Wednesday, August 3, 2011
Sambal Tumis Ikan Bilis Petai
Ehem ehemmmmm kalau tengok gambar makanan di siang hari di bulan posa ni boleh meleleh air liur kan? Lebih-lebih lagi kalau tengok sambal petai ni kan..isy teringin lak nak makan petai ni petang kang..ini mieza masak weekend lepas..tapi asyik tertunggak je nak postkan resepinya..
Orang tua-tua kata..kalau makan petai ni kita kena makan dengan kulitnya sekali sebab kulitnya itu pelawas kencing..tatau la betul ke idak..tapi kita yang muda ni (chewaaahhh terasa diri muda lagi ehehekkkss) ngikut je la kan..mieza kalau masak sambal petai memang suka masukkan kulitnya sekali sebab aromanya sedap..tapi mieza tak makan kulitnya sebab tak kena dengan selera..hubby suka kulitnya..dia akan kunyah petai dengan kulitnya sekali..tak apa lah mana-mana pun janji kenyang hehehe
Kali ni mieza masak petai ni dengan ikan bilis je sebab ada ikan bilis pemberian student yang pergi bercuti ke mana mieza lupa dah...yang pastinya tempat tu tepi laut dan ada jual ikan bilis..Terima kasih ye Azizi kerana sudi hadiahkan saya 1/2 ikan bilis dan 1/2 kilo udang kering sebab dia tau mieza suka masak...
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI
Recipe & Source : Mieza @ WAWMC
200 gm ikan bilis - cuci dan buang urat hitam dibelakangnya
8-10 biji cili kering - dimesin
2 biji bawang besar - dimesin
3 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
Sedikit air asam jawa
Gula melaka - sebesar ibu jari
5 keping petai - dihiris bersama kulitnya
Minyak untuk menumis
Garam gula to taste
Cara-cara:
1. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan. Kalau tak nak goreng dulu pun tak apa..
2. Dalam kuali yang lain, tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing.
3. Masukkan cili mesin dan ditambah dengan sedikit air. Cili hendaklah dimasak sehingga masak dan pecah minyak untuk mengelakkan sakit perut. (Cili yang tak cukup masak boleh menyebabkan sakit perut).
4. Bila cili pecah minyak, masukkan air asam jawa dan dimasak lagi hingga kering.
5. Masukkan bawang besar yang telah dimesin, seketul gula melaka (This is the secret. Guna gula pasir pun ok gak, tapi kalau guna gula melaka lagi sodap). Masak hingga sambal sedikit kering dan gula melaka dissolve.
6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan petai dan masak hingga udang masak dan petai sedikit empuk. Rasakan garam gula dan sambal dimasak sehingga mendapat kepekatan yang diingini.
halamak Miezaaa....
ReplyDeletesambal petai ni memang pilihan nombor 1 di antara menu lain, suka petai tau,sebab apa....boleh cuci perut....legaaaa... makan gitu jepun sodap!
kak mieza...kalau makan petai yg fresh cicah budu tu memang nani makan dgn kulitnya sekali. rasanya betol dh petua org tua tu. baunya pon akan jd kurang sikit kalau dikunyah dgn kulitnya. apapon, petai memang best la!
ReplyDelete@ kak amie
ReplyDeletemmg betul tu kak..kalau makan petai senang nk ke tandas..lawas gitu hik hik tapi jgn lupa cuci tandas sbb baunya semerbak hihiii..tapi kalo dah suka tu..petai juga dibedal dulu..mieza mmg suka mkn ulam..jering muda juga mieza suka..mmg membuka selera..
@ nani
ReplyDeleteowhhh semestinya dicicah budu..dlm budu tu mesti letak bwh besar, cili api dan perah limau nipis..masyaAllah sedap tak hengat! petai celur dan petai jeruk juga...eiiiiii membuka selera..mmg dasar org kampung betul akak ni hihihi
investigate this site dolabuy gucci Full Report link news official site
ReplyDelete