Saturday, October 29, 2011

Nasi Lemak Halba and the Gang - Bukit Merah Lake Town Resort, here i come!

Salam hujung minggu semua...wah wah masak apa untuk breakfast tu pagi ni? mesti meriah kan..ye lah kan untuk yang bekerja macam mieza hujung minggu je lah kalau kita nak beriya-iya masak kan..hari lain aka weekdays tu memang masak main campak-campak je..

Hari ni mieza akan ke Bukit Merah Lake Town Resort, menghadiri program Family Day ofis suami iaitu UPSI..jadi sebelum bertolak pagi ni mieza masak nasi lemak..cuma tak lengkap menu nya sebab dah hujung minggu dan tak sempat nak ke market..mieza habiskan apa yang ada dalam peti ais je..jadi tiada lah timun dan kacang goreng...telur pula memula tu mieza ingat nak goreng mata kerbau atau rebus..tapi suami kata nak makan telur setengah masak...tak apa lah apa-apa pun asal kan kenyang..




NASI LEMAK HALBA
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan
4 pot beras - cuci dan toskan, mieza guna pot rice cooker
6 pot santan - ikut jenis beras, mieza mengamalkan 1 pot beras = 1 1/2 pot air/santan
1 inci halia - hiris nipis
2 sk halba
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan

Cara-cara:

Masukkan semua bahan dalam periuk (mieza guna rice cooker je) dan ditanak seperti memasak nasi biasa. Bila nasi dah masak, gembur-gembur kan..




Peneman setia nasi lemak mestilah sambal ikan bilis kan..mana sah nasi lemak kalau tak der sambal....

SAMBAL BILIS
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
2 genggam ikan bilis
5-6 tangkai cili kering - kisar
1 biji bawang besar - kisar
3 biji bawang putih - hiris
5 biji bawang merah - hiris
Minyak untuk menumis
1 camb air asam jawa
Sedikit gula melaka
Garam secukup rasa


Cara-caranya:

1. Ikan bilis dicuci dan digoreng hingga garing. Ketipikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali lain. Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris hingga wangi dan perang. Masukkan cili kering kisar dan dimasak hingga pecah minyak.

3. Kemudian masukkan air asam jawa dan ditumis lagi seketika barulah dimasukkan bawang besar kisar. Masak hingga hampir kering.

4. Masukkan gula melaka, garam dan ikan bilis. Kacau sebati. Rasakan masam, manis dan masinnya.

5. Sedia dimakan bersama nasi lemak.



Pagi ni mieza tambah satu lagi lauk peneman nasi lemak iaitu Ayam Sos Thai..resepinya nanti mieza masukkan dalam entry yang akan datang ye...jangan lupa datang balik tau..



Ini pula teh kegemaran mieza..Teh Pudina...senang je nak buatnya..bila bancuh teh tu, masukkan sekali daun pudina dalamnya...rasa berangin je bila minum teh tu..refreshing gitu..sedap!

Eh eh dah pukul 9.30am...mieza nak kena siapkan beg dan siapkan bebudak sebab nak bertolak lagi sejam..konvoi dengan rakan pejabat suami...

Sapa nak ikut? Angkat tangan! Hehehehe

10 comments:

  1. Mieza cayangggg...
    sedapnya menu hari ini.... cukuplah tu dengan sambal ikan bilisnya! sangat menyelerakan.... baik-baik jalan ke Bukit Merah ye...

    ReplyDelete
  2. mieza cayang..nk itott gaaaakkk!! hehe..sambil tu cilok sepiring nasi lemak halba tuh..daapnyer!

    ReplyDelete
  3. k'ida masak nasi lemak gak hari ni mieza, nasi lemak biasa jer...jom kita tukar nak tak he..he

    ReplyDelete
  4. Hi Mieza, I have eaten nasi lemak but never heard this name before.
    But it sure looks delicious. I think dua pinggan no problems for me.
    Ada lagi? Ha ha.
    Have a nice day, and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
  5. @Kak Amie..bast ringkas2 ajer sblm bertolak kak..buat alas perut je heheh..terima kasih kak..jom la ikut heheh

    @Kak Ina..jom la ikut sesekali..doktor pun kena rehat juga..jgn kerja teruk2 nanti stress ahahaha..ini pensyarah kasi nasihat stress kat doktor lak hehehe

    ReplyDelete
  6. @Kak Ida..aiseh menu tersama lak ye..tak per leh tukar2 kalau umah bersebelahan..ye lah kan nasi lemak ni menu 1 malaysia..eh eh tapi dah ke jepun lak nasi lemak ni heheh

    @Nani...jemput makan sesama dik!

    ReplyDelete
  7. @Uncle Lee..this is just regular nasi lemak..i added ginger and halba (don know what mat saleh call this in english heheh)..but you'll taste the difference..sedap! eh puji mu own cooking lak hehehe

    ReplyDelete