Saturday, July 21, 2012

Caramel Bread Pudding with Sliced Peach - Iftar hari 1

Alhamudlillah...selesai juga sehari kita berpuasa hari ni..hari pertama selalunya kita terasa sangat akan keletihannya...kalau mieza hari kedua dan ketiga mieza akan jadi agak letih..tetapi bila masuk hari keempat dan seterusnya alhamdulillah perut pun dah boleh adapt dengan bulan puasa..

Hari ni rasa teruja lebih menyambut awal puasa..seronok gitu..dari pagi lagi dah ke pasar..seawal jam 11 pagi mieza dah dok buat apa yang patut kat dapur..bila masuk zohor mieza rehat jap untuk solat dan tengok TV dengan anak-anak..lepas asar je terus masuk dapur balik...bila masuk je waktu berbuka tu anak-anak semua excited kat meja makan..semua main cop cop nak makan puding ni dulu kata depa...


Caramel bread pudding ni mieza dah pernah masak dah dulu kat SINI..
Kali ni mieza tambahkan sliced peach sebab kebetulan ada buah peach yang dah lama dok tersimpan dalam pantry tu..sedap puding ni bila dimakan dengan peach...itu lah yang anak-anak bagitau mieza..alhamdulillah...


CARAMEL BREAD PUDDING
Source : Ct Delima @ DDCT
Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair + 1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
1 sk Esen vanilla





Cara-cara:

1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jadi perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.

2. Panaskan pengukus. Carik-carikkan roti kemudian blend bersama air suam dan susu dengan menggunakan blender.

3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak. (40min-1jam).


SELAMAT BERPUASA

4 comments: