Assalamualaikum semua...alhamdulillah hari ni masuk hari ke 10 kita berpuasa..anak-anak pun bising suruh mama beli lampu lip lap lip lap nak pasang kat porch depan..anak dara yang tengah tu pula mintak belikan bunga api..alahai manala nak beli bunga api..susah gak nak beli kat Tg Malim ni sebab tak ada orang jual...
Dessert ni mieza masak semalam..sebenarnya nak masak pada hari ke 8 berpuasa tapi ada kisah tragis di hari ke 8..terus tak masak..main beli kat bazar je..nak tau kisah apa..kisah air umah mieza kena potong kakakaka..ni semua gara-gara encik suamiku yang tersayang lupa nak bayar bil..hampeh tul..masa tu geram pun ada tau..ye la kan kita balik kerja nak masak untuk berbuka..tengok-tengok meter air dah kena cabut dengan LAP (Lembaga Air Perak)..grrrrr mana la mieza tak geram..sebenarnya 5 bulan lepas paip air umah mieza bocor tanpa mieza sedari sebab dia bocor kat bawah tanah nun..sebulan paip bocor jadi bil berjumlah RM800..pastu mieza buat rayuan..dapat la 50% diskaun..jadi RM400...bil semasa mieza dok bayar..tunggakan yang RM400 ni yang suami lupa bayar..terus kena potong..pagi semalam 8.30 am dah terpacak kat LAP..dan minta depa pasang balik cepat sebab nak masak di bulan puasa..sib baik kul 11 am semalam depa dah pasang ....Alhamdulillah...ingat ye laling..len kali jangan lupa bayar bil..sib baik la jiran mieza cum opis mate mieza tu baik orangnya..jadi mieza tarik getah paip dari umah dia untuk mandi dan buang air..haishhhhh dugaan di bulan puasa betul..nak nguji kesabaran umatnya :)
Berbalik kepada kisah puding ni..sebenarnya plan nak buat puding ni pada hari air kena potong tu la..oleh sebab tak jadi masak maka mieza tunda ke semalam..tapi resepi ni mieza modified sikit...mieza tak pakai kuah seperti resepi asal sebab kehabisan laici atau pun fruit cocktail yang lain..jadi mieza gantikan dengan sirap karamel..bila postkan gambar puding ni kat fb semalam ramai pula kawan-kawan yang bertanyakan resepi..jadi hari ni mieza postkan kat sini supaya kawan-kawan boleh mencuba untuk berbuka hari ni...Selamat mencuba :)
mieza tengok dah ramai yang mencuba puding ni..tapi kebanyakan yang mieza visit menggunakan agar-agar strip..mieza guna agar-agar serbuk..mieza dah lupa dari blog siapa mieza copy resepi ni sebab masa tu browse guna iphone je..then terus mieza salin pakai pen..
PUDING TAUHU DENGAN SIRAP KARAMEL
Source: Mieza @ WAWMC
5 gm agar-agar serbuk
3 1/2 cawan air
1/4 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan santan
200 gm susu ideal
Untuk sos karamel:
3/4 cawan gula
1/2 cawan air
Hiasan: Mieza tak letak sebab tak der stok
Laici dalam tin
Fruit cocktail
strawberry
Cara-cara:
1. Sediakan sos karamel dulu. Panaskan gula dalan kuali hingga cair dan bertukar menjadi warna perang. Kacau-kacau sentiasa. Bila semua gula dah cair dan perang tambahkan air. Reneh hingga karamel sedikit pekat seperti sirap. Sejukkan.
2. Sediakan puding. Didihkan air bersama gula pasir hingga gula larut dan mendidih.
3. Masukkan semua bahan-bahan lain dan masak hingga mendidih sekejap saja. Jangan terlalu lama. Tutup api dan biarkan ia sejuk sedikit sebelum di masukkan ke dalam acuan.
4. Cara menghidang: Keluarkan puding dari acuan. Tuangkan sirap karamel dan boleh dihiaskan dengan buah laici, strawberry atau fruit cockltail. Mieza tak letak sebab tak ada.
5. Hidangkan sejuk.
ala sedapnya....lagi sejam nk berbuka ni..hihih
ReplyDeletedugaan betul yer...
ReplyDeletebaby dah sihat...
sedapnye puding...taruk dlm peti ais makan sejuk2....
selamat berbuka...
@ nani,,
ReplyDeletetak aci la kat sana berbuka awal..tak aciiiii..nani amak apa hari ni?
@ ucu..
itulah dia ucu..berbagai dugaan..alhamdulillah..anak dah sihat..luka jarinya pun dah semakin baik..dan dia dah mula aktif balik..TQ ucu..selamat berbuka utk ucu juga :)
memang dugaan tu kan x der air semasa bulan puasa .. mana lg nak memasak tuk berbuka.... n paip bocor dlm tanah Mieza kena bayar ker... huhuu... lagi ler dugaaan tu...
ReplyDeletepuding tauhu sirap karamel tu mmg nampak sedap .... comel2 plak tu... suka akak tgk
@ kak diana..
ReplyDeleteye kak paip bocor bwh tanah pun mieza kena byr sebab katanya dah lepas itu tanggungjawab tuan rumah..sib bek depa bagi diskaun 50%..menci!
kak..puding ni mieza makan juga dengan caramel dan susu cair..sedap gitu kak..tak cukup seketul je kena 3 ketul baru cukup ahakkksss
nape dikatakan puding tauhu..huhu...ingt ade bubuh tauhu @ air soya..hik..hik...cam sdp..kene try ni...
ReplyDelete