Sunday, February 12, 2012

Fondant Cupcake Hantaran dan Resepi Fondant

Khas buat cousin mieza yang tersayang yang melangsungkan perkahwinannya semalam 11 Feb 2012..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..

Kat sini mieza bukan nak share resepi cupcake ni..tapi mieza nak share resepi fondant dari kelas fondant yang mieza follow last month..cupcake nya mieza buat CC vanilla..







FONDANT

Source: Mieza @ WAWMC

2 sb gelatin
1/4 cawan air
1/2 cawan liquid glucose
2 sb shortening
1 sb glycerin
1 kg gula icing

1. Gelatin direndam di dalam bekas stainless steel bersama air hingga kembang. Bekas tu elok guna bekas yang besar sebab kita terus nak uli fondant dalam bekas tersebut. Mieza guna mixing bowl stainless steel.

2. Fondant dibuat dengan menggunakan kadeah double boiling. Jadi panaskan air dalam periuk hingga mendidih. Kemudian letakkan mixing bowl yang mengandungi gelatin tadi diatas periuk. Pastikan air mendidih dan tidak kena pada bahagian bawah mangkuk.

3. Kacau hingga gelatin larut.

4. Masukkan liquid glucose dan kacau lagi hingga liquid glucose larut.

5. Bila liquid glucose dah larut masukkan shortening. Kacau hingga shortening hampir larut. Alihkan mangkuk dari periuk dan masukkan glycerin. Kacau rata. Pastikan semua shortenig dah larut. Biarkan selama 10 - 15 minit sehingga suam

6. Kemudian masukkan gula icing dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan. Cara mengulinya adalah seperti nak buat roti.

7. Rehatkan fondant sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan. Fondant yang dah siap mesti disimpan di dalam bekas kedap udara (Tupperware)..kalau ia terkena angin ia akan kering dan mengeras..



Selamat Mencuba!

7 comments:

  1. Cantik sgt deconya mieza...rajin mieza buat adunan fondant sendiri...tq 4 the recipe fondant dan kek cakelat tuh...bila2 rajin boleh la ida try..bila la agaknya..esp. fondant tuhh he..he

    ReplyDelete
  2. betul tu ida..mieza ni mmg rajin..
    ucu pernah beli sekali kt bekery (yg ready made)...lepas tu langsung x digunakan, bila tengok mieza punya cun melecun...hati ucu meronta2 nk buat jugak...ucu kopipes ye resepi ni..tq...muah..muah...

    ReplyDelete
  3. Bolehlah Kak Amie belajar buat kek dengan Mieza.. makin lama ikuti perkembangan Mieza, makin lawa pulak dekonya...

    ReplyDelete