Sunday, October 30, 2011

Ayam Sos Siam - dan sehari di Bukit Merah Lake Town Resort

Salam hujung minggu mieza ucapkan buat semua pengunjung blog WAWMC..sebenarnya mieza masih kefenatan..baru sampai dari Bukit Merah jam 5 petang tadi..tak lama pun perginya..sehari semalam je..tapi fenatnya bukan main lagi..bukan la fenat sebab bermain banyak di Family Day,,tapi fenat sebab demam masih belum kebah 100% pastu terpaksa melayan si kecil Umar yang memang tak leh dok diam dalam kereta...nak tengok bila Umar diam ialah bila dia tido je..tu pun belum tentu tido diam hahahaha...apa-apa pun anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai..kata orang budak-budak yang hyperactive masa kecil bila besar dia akan jadi seorang yang sangat rajin..mudah-mudahan Umar bila besar rajin bantu mama :)



Sebagaimana yang mieza janji semalam..hari ni mieza postkan resepi ayam sos siam yang mieza masak sebelum mieza ke Bukit Merah semalam...resepi yang sangat sedap dan senang saja nak buatnya..dan mieza rasa mieza akan masak ayam ni dan lagi dan lagi pada masa-masa akan datang..jom kita intai resepinya..


AYAM SOS SIAM
Recipe: Kak Ummi @ Home Sweet Home
Source: Kak Diana @ Sky Blue's Kitchen & Mieza @ WAWMC



Bahan-anggaran (anggaran )

1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian - mieza masak 1/2 ekor ayam je
15 tangkai cili padi thai * - ini mieza skip sebab tak der dalam stok..belum sempat ke market huhuhuu
4 ulas bawang putih * ( bahan * ditumbuk halus )
1 labu bawang besar - dihiris
1/3 cawan sos cili
1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus - Mieza letak daun limau purut
2-3 sb sos plum - mieza tambah
3 sb sos sweet Thai - Mieza tambah
Sedikit gula ( optional )
Minyak masak secukupnya
Sedikit garam dan serbuk kunyit


Cara Memasak



1. Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.

2. Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.

3. Masukkan sos cili, sos plum dan sos sweet thai dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.

4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. ( akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek..mieza pun tak letak dah garam juga )

5. Akhir sekali masukkan daun kunyit/daun limau purut dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih... SELAMAT MENCUBA...!

Di bawah ni pula gambar yang sempat mieza snap sewaktu di Bukit merah..tak banyak gambar yang sempat ditangkat sebab hari hujan..mieza cuma sempat snap semasa anak-anak mandi kolam je..malam tu semasa aktiviti dinner memang tak tangkap gambar langsung sebab tak dan...sibuk makan dan jaga anak hahaha

lapar ke kakak? sambil mandi pun sempat lagi makan..



wawa yang memang tak tahan kalau nampak kolam mesti nak berendam!



Umar pun tanak ketinggalan..errrr speedos merah baru beli tu hehehe



Haiiii saya lah Umar..errrr pardon my belly button ye..



Mamaaaaaa kami tamau naik lagi...kami nak berendam lagiiiiii!!!!!!



Sudut Sembur



Errrr itu lah mama Umar..jangan tenung lelama tau..malu ai..heheh

9 comments:

  1. kakaknye berendam dengan spek mata tuh...hadoi...

    comel betol umar....sweet aje... mamanye pon comel jugak.hihih..

    resepi mcm ni yg buat nani rasa nak derhaka jugak ni...ayam ada, daun kunyit takde, ganti daun kari pon ok la kan...hihih

    ReplyDelete
  2. wah bestnya...kami di sini pi tgk karnival keusahawanan je le nampaknya....wajib hadir....mieza visit le kawan suzane punya web tudung online...sangat cantik dan menawan...then promote ngan kengkawan...www.kakishopping.com...tq tolong kengkawan buat market

    ReplyDelete
  3. Waaa bestnya...
    saya pun akan ke sana minggu depan. Tapi sangat le tak best sebab pegi sorang2.

    ReplyDelete
  4. wow! anak-anak dengan aksi seksi dalam kolam renang ye Mieza....

    memang ada betulnya Mieza, anak yang hyperaktif ada kelebihan dan keunikannya yang tersendiri bila besar nanti, bongsu kakak memang hyper sampai cikgunya sendiri tak sanggup nak melayannya...kadang2 kesian juga sebab tak semua orang faham tentang kanak2 yang hyperaktif..

    ReplyDelete
  5. @Nani..kakak tu matanya rosak teruk..kalau buka spek mmg tak nampak la dia..kena lah berendam dgn spek mata..

    @Suzane..ha ah la kan Karnival Keusahawanan..tak per nnt kita jd usahawan reramai..mieza dah visit blog tu..cantik tudung nya..insyaAllah boleh beli untuk raya haji nanti..

    ReplyDelete
  6. @Kak sam..naper gi sorang2? Mesyuarat ke? Kita ibu2 ni begitulah kan..kalau nak ke mana pun suka kalau dapat bw 1 family semua..baru lah rasa complete sesuatu vacation itu :)

    ReplyDelete
  7. @Kak amie..anak2 je seksi..mamanya indak lah sexy lagi auwwww heheheh

    Moga-moga anak yg hyper ini akan menjadi anak2 yang rajin dan soleh/ah InsyaAllah..

    ReplyDelete
  8. ayam tu nmpk sedp, jalan2 pun best kan..anak2 mieza sume cute2 la

    ReplyDelete
  9. @Kak Ida..TQVM..anak2 anugerah Allah..moga lepas ni Allah tambah lagi sorang hero to compelete 2 pairs :)

    ReplyDelete