Tuesday, October 4, 2011

Butter Prawn



Aummmmm cakkkkkk! Buat apa tu? mesti dah ready-ready nak masuk dapur kan...masak apa tu malam ni? Mieza malam ni tak masak sebab ada pasar malam kat umah..hubby kata jom kita beli nasi lemak kukus kat pasar malam..jadi mieza off main masak-masak malam ni..tapi akan tetap membaking ye..sebab mieza dapat tempahan Red Velvet Cake dari rakan sekerja untuk hari khamis..jadi malam ni mieza buat keknya..simpan dalam chiller then tomorrow baru mieza sapu frosting nya...tak lah fenat sangat kan..rasa teruja sebenarnya sebab jumaat dapat tempahan 50 biji muffin cekelat..then selasa depan tempahan cheese brownie dan yang paling syokkkk sesangat tadi kat pejabat mieza masuk food testing untuk refreshment VIP sempena konvo politeknik 24 Oktober ni dan Alhamdaulillah mieza berjaya...walaupun sedikit, VIP cuma 20 orang dan bajetnya cuma RM3.5 perhead tapi mieza tidak memandang kepada amount RM..mieza melihat ini sebagai satu platform untuk terus berkembang insyaAllh..gementar pun ada..maklumlah mieza tak pernah masak/bake untuk hidangan VIP...gerun gitu huhuhu

Oklah..enaf pasal itu..berbalik kepada butter prawn ni..ni lah masakan yang simple and yet very very delicious dan sesuai untuk orang-orang yang nak cepat coz mieza pakai
butter mix cosway je hehehehe tapi sedap dan anak-anak suka..butter mix cosway ni sedikit je nestumnya jadi mieza akan tambah nestum tambahan sebab anak-anak memang suka kan nestum dalam butter prawn ni..




BUTTER PRAWN

Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
10 ekor udang besar
1 sk serbuk lada hitam
1 sk garam

4 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia - cincang
7-8 biji cili api -potong kecil..mieza kurangkan sebab anak-anak tak makan pedas
3 tangkai daun kari
1 paket butter mix Cosway
1 cawan nestum madu - jika suka nestum yang banyak
Mentega secukupnya


Cara-cara:

1. Udang dicuci, belah belakang, buang urat belakangnya dan diperap dengan serbuk lada hitam dan garam selama lebih kurang 1/2 jam.

2. Panaskan 2-3 sb mentega dalam kuali non-stick. Goreng udang yang sudah diperap hingga masak. Angkat dan ketepikan.

3. Dengan menggunakan mentega yang sama tumis bawang putih, halia, daun kari dan cili api hingga garing. Kemudian masukkan butter mix cosway dan juga nestum dan dikacau cepat. Jangan guna api yang besar sebab takut nanti nestum hangit.

4. Masukkan udang dan gaul rata-rata dalam butter mix tadi.

5. Tutup api, angkat dan hidang...

Sememangnya butter prawn segera ni memang menjadi pilihan family mieza...selamat mencuba...

10 comments:

  1. Assalamualaikum Mieza,

    sedapny butter prawn tu...dh lama tk mkn butter prawn nie..

    ReplyDelete
  2. @Nuridah: mieza mmg suka resepi ni..simple yet very mouthwatering..tak yah susah2 nak fikir byk..pakai jer butter mix tu hehehe..nanti nuridah try ye..

    ReplyDelete
  3. @ Kak Ros..bebudak umah ni suka betul makan habuknya tu kak..kalau masak ni bukan main berselera depa :)

    ReplyDelete
  4. nani pernah buat butter prawn, tapi oleh sebab xde daun kari, hantam saja daun limau purut...huhuh...gara2 nak jugak nampak daun2nya...tapi sedap jugak...

    wah! bz betol jadual kak mieza ye...nanti publish la sini kek @ muffin kak mieza tu ye. nak try buat jugak.

    ReplyDelete
  5. waduh mieza..ingatkan nk mai tumpang lunch lauk butter prawn rupanye termiss sudaaa ketapi..sure dh abihkan lauk mlm td..hehe!! akak celeb besday ke 44 thn @ 26 sept ritu..belated sudaa..huhu!

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Mieza..wahhhh sedapnya..Ada rasa rangup-rangup tak kejadiannya bila guna butter mix ni...?

    ReplyDelete
  7. @ nani..bedal je lah daun limau purut pun..janji sedap..tekak sendiri yg nak telan heheheh..masak ni kalau pandai improvise sedap aja hehehe

    InsyaAllah bila dah buat nanti akak post kan kat sini resepi muffinnya..Alhamdulilah tempahan rezeki dari Allah...

    ReplyDelete
  8. @ kak ina...happy belated besday..semoga kak ina sentiasa dalam cucuran rahmat Ilahi sentiasa..sentiasa klinik kak ina bertambah ramai pelanggan dan maju jaya sentiasa..Aminnnn

    ReplyDelete
  9. @ sue..rangup sue..kruppppp krappppp krupppp krapppp gitu!

    ReplyDelete