Eh dah tido ke kome? Isy takkan awal sangat kome tido...jeles la mieza kalau kome dah tido...mieza ni kalau diizinkan memang nak sesangat tido awal..fullamak nikmatnya tido awal...psssstttt kekadangkan mieza pura-pura tak sihat kalau nak tido awal..jadi encik hasben dengan otomatik akan jaga anak so mieza leh la tido..errr jangan la lak laki mieza baca entry mieza malam ni..sah dia tak caya mieza dah lepas ni ahakkksss..
Ekceli malam ni takleh nak tido awal sebab menyiapkan tart shell sebanyak 100 biji...hari Jumaat ni ada tempahan cistat..maklumla musim orang kenduri ni banyak tempahan cistat mieza dapat..tu yang tak tido lagi...sementara tunggu shell tu masak dalam oven mieza hapdate la blog sat..
Malam ni mieza nak kongsi resepi ikan yang sedap ni..jangan tak caya encik hasben makan bertambah-tambah malam ni...katanya.."isy kalau makan dengan nasi tumis sedap nih"..bila mieza tanya dia nak makan nasi tak malam ni jawabnya nak makan sikit je...tak der nya sikit..bertambah-tambah dia makan hahahaha
Bercerita pasal resepi ni..mieza nampak jauh resepi ni..di umah nieza di Finland nun..waaaa jauh tu..rupa-rupanya orang Finland pun makan macam orang Mesia hahaha..bila tengok je resepinya (Nieza pakai ikan siakap) terus mieza jatuh cinta..punya lah lama mieza peram resepi ni..hari ni tak leh jadi kena wat gak...bila sampai je umah (hujan lebat hari ni dari kul 11 pagi tak renti-renti sampai malam ni) mieza minta hubby berenti kat mart depan simpang umah beli ikan...dengan hati yang berat sebab hujan lebat hubby mieza berenti la gak sebab sayang bini kot hahahaha...jadi malam ni mieza cuba resepi ni..memang sedap...TQ nieza..tapi biasa la kan mesti mau derhaka..ampunnnnnn
IKAN BAWAL AROMA BERSANTAN
Source: Nieza @ Our Journey Begins
Source: Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal hitam yang besar - dibersihkan -
12 tangkai cili merah - sy letak 7 cili merah dan 5 cili padi , mieza letak cili merah je
8 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 labu bawang besar - dimayang kasar
1 cawan minyak masak
2 cawan santan pekat
2 batang serai - dititik
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil gula
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 tangkai cili merah - dibelah dua
1 tangkai cili hijau - dibelah dua
1 biji jus limau kasturi - yg ni saya tambah, mieza follow
4 helai daun limau purut - ini mieza gedik tambah ahakksss
Bahan-bahan tabur:
3 sudu besar bawang goreng - yg ni saya goreng 2 biji jer utk hiasan
1 pokok daun bawang - dihiris - yg ni takder stok
1 pokok daun sup - dihiris
Cara menyediakan:
1. Ikan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga ia masak.
2. Angkat ikan dan ketepikan seketika.
3. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar bersama serai hingga wangi.
4. Masukkan semua sos diikuti gula, garam dan santan. Kacau hingga mendidih dan pecah minyak.
5. Masukkan bawang potong, cili merah, cili hijau serta ikan. Kacau rata dan biarkan ia mendidih sebentar.
6. Apabila sudah masak, hidangkan dalam pinggan leper.
7. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.
SELAMAT MENCUBA!
Sedapnya...dalam peti sejuk akak ada ikan bawal hitam, bolh cuba nnt...
ReplyDeletessalam kak mieza .. lama tul tak singgah dekat dapur sini .. huhu aiyo makin busy2 la ..sini pun busy jugak .. menu ni pun wani dah cuba memang sedap menjilat jari ..len kali blh cuba dgn ikan bawal lak..
ReplyDeleteSAlam.. wah datang tengah malam ni... tetiba ada lauk best.. nak jamah cikit aje takut kempunan hehhehe
ReplyDeletesalam mieza cyg
ReplyDeletemasa nieza show tu kita pun tergoda jgk..he hehe amik dh resepi tp masa di keep kan..entah bila nk buat..sedap kan meiza..nyummm nyumm:)
wahh sampai dapur mieza dah tukar jadi ikan bawal pula resepi ni..menarikla.sedap tu kalau ada daun limau purut tu kan sure wangi jer bau lagi bertambah aromanya..lapar lak saya tgk...hehe
ReplyDeletelama dah tak beli ikan bawal...
ReplyDeletesedapnya tengok...
Kak Yus..
ReplyDeleteNanti malam ni balik kerja cuba tau..mieza pun selalu blur nak masak apa..insyaAllah resepi tak menghampakan
Wani..
salam sayanggg...rupanya resepi ni mmg digemari ramai..alhamdulillah..terima kasih yang berkongsi..nnt wani cuba ikan bwal lak ye..akak nak try ikan siakap lak
Sha..
Datang tgh malam dapur dah siap cuci hahaha...tapi cuba ler selongkar bawah tudung saji tu kot2 ada lagi hahahaha
Zila cayanggg..
tak sesiap gi jalan ke finland jumap resepi sedap hahahah zila kena buat tau..nnt update gambor :)
Nieza..
haaa org finland dah sampai..jemput la masuk hehehe
mieza nak ucapkan tq sebab sudi kongsi resepi ikan yg sedpa ni :)
Mas..
lama tak nampak mas..bila due ni mas? nnt nak datang dapur mas :)
Assalamualaikum Mieza,
ReplyDeleteTkasih sudi singgah n folo. Akak folo juga. Btw, ikan aroma santan tu sedap kan
Salam. Memang menggoda masakan ni. Kalau bundo pun mesti makan bertambah-tambah.
ReplyDeleteWattie..terima kasih sudi berkunjung ke blog mieza...mmg sedap resepi ikan ni..TQ wattie sudi share resepi..salam perkenalan :)
ReplyDeleteIbundo..
Selamat berkenalan..TQ sudi datang ziarah blog mieza..mmg tak rugi mencuba resepi ni :)
f4l55t2p15 g3o09w3z68 g1t30m4n19 w6c98c5s82 a4b21k5v20 f5c67m8m40
ReplyDelete