Friday, November 25, 2011

Ayam Kicap Berlada Hitam



Assalamualaikum..salam hari jumaat..penghulu segala hari..mesti semuanya ceria-ceria aja sebab minggu ni is a long weekend...ada cadangan nak gi jejalan kemana-mana ke? Nampak gayanya mieza dok umah je kot..sebab Monday hubby kena kerja huwaaa tak aci betul kena kerja di hari cuti am kan..huhuhu

Hari ni mieza nak kongsi resepi ayam kicap ni yang mieza songlap dari dapur DJ..TQ ya DJ sudi kongsi resepi..kebetulan hubby kata nak makan ayam masak kicap..mieza google la resepi untuk mencari kelainan..sedap ayam ni except mieza suka kuah yang pekat..jadi mieza pekatkan kuahnya..mieza dan hubby suka masakan ayam yang berkuah pekat :)

AYAM KICAP BERLADA HITAM

Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Source: Mieza @ WAWMC

bahan-bahan :

1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak)
1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
1 sudu makan cili kisar/cili giling
1 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan sos tiram
sedikit kicap manis
sedikit hirisan daun sup
sedikit madu/gula dan garam
sedikit air asam jawa
rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)

bahan-bahan kisar :

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai



Cara-cara :

1. Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam.

2. Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.

3. Masukkan sos tiram dan kacau sebati.

4. Kemudian masukkan ayam. Gaulkan rata-rata.

5. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.

6. Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. Masukkan bawang goreng tadi dan gaul-gaulkan.

7. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!

10 comments:

  1. Salam mieza...
    Ayam kicap lada hitam lbh kurang jer resipi kite yer..hehehe ni mesti anak2 n hubby suka :P

    ReplyDelete
  2. salam kak.. sedap ita suka lauk masak macam ni... walaupun simple tapi memang tarangkat

    ReplyDelete
  3. Assalam Mieza cayanggg...
    bonda kak Amie memang pakar masak ayam begini,memang terasa kepekatannya lebih-lebih lagi lada hitamnya....adeeehhhh...tetiba rindu padanya...

    ReplyDelete
  4. salam kak mieza'' bestnya ayam kicap berlada hitam .. ni ..wani pun pernah buat tapi ada kelainan sikit dari resipi ni ... yang penting ramuan utama ada lada hitam hihi.. ohh kak mieza dok kat Kuala Krai ke.. jauhnya... .. wani dok dekat kawasan Peringat ni...

    ReplyDelete
  5. @Mama..resepi ayam kicap ni basically the same je..cuma mieza tak pernah letak serai dan lada hitam yg banyak b4 this..mencuba resepi br mmg besh hehee..ayam ni senang dan sedap kan mama..:)

    ReplyDelete
  6. @Ita..sama la selera kita ita..akak suka ayam yang berkuah pekat..pas tu makan dengan nasi panas2..suami lak suka kalau nasi tu lembik2 sikit..uhhh mmg terangkat!

    ReplyDelete
  7. @Kak Amie cayang..kalau bonda yg masak..mmg tak tertanding kak, walaupun sekadar ayam goreng kunyit..air tangan ibu mmg erkat sebab ibu memasak dengan penuh kasih sayang...mieza sentiasa merindui masakan ibu..tapi skg ibu dah tanak masak lagi..katanya matanya tak nampak..nanti salah masak tak sedap..sian ibu...tak per lah skg giliran kita memasak utk ibu :)

    ReplyDelete
  8. @Helda..w'salam..TQ sudi jengah blog mieza..ayam ni sedap helda boleh cuba nanti ya...salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  9. @Wani..menu ayam masak kicap adalah pilihan anak2 dan kak mieza sendiri kalau time sibuk tu..tapi selalu masak ayam kicap simple je..kalau ada masa lebih boleh la mengada2 masak kicap mcm ni hahaha

    ala wani..peringat dgn k.krai tu tak jauh pun..nanti kita jumpa ye wani :)

    ReplyDelete