Friday, August 5, 2011

Ayam Hitam Cili Kering



Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat..kalau hari jumaat ni selalunya semua orang tengah ceria kan.maklum lah esok cuti..noon hari ni pun panjang rehatnya kan..jadi boleh la merancang menu apa nak masak untuk berbuka petang esok..kalau hari weekend tu boleh la kita masak special sikit..kalau hari kerja dan badan pun dah letih kita main tunjuk je kat bazar...tapi tak apa...yang penting keberkatan berpuasa..InsyaAllah..

Ayam hitam cili kering ni menu berbuka mieza hari selasa lepas...baru hari ni mieza postkan..sejak bulan puasa ni tak berapa ada masa nak dok depan lappy..ini pun curi masa kat opis sebab hari ni mieza tak der lecture langsung..pagi tadi siapkan file untuk audit pada 22 Ogos nanti..bila fail dah siap mieza curi ler masa sikit untuk post entry..nak BW ke blog kawan-kawan pun berapa nak sempat..nak balas komen teman-teman pun tak sempat padahal bukan banyak benor pun komen tu ahakkksss...semalam lepas berbuka dan dah siap kemas-kemas dapur anak-anak dara tu ajak mamanya layan cerita 'Awekku Seorang Pontianak' (betul ke tajuknya? lupa lak)..jadi mieza teman le depa tgk movie sampai kul 11..mata dah ngantuk sebenarnya..seronok juga cerita tu..kelakor...kekadang kan mieza rasa macam tamau kasi anak-anak membesar tau..biar depa kecil macam tu sebab bila depa kecil-kecil macam sekarang depa baring tengok TV sebelah mieza then siap peluk-peluk bila pontianak tu keluar..agaknya bila depa dah besar mana depa nak buat semua tu lagi kan...conclusionnya, enjoy this time to the fullest coz one day in future we're gonna miss it realllll bad, especially bila semua dah sambung belajar jauh-jauh..sunyiiiiii je nanti umah kan..huhuhu

Ehhhh panjang lak cerita..jom tengok resepi...mieza nampak resepi ni kat umah kak diana yang sungguh comey itu...jom tengok resepinya..





AYAM HITAM CILI KERING
Resipi oleh ~ Akak Ummi @ Home Sweet Home
Sumber: Kak Diana @ Sky Blue's Kitchen
Sumber : Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
4 ketul peha ayam ( bole jugak guna semua bahagian lain pun )- mieza guna bahagian dada
2 labu bawang besar - didadu kecil
10 tangkai cili kering - dikerat-kerat serong
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 inci halia - ditumbuk
1 inci kunyit hidup - ditumbuk (mieza guna kunyit serbuk sebab tak ada kunyit hidup)
2 batang serai - dititik
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar rempah daging - (mieza guna rempah masak hitam brand Aween)
2 biji ubi kentang - dipotong kecil dan digoreng dahulu. (mieza tak depat sebab tak der stok)
Sedikit air ( jika terlalu pekat, tambah )
Garam secukup rasa
Gula ( optional )
Daun bawang untuk tabur


Bahan-bahan Sos:
4 sudu besar kicap pekat ABC
2 sudu besar kicap manis Kipas Udang
2 sudu besar kicap masin Kipas Udang
2 sudu bear sos tiram
2 sudu besar sos cili Thai - (mieza tak letak heehehe sebab tak der...huwaaaa banyak lak stok habis di umah mieza ekkkk)
2 sudu besar madu
2 sudu teh cuka makan


Cara-cara:


1. Ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit dan perap sekejap. Kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2. Goreng pula ubi kentang, angkat dan ketepikan.

3. Buang sedikit minyak dan tinggalkan lebih kurang 4 sudu besar dan tumis bawang, bahan tumbuk, cili kering dan serai hingga naik bau.

4. Masukkan cili kisar dan rempah, kacau lagi.

5. Masukkan air dan kacau sekejap.

6. Masukkan ayam dan kacau balik biar mesra sekejap.

7. Masukkan semua bahan sos dan masak atas api perlahan. Balik-balikkan biar bahan bergaul sebati dengan ayam.

8. Masukkan garam dan seimbangkan rasa. Tambah apa yang perlu ikut tekak (*bole jgk letak sedikit gula)

9. Akhir sekali masukkan kentang dan gaul rata. Tutup api dan tabur daun bawang. Hidangkan.. SELAMAT MENCUBA...!

4 comments:

  1. akak...menyelerakan betoi nengok ayam tu...

    ReplyDelete
  2. touching pulak dgn cerita kak mieza tu..betol jugak kan? sbb tu ada lagu sape ntah nyanyi yg bunyinye ala2, "oh, baby dun u ever grow up" hihih... kite pon rasa mcm taknak besar2 jugak...tp apa boleh buat..memang dh kitaran hidup...

    nani suke masakan yg mcm ni sebab tak berlemak sgt berbanding kuah kari ke, atau yg bersantan tu..

    ReplyDelete
  3. @ mas
    jom la mas berbuka sesama :)

    @nani
    ye nani..kalo depa besar depa dah tak manja mcm skg..masa tu kita rindu sgt nak peluk depa..depa lak mesti malu kalo kita peluk depa selalu...jd skg akak nak peluk depa kuat2 dan sepuas puasnya...

    akk mmg suka yang kering dan tak berkuah sgt..especially kalau mkn dgn nasi tumis..tp anak2 kena gak wat sup juga..depa kata lekat la mama tak der sup...

    ReplyDelete
  4. ayam hitam cili kering nie mmg sedap kan mieza.. akak pun suka makan...makan ngan nasi putih panas mmg best

    ReplyDelete