Tuesday, August 23, 2011

Ungkep Berkerisik Hati Lembu



Salam semuaaaaaa...apa khabar? Wahhhhh dah bersemangat nak raya kan..lagi 6 days to go..dah siap semua biskut raya..mieza ambil cuti hari Jumaat ni sebab nak buat sedikit cookie dan kek untuk dibawa balik pada hari sabtu..Sabtu nanti lepas solat zohor mieza akan shoot balik ke Kuala Krai ikut Cameron Highlands...sampai kat cameron kita shopping buah strawberry dulu hehhehe...plan nak sampai Gua Musang by maghrib dan berbuka di GM..then baru teruskan perjalanan ke Kuala Krai..dari GM ke KK mengambil masa lebih kurang 2 jam..insyaAllah boleh sampai by midnite..amboiiiiii dah plan perjalanan kan hihihi..besides nephew mieza dari KL akan datang TM pada hari khamis untuk sama-sama balik...yahooooo



Ehhhh bukan main panjang lak cerita pasal nak balik kampung..maklumla aura raya dah terasa...jom beli bungaaaaa apiiiiii!!!!!

Eh jom tengok resepi hati ungkep ni...kat umah yang suka makan bahan dalam cuma mieza dan mak..dan wawa of coz she never reject food haahhaa..hubby dan Adnin memang tak sentuh langsung kalau barang dalaman...resepinya mieza dapat kat sini...


UNGKEP BERKERISIK HATI LEMBU
Source: Anis @ Anis' Diary
Source : Mieza @ WAWMC



Bahan-bahan:

500 gram hati lembu dipotong ikut suka
3 biji bawang besar dikisar
1 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
1 inci kunyit hidup dikisar
3 batang serai dikisar
1/2 lengkuas dikisar
1 sudu besar ketumbar dikisar
1/2 sudu kecil jintan kasar dikisar
1/2 sudu kecil jintan halus dikisar
air asam jawa secukupnya
garam dan manisan secukupnya
11/2 sudu besar kerisik
5 helai daun limau purut (saya suka-suka letak...mieza pun letak juga)
15 biji cili api sebiji-sebiji

Cara-cara:


1. Gaulkan bahan-bahan yang dikisar, air asam, garam dan manisan pada hirisan hati lembu tadi. Perap selama mana yang diingini.

2. Panaskan minyak dan tumiskan perapan hati. Kacau. Masukkan daun limau purut dan cili api.

3. Kacau lagi dan masukkan kerisik ketika hati hampir masak. Gaul sebati.

4. Angkat dan hidangkan.



Kalau time raya korban..ini la menu masakan hati keluarga mieza...tapi tukang masaknya ialah adik ipar bukan mieza..sebab mieza low profile...ahakksss

8 comments:

  1. kakmieza... mcm hubby saya pun sama, tak makan barang dlm ni. tapi saya sukee ajee.. hehe..

    sedap lah nampak tu. makan sahur ada selero nih

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum mieza.
    t.kasih sudi mencuba resepi akk. akk ni bukan pandai masak sgt pun. hehe... mudah2an sedap juga di lidah mieza sekeluarga. selamat berpuasa n salam lebaran.
    sepanjang hampir lima thn tinggal di kota bharu begitulah rutin akk sekelurga setiap kali menjelang aidilfitri. cuma akk dr timur menuju ke selatan. perjalanan memakan masa 12 jam lamanya. biasanya akk n famili akk singgah bermalam di kuantan.
    moga Allah SWT sentiasa melindungi perjalanan mieza n kluarga nnti. aaminn...

    ReplyDelete
  3. @ izah..
    sekali sekala boleh la makan brg dalam ni kan izah..kalau selalu sgt risau gak dpt mcm2 penyakit..

    akk kalau time sahur mmg ndak yg kering2 kuah skit2 je..ikan pekasam is my best choice hehehe

    ReplyDelete
  4. @ kak anis..
    TQVM sudi visit blog mieza yg tak seberapa ni ececech hehehe masa mencari resepi hati lembu ni tk banyak blog yg bg resepi..tu yg leh terjumpa blog akak..TQ sudi share resepi..

    Mieza juga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri..semoga perjalanan blk kg selamat hendaknya aminnnn :)

    ReplyDelete
  5. dah lama tak makan hati...selalunya time raya korban je jumpa barang2 dalam macam ni. sekala sekala makan, memang sedap!

    kalau kak mieza lalu ikut jalan tu rasanya kurang jem kot..bleh tu sampai awal. kakak nani yg duk rawang tu selalu lalu jalan grik. sana pon ok...kalau ikut karak, bentong, itu memang amik masa 12-15 jam la baru sampai time raya2 mcm ni,

    ReplyDelete
  6. amboi jauh perjalanan tu mieza.hati2 di jalanraya ya.akak dah pernah sampai kuala krai.sepupu akak kawin dgn org sana..jauh betul rasanya..
    hati lembu biasa buat masak kicap je..tgk resepi mcm sedap tu..boleh lah di cuba nanti..:)

    ReplyDelete
  7. @ nani...
    makan hati lembu mmg sedap nani..jgn makan hati ulam jantung udah la hihii..

    dari umah akk ke gua musang tak jam..tp dari gua musang nak ke kuala krai tu yg jam sesangat..malas lak nak ikut grik sebab kena patah balik ke kuala krai..nak mcm mana kan nani..dah musim raya huhu..nani nnt kuala krai jemput ke umah ye...

    ReplyDelete
  8. @ kak anymz..
    jauh juga kak dalam 6- 7 jam kalau tak jam..kalau jam boleh jd sampai 15 jam huhuhu..lebih2 l time raya ni..huwaaaa sakit lah pinggang..

    ReplyDelete