Tuesday, July 26, 2011

Nasi Kari Berempah



Fuhhhhhh mieza tak menang tangan lately..tak sempat! Sibuk dengan proposal phd dan sibuk cari supervisor..itu adalah requirement nak mohon biasiswa..proposal kita kena dah disemak oleh bakal supervisor..kekadang mieza pun tak faham dengan requirement MOHE ni..(kang mohe baca entry mati aku) bukan apa, mieza tak fahamkan macam ni..kita baru nak mohon biasiswa, jadi biasiswa belum tentu dapat ke idak, kalau kita dah ada SV then tak dapat biasiswa bukan ke kita tak jadi belajar..tak ke penat SV tu betulkan proposal kita tapi end up kita tak jadi pun berSV dengan dia..pastu kalau mieza nak mohon ke obersea, mana lah kita kenal bakal SV kita omputih tu..haishhhhhh nak bagi scholarship ke tanak ni encik MOHE??? Tapi tak per lah..apa-ape pun kitalah cuba yang terbaik ya...

Jadi hari ni mieza cuti sebab nak siapkan proposal..ada 20% lagi tak siap...especially bahagian LR tu...malas betul nak menulisnya..walaupun cuti pukul 11 pagi baru ada can nak menulis..pastu ambik feel dengan update blog dulu hihihihih

Hari ni mieza nak share resepi nasi kari berempah yang mieza masak hari Sabtu yang lepas..nasi ni mieza makan dengan sotong masak 4 rempah dan ikan merah masak hijau yang dipostkan sebelum ni..nasi ni sedap sangat bagi tekak mieza sebab rasa rempahnya..senang untuk disediakan, main campak-campak je...sedap dimakan dengan lauk-lauk lain seperti ayam masak merah, ikan sweet sour dan dalca macam makan nasi tumis yang biasa...cubalah baru kita tahu :)


NASI KARI BEREMPAH
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
4 pot beras basmathi - cukup untuk 2 adults and 2 kids
Air sama banyak dengan nasi
Minyak sapi untuk menumis
1 tin susu cair - mieza guna ideal, jadikan tairu dengan mencampurkannya dengan perah sebiji lemon


Bahan tumis:
3 tangkai daun kari
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 sk lada hitam
5 kuntum bunga cengkih

Jadikan pes:
2 sb rempah kari
2 sb rempah kurma
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbik jintan manis
1 sb serbuk jintan putih

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia

Bahan hiasan:
Bawang goreng
Daun bawang
Gajus dan almond

Cara-cara:

1. Beras dibersihkan dan ditoskan.

2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumis hingga naik bau dan garing. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga garing.

3. Masukkan pula bahan pes dan tumis hingga pecah minyak.

4. Ambil beras yang telah ditoskan, masukkan ke dalam periuk yang mengandungi bahan tumisan dan kacau dengan senduk. Kemudian masukkan air dan susu cair. Jangan lupa masukkan garam juga.

5. Tanak seperti memasak nasi biasa. Bila nasi dah masak, gemburkan ia dengan menggunakan senduk. Hias dengan bahan hiasan semasa menghidang.

3 comments: