Sunday, October 9, 2011

Apam Polka Dot



Salam hari minggu semuaaaaaa....dah petang begini baru ada masa nak menulis kat blog ni..semalam memang tak sempat nak pegang lappy langsung sebab siapkan tempahan kawan..ini pun belum siap lagi..tp dh fenat..jadi nak update blog dulu..

Bila bangun tido hari ni terasa rajin lak nak wat apam polka dot ni..kebetulan kawan sepejabat bercadang nak tempah apam ni untuk besday anak dia..jadi mieza cuba resepi untuk kira satu adunan mieza dapat berapa biji supaya mieza boleh jual dengan harga yang paling rendah..ye lah kan yang menempahnya kawan-kawan..kalau depa suka dan kita jual rendah sikit dari harga pasaran, insyaAllah lain kali orang tempah lagi..itulah pandangan peribadi mieza..kalau di luar, orang jual 4 biji = RM1.50...insyaAllah mieza akan cuba bagi lebih murah dari harga itu..

Sedia untuk di kukus...



Owhhhh sayang mama ni tak sabar nak tunggu apam masak..




APAM POLKA DOT
Source: Sheely @ MyR
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan


3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna
1 sb esen vanila - mieza tambah)

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang. Masukkan esen vanilla.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan

3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag

4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja

5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan

6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.

7. Akhir sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak


Anak-anak mieza minta dituliskan nama masing-masing..seronok depa..

12 comments:

  1. Selamat petang Mieza....
    rajinnya buat apam dot=dot tu... cantik & kreatif siap ada nama sekali! moga bisnes tambah maju dengan niat baik Mieza tu..... kak Amie nak bisnes apa pulak ye...buat kek pun bantat semua... he hehhhee

    ReplyDelete
  2. rajinnya kak mieza buat apam...dahlah sibuk dengan tempahan lagi...,.kite yg bujang ni pulak rasa malu..hihih... nani tak try lagi buat apam ni sebab takde bekas nak letak..kene cari bekas lompang dulu kot...

    ReplyDelete
  3. wah...Ini dah lebih kreatif ni.siap ada tulisan lagi.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum mieza..
    rajin sungguh mieza buat huruf2 lg gitu... comel..akak x perna lg buat apam polka dot nie.. mmg suka tgk tp akak nie mmg kurang reti buat apam2 nie.. kekdg menjadi kekdg x.. huhuu

    ReplyDelete
  5. hai akak!!comel nye apam dot2 die...

    btw,nomiey da angkut award dari akak..sori lmbat..^_^

    ReplyDelete
  6. semoga business mieza sukses ....
    cantik polkadot ttu..

    ReplyDelete
  7. @ Kak amie..suka suki je deco2 dgn anak2..biar depa rajin ke dapur..Terima kasih atas doa kak amie..InsyaAllh berkat doa kak amie adalah org nak menempah dgn mieza...seronok pula kak..

    kak napa boleh bantat..Kalau ada pertanyaan tanya lah insyaAllah mieza akan membantu..

    ReplyDelete
  8. @nani..hehehe sikit2 je dik..sambil main2 dgn anak2..kena beli acuan lompang dulu takut nanti dia penyet..nanti nani cuba ye..insyaAllh apam nani lagi cantik dari apam akak :)

    ReplyDelete
  9. @kak Ros...belajar menulis sebab kawan nak tempah tulisan untuk besday anak sulungnya...kalau kak ros buat mesti lagi comey..TQ KAk ros..

    ReplyDelete
  10. @kak Diana...kak diana follow resepi ni..insyaAllh tak mengecewakan..bila kukus balut penutupnya dengan tuala nipis...jangan lupa cuba ye kak..kak diana tu kreatif mesti lagi comey apam akak nanti..:)

    ReplyDelete
  11. @Adik nomie..TQ..akak pun baru nak belajar berniaga..jadi baru nak mengkreatifkan diri..TQ nomiey sudi terima award..

    ReplyDelete
  12. @Ucu ku cayang..TQ atas doa ucu..mieza byj nk belajar dari Ucu..sila beri tunjuk ajar kat mieza especially dalam bab mendeco kek..

    ReplyDelete