Thursday, August 18, 2011

Udang Goreng Jimbaran



Dah masuk dapur ke tu? Tengah fikir-fikir apa nak masak untuk iftar? Dah kering idea? Meh la cuba resepi ni..sedap sangat tau..ignore the color okay..hehehe kalernya hitam sikit ye..may be mieza terlebih letak kicap dan kuahnya agak kering..resepinya lagi sekali mieza selongkar dapur kak diana..kalau tengok kak diana masak kuah nya agak cair..



Tak leh nak story pepanjang la petang ni.. jom tengok resepi..


UDANG GORENG JIMBARAN
Source: Kak Diana @ SKB
Source: Mieza @ WAWMC



Bahan-bahan
1 kg udang yang telah d bersihkan dan d belah belakangnya
6 tbsp kicap pekat ABC
2 tbsp gula merah
Garam secukup rasa
Minyak

Bahan A
150 gm cili merah ( yang nie Diana campurkan 2 biji cili hijau juga, mieza juga ) _ potong kasar
7 biji cili padi
10 ulas bawang merah _ hiris kasar
5 ulas bawang putih _ d hiris kasar
6 biji buah keras
1/2 tbsp belacan
1/4 tbsp serbuk ketumbar

Bahan B
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih


Cara-cara:


1. Gaulkan udang bersama bahan B dan perap selama 20 minit.

2. Goreng udang d dalam minyak yang banyak sehingga masak ( Kalu nak d bakar biarkan ianya separuh masak yer ).. Ketepikan.

3. Panaskan sedikit minyak d dalam kuali... Masukkan bahan A dan tumis sehingga layu.

4. Keluarkan bahan A tadi dari kuali dan kisar sederhana halus.

5. Masukkan bahan kisar tadi semula ke dalam kuali bersama kicap pekat, gula merah dan garam secukup rasa.. Tumis sehingga kuahnya pekat.

6. Kemudian masukkan udang goreng tadi dan gaul rata.. Biarkan kuahnya betul-betul sebati dengan udang tadi.

7. Angkat dan hidang.

8. Sekiranya hendak membakar udang tadi... Boleh ler d masukkan ke dalam oven dan bakar seketika. Angkat dan hidang.

4 comments:

  1. sedapnya udang....aduh1 nyesal tengok blog kak mieza time nk dekat2 berbuka ni...memang menggoda keimanan sungguh!

    ReplyDelete
  2. @ nani ku cayang...
    sedap nani resepi kak diana ni..kebetulan masa visit tesco itu hari udangnyer besar2 dan murah..terus angklut 1/2 kg..meh nani makan sesama..

    ReplyDelete
  3. Miezaaaa...
    memang betul tu dik, kadang-kadang kering idea nak masak, masa inilah kena gantung periuk belanga, jalan-jalan cari makan...he he heheh

    ReplyDelete
  4. Miezaaa.... Kak Amie datang lagi, nak bagi tau blog Mieza kakak pilih sebagai 10 buah blog pilihan di sini:http://salamisimon1.blogspot.com/2011/08/blog-anda-telah-menjadi-pilihan-saya_20.html

    ReplyDelete