 15 minit dan toskan airnya
1 keping gula melaka - keping saiz 4 inci
Gula pasir secukup rasa
1/2 sk garam
2 helai daun pandan
2 cawan pulut - direndam selama 2 jam dan dikukus hingga masak


Cara-cara:

1. Masukkan gula melaka, gula pasir, daun pandan dan sedikit air ke dalam periuk. Reneh hingga gula melaka hancur.

2. Bila gula melaka dah hancur, masukkan santan, pisang dan sagu. Masak hingga sagu masak dan santan mendidih sekejap saja. Masukkan garam dan rasakan manisnya.

3. Makan bersama pulut kukus atau dimakan begitu saja. Sesuai dimakan untuk berbuka puasa.

8 comments:

  1. Mieza,
    kakak suka sgt pengat pisang .... muffin tu sungguh menggoda, cuma pulut tu walaupun sedap kak amie tak boleh makan banyak sbb nanti sakit kepala...

    ReplyDelete
  2. Salam kak mieza! suke dgn pengat2 pisang! pisang kita dah hitam2 pulak kat dapo tuuuu.. sedapnyer! kita tiap2 minggu beli pisang sama ada guna atau pun tak mesti ada bekalan pisang kat dapo kalau tak de mcm tak lengkap gitu dapo kita tak de nmpk pisang2 yg itam2 tuuu hihihi...

    ReplyDelete
  3. sedapnya pulut dengan pengat! dah lama tak makan pulut...jarang sekali jumpa pulut di sabah ni...

    ReplyDelete
  4. @kak amie
    mieza pun kak suka pisang..dan pulut cant resist la kak..mieza pun tk leh mkn bebanyak tp sekali sekala hadap juga sbb teringin..lebih2 lagi pulut doyan. fullamaaakkkk tak tahannnnn hihiiih

    ReplyDelete
  5. @ ika
    owhhhh suka pisang gak ye..boleh geng ngan mak akak dan anak akak yg tgh tu..suka benor dgn pisang..kalo beli posang zup zap zup abissss depa bedal..kalo pisang goreng hmmmm mmg anak dara tu la tukang abiskan..tu yg akak tanam pisang bakang umah tu..nnt nak cari pisang kapas lak tanam heheh

    ReplyDelete
  6. @ nani
    di sbah susah ye nak dpt pulut..kalau nani nak pulut akak boleh tolong poskan..sian nani..raya posa nanti balik kelate tak? akak pun raya kat kelate..umah akak kat kuala krai..:)

    ReplyDelete