Sunday, August 14, 2011

Bubur Sagu Keledek

Masa mieza kecik-kecik dulukan selalu mieza bantu mak kat kebun..macam-macam ubi mak tanam ie ubi kayu, ubi kemili, ubi keledek, ubi badak, ubi nasi, ubi keladi...bila musim banjir kami makan ubi..feveret mieza ialah ubi kayu dan ubi keledek sebab dua jenis ubi ni boleh buat macam-macma kuih...kalau ubi kayu tu rebus dan makan dengan sambal kelapa ataupun sambal bilis..sedap nyer la kan..sekarang ni dah sibuk tak sempat nak tanam ubi..dulu ada juga mieza tanam keledek kat belakang umah..sekali tuai banyak juga dapat..ubi kayu pun mieza tanam juga..bila mengandungkan umar last year terus projek penanaman mieza tergendala..insyaAllah bila umar besar sikit boleh la mieza mencari benih keledek balik..

Semalam sewaktu menjelajah market Tg Malim, ternampak ada orang jual keledek..RM2.50 sekilo..mieza angkat 2 ketul je, itu pun dah 1/2 kg..sebab dah plan nak buat bubur ni untuk berbuka...




BUBUR SAGU KELEDEK
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
250 gm keledek - bersih dan potong kiub
1/4 cawan sagu - rendam selama 1/2 jam
1/2 sk halba
100 gm pati santan
Air secukupnya untuk kuah
6-7 sb gula - atau secukupnya
1/2 sk garam
2 helai daun pandan - simpul

Cara-cara:


1. Rebus ubi sampai empuk.

2. Bila ubi dah empuk, masukkan semua bahan-bahan lain dan masak hingga sagu kembang dan santan mendidih.

3. Tutup api dan hidang. Senangkan?




Ubi keledek juga boleh diganti dengan ubi kayu. Kalau tak suka gula putih boleh juga diganti dengan gula melaka..sedap sangat!

8 comments:

  1. Keliatannya enak.. Nanti aku coba deh sist.. Makasi ya resepnya :)

    ReplyDelete