Sunday, October 2, 2011

The Versatile Blogger dari Kak Diana...Tengkiuuuuuuu Muuuahhhhsss



Terima kasih Kak Diana @ Sky Blue's Kitchen atas pemberian award ini...Mieza dah angkat dan gantung kat dapur mieza ini semoga bertambah ceria adpur mieza insyaAllah..terima kasih atas ingatan kak diana buat mieza...cayang akak gitu!

Award ni pulak datang dengan homework..alahaiiii apa nak mengarang ye...hihihihi kerjanya ngajar matematik, statistik, finance..semua yang kira-kira..bila masuk bab mengarang ni tak teror...tapi tak per..akan ku cuba juga..


1. Thank and link back the person who gave you this award.
(Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
Ok dah buat dah...siap satu...

2. Share 7 things about yourself on the post.

a. Mieza suka makan kacang..kawan-kawan selalu tegur jangan makan kacang nanti muka berjerawat kata depa..tapi mieza makan juga..dan alhamdulillah muka ok tak der jerawat..suka semua jenis kacangseperti hazel, almond, walnut, kacang tanah biasa, kacang green pea, kacang menglembu ke apa-apa jenis kacang je..memang suka..kalau tengok TV atau wayang mesti nak ada kacang..kalau time study atau siapkan kerja kat opis pun nak kunyah kacang...jadi mieza selalu beli kacang brand comby tu hihihihi..kalau dapat hamper dan dalam hamper tu ada kacang, mesti mieza cop kacang tu dulu...hantu kacang mieza ni..hihii

b. mieza juga suka cheese...masyaAllah sedapnya cheese..bagi lah cis jenis apa pun kecuali feta cis mieza nggakkk suka ya ibu-ibu bapak-bapak...tak sydeap feta cis bg tekak mieza..cis lain-lain semua suka..sebab tu mieza suka tiramisu, red velvet, cis brownie, pizza, lasagna..pendek kata kalau ada cis jer bagi je kat mieza...gemuk la akuuuuuuuuu...

c. kali pertama dan terakhir mieza naik motor sendiri adalah seminggu sebelum mieza kawin...kekonon nk gi collect tempahan baju untuk majlis akad nikah..naik motor dengan kawan..katanya mieza la bawa, dia bonceng...dengan konfidennya mieza bawa motor tu..pas tu umah tailor tu dari jalan besar macam kena turun bukit sikit...masa turun bukit tu motor tu hilang kawalan..terus mieza terkelepuk jatuh..motor pecah lampu dan depan tangan mieza lak yang luka..tinggal parut sampai hari ni...mak bukan main marah sebab lagi seminggi nikah katanya sib bek tak patah ke apa..sejal hari tu mieza tak bawa motor lagi..kalau naik motor pun mesti bonceng jer..lesen motor pun tak jadi ambik..(err tadi tu ride motor tak der lesen...ampunnnn pak polisi!)

d. mieza pernah kena buang asrama masa tingkatan 6 bawah kat sekolah menengah dulu sebab keluar asrama panjat pagar untuk pergi makan sate seafood kat Pantai Cahaya Bulan, di Kelantan..hihihih...masa tu mieza tingkatan 6 bawah..maklumla lepas SPM mana la mau belajar sangat sebab mood belajar kat sekolah dah ilang...ampun mak...mula la buat perangai kan...hari tu hari sabtu, dan mieza tak balik ke umah..pagi-pagi dalam kul 9 pagi mieza dengan kawan panjat la pagar sebab nak kuar..pintu utama kunci..masa keluar selamat...bila pukul 5 petang tu nak balik kena la panjat pagar juga kan..sekali warden dah tunggu daaaaaaa...terus kena serkup waaaaaaaa....terus kena buang asrama...tapi mieza tak cakap kat mak..jadi mieza balik umah dan terus tak pergi sekolah...bila abang tanya kenapa tak pergi sekolah, mieza cakap mieza malas..tapi abang tak marah sebab result SPM mieza dapat 9 aggregate abang kata insyaAllah dapat university...tapi abang kata kalau in case tak dapat universiti baru mieza kena balik semua ke sekolah...sib bek abang tak marah...kalau abang mengamuk memang masak la mieza kakakakak dan sib bek betul-betul dapat universiti kepas tu...bila cikgu-cikgu dapat tahu mieza dapat pergi USA, cikgu semua heran, depa kata "aikkkkk budak panjat pagar tu dapat gi USA?" hhihihi cikgu...saya panjat pagar jer cikgu..bukan nya saya tak baca buku....ampunnn cikgu!

e. mieza mengalami rabun mata yang teruk..sekarang ni mieza pakai contact lense..power spek mieza setiap satu ialah 500 degree...jadi kalau buka spek tu memang tak nampak apa daaa kecuali kabur semata-mata..dan mieza akan mengalami pening yang teruk jika tidak memakai spek atau kontek lens..jadi hanya dalam 2 keadaan saja mieza akan buka spek iaitu masa nak mandi dan masa nak tido...masa-masa lain mesti ada spek atau kontek lens...huhu susah hidup bila tuhan dah ambik satu pemberian dia..mula terfikir macam mana la kehidupan orang buta...wal'iya zubillahhhhhh...

f. masa mieza umur 6 tahun mieza follow mak mieza menoreh..bila siap menoreh kan depa kena mesin getah tu supaya jadi kepingan yang nipis kan..kan ada mesin getah kan...dulu-dulu punya pakai yang tanpa mesin, maksudnya kena pusing sendiri..sekarang dah ada yang letrik..tekan suis je..jadi masa mak menoreh mieza main-main le kat tempah mesin tu dengan sepupu mieza..main mesin-mesin getah dengan menggunakan daun getah..kekononnya daun tu getah la kan...mieza tukang pegang daun tu..dan cousin mieza tukang pusing mesin getah..dia terpusing laju dan mieza tak sempat nak lepaskann daun tu maka ibu jari kanan mieza termasuk dalam mesin getah tu dan hancurlah seluruh kuku dan ibu jari tu penyet macam getah tu la huwaaaaaaa sakit nya...terus mieza jerit sekuat-kuat hati...mak datang angkat dan bawa gi spital..doktor balut la kan...bila nak cucu bayangkan la..kain yang balut ibu jari tu melekat kat isi terpaksa tanggalkan dalam air panas..setiap kali nak cuci luka setiap kali itu la mieza akan menjerit sekuat-kuat hati...sib bek mieza tak kudung..kalau tak susahnya mieza nak menulis sekarang ni...huhuhuhuhu

g. last sekali...mieza pernah di harass oleh rakan sekerja..opis lain thou..dah tua...eiiiiiiiii geli! Dah la tua, boroi lak tu..haishhhh...masa tu mieza dok buat kerja kat opis..tetiba dia call kat extension mieza dan bersembang seperti biasa..lepas tu kan dia kata "boleh tak i nak kiss u, i dah lama minat u" Astagaaaaaa mieza dah berkahwin dan dah beranak satu...terus mieza marah dia..tapi dia dengan selambanya berkata..."laaaaa kiss je bukan buat apa-apa pun...bukan nak kiss kat mulut pun, nak kiss kat pipi je" Haihhhh orang tua tak sedar diri ni...aku terajang kang baru terkentut-kentut ko nanti...pastu dia sanggup tunggu mieza kat bawah tangga masa mieza turun dari opis semata-mata nak bagitau "i miss u" kat mieza...dah la ketiak hangit..kepala penuh kelumumur sampai jatuh-jatuh kat leher baju...alahaiiii mieza boleh panggil dia ayah tau..dah tua...sib bek 3-4 tahun lepas tu dia kena pindah...legaaaaa...kalau tak aku terpaksa ke tempat kerja dalam ketakutan...Fuhhhh legaaaaa sesangat

3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
(Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa layak)
15??? Alamak ramainya...nak kasi kat sapa ye..sebab nampak dah ramai yang dapat...jadi mieza cuma pass kepada 10 orang je la ye..

a. Kak Amie cayang @ The Story of Amie's Little Kitchen
b. Ucu @ Ucu Bakery
c. kak Yus @ Antan Bertingkah
d. Ita @ Juwita Fariz and Family
e. Sue @ Rencah Kehidupan
f. Ina @ Koalajepong
g. Suzan @ My Heart
h. Nomeiy @ It's my life
i Kak Gee @ Corat-Corit Panorama Hidup
j. Yatie @ Ketuhar Panas Yatie


4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.
(Hubungi semua yang menerima)
Ok...done...jemput angkat award ye kawan-kawan :)

8 comments:

  1. boleh tahan jugak nakalnya kak mieza dulu2 ye...hihih....seb baik pandai belajar sampai us...mak nani pon jenis suke makan kacang2. ingatkan dia sorg je yg mcm tu. setiap kali gi supermarket, mesti nak beli kacang2..

    ReplyDelete
  2. seronok baca kisah Mieza.... nakal jugak dulu dia ni ye.... hi hiiii takpelah..kenakalan tu sebenarnya proses kreativiti manusia.... yang lucu sangat tang yang busuk ketiak mengejar tu....hi hihiii tutup idung!

    ReplyDelete
  3. @ nani..mmg budak nakal..semua cikgu tak suka..tp cikgu bersabar sbb akak selalu dpt good marks in d exam..kalao tak dah lama cikgu bung sekolah ekekekeek..adik2 jangan ikut auntie mieza ye!

    ReplyDelete
  4. @kak amieku cayang...tu la kak..agak2 sebab anak bongsu kot..degil tu dok menimbun dalam diri..abang2 pun selalu marah...sib bek pelajaran tk kantoi..kalau tk entah apa jadinya sekarang hihihii..si ketiak bsusuk tak sedor diri tu..eiiiii mmg bagus dia pindah..ngeriiiiii!

    ReplyDelete
  5. heehehe.. perna panjat pagar rupanya... tp semua tu x kisah kan mieza... sbb mieza murid cerdik pandai.. lg pun nak p makan jer pun... ermm.. nasib baik dah abis sek kan.. kalu x .. :D.

    terima kasih mieza kerana sudi ambik award nie.. :)

    ReplyDelete
  6. Mekacih bg award... nanti k.gee gantung ek...

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Mieza...Thanks untuk award ni..Dah ambil, insyaAllah...nanti ada kelapangan saya gantung kat rumah saya pula..Thanksssss....

    ReplyDelete