Sunday, July 24, 2011

Sotong Masak 4 Rempah



Selamat hari minggu semua..sedang buat apa tu? Apa plan hari ni? Pergi shopping baju raya ke? Maklum le lebih kurang seminggu lagi kita akan berpuasa..jangan tunggu last minute baru nak shopping nanti barang banyak dah habis..ewahhhh..heheeh mieza sendiri pun belum shopping lagi..hari ni tak dapat mieza nak bersiaran awal sebab lagi tadi office mieza menganjurkan community service gotong royong cuci surau sempena menyambut Ramadhan..terus depa bagi lunch..jadi tak masak la lunch hari ni..petang ni pula kawan-kawan nak datang bakar sate kat umah..ada la 3-4 family..jadi hari ni mieza tak masak..tapi nak tunjuk resepi yang mieza masak semalam..sotong 4 rempah..jom tengok resepi..tak leh celoteh panjang sebab umah tak kemas, kang kawan-kawan datang segan umah bersepah macam tongkang pecah heheeh

SOTONG MASAK 4 REMPAH
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
7-8 ekor sotong - cuci, hiris bulat dan toskan
1 cawan santan pekat
1/2 batang carrot - potong sepanjang 1 inci
4-5 batang jagung muda - potong panjang
1/2 tin tomato sup - mieza pakai brand heinz
3 biji cili merah - hiris memanjang
2 tangkai daun kari
Minyak untuk menumis
Garam gula secukupnya

Bahan rempah: jadikan pes
2 sb rempah kari
2 sb rempah kurma
2 sb rempah beriani
2 sb rempah kerutuk

Bahan Kisar:

3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
3-4 tangkai cili kering

Cara-cara:


1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis daun kari dan bahan kisar hingga wangi. Bila dah wangi masukkan pes 4 rempah dan tumis hingga pecah minyak.

2. Masukkan santan dan tomato sup dan renehkan hingga pekat. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sayur empuk dan kuah agak pekat.

3. Akhir sekali masukkan sotong. Renehkan seketika. Jangan tambah air sebab sotong akan mengeluarkan air bila dimasak. Rasakan garam gula.

4. Masukkan cili merah yang dihiris. Gaul rata. Angkat dan hidang...

6 comments:

  1. sedaaaaaaaaaaaapppppppppp....cuma musykil nape sampai 4 rempah tu....nak datang jugak ler ke tanjung malim....dapat tumpang makan ikan bakar pun ok gak...he he

    ReplyDelete
  2. meriah ye, siap bakar2 sate lagi! jarang makan sotong masak mcm ni (ke tak penah makan ek? lupe plak). tapi kalau sotong masak lemak putih pernah makan sekali. sedap rupenye...selama ni asik masak sambal aje kalau beli sotong.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum mieza...
    wah terliur akak tgk sotong tu tau mieza... sedaaaaapnyaa....

    ReplyDelete
  4. @ suzane
    sampai 4 rempah semua rempah tu ada kat umah hihihi..tp turn put fantastic tau..tak sesia mieza membedal resepi ni heheheh

    @ nani
    cuba goreng celup tepung..sedap sgt krup krap nani..fav anak2 akak tu stg celup tepung..kalau sambal sotong akk suka sotong yang besar tu..yg kena rendam tu..pergghhh sodap!

    ReplyDelete
  5. @ kak diana
    mieza tgk cooking akk laaaaaaagiiiii terliur tau..fotografi cun giler! terbaikkkk!

    ReplyDelete