Bila tengok lauk ketam ni mesti semua ingat ini lauk sahur mieza nanti kan..hahahah ini lauk lunch mieza minggu lepas...sibuk sangat mieza tak berkesempatan nak post resepinya kat sini...nak BW ke blog kawan-kawan juga mieza tak sempat sebab sesi pengajian semester baru baru saja bermula dan banyak sangat perkara yang perlu diuruskan...insyaAllah bila reda sikit kesesakan lalu lintas dalam diary mieza ni mieza akan buat kunjungan balas ke blog kawan-kawan..mieza harap kawan-kawan tak berkcil hati..mieza akan visit balik...insyaAllah...
Masak lemak ni lain sikit dari yang mieza pernah masak sebelum ni..semasa mieza mengawas peperiksaan akhir semester bulan lepas mieza bersembang dengan seorang rakan..katanya masak lemak sedap jika diletak brokoli especially masak lemak udang..oleh sebab mieza tak ada stok udang jadi mieza decided untuk buat lemak ketam letak brokoli...Alhamdulillah..sedap! Selalunya masak lemak cilli api kita akan masukkan kacang panjang atau timun atau rebung dan sebagainya...terima kasih buat Along Hidanah yang sudi share resepinya dengan mieza...
MASAK LEMAK CILI API KETAM DAN BROKOLI
Source: Along Hidanah
Source Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan
3 ekor ketam - cuci dan belah 2
Brokoli - dipotong kecil
1 mangkuk santan
3 keping asam keping
Garam gula secukup rasa
Bahan tumbuk:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
6-7 biji cili api - ikut selera jika nak pedas tambah lagi
2 cm kinyit hidup
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan kecuali brokoli ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
2. Kemudian dimasukkan brokoli. Kacau seketika. Jangan reneh lama nanti brokoli benyek.
3. Rasakan garam gula.
4. Tutp api dan sedia untuk dimakan.
Gambar dari Google
SALAM RAMADHAN AL MUBARAK
Walalallalaaa Mieza cayanggg... kalau kak Amie dapat hidangan begini, duduk je sorang-sorang ngadap meratah sampai ke titisan kuahnya yang terakhir! Selamat menjalani ibadah puasa sepanjang ramadhan nan mulia ini buat Mieza sekeluarga.
ReplyDeleteSelamat berpuasa buat Mieza sekeluarga ye...cantik gambar crab tuh...;)
ReplyDeleteslamat berpuasa yer mieza..crab pun nampak sgt sedapp:)
ReplyDeleteslamat berpuasa buat akak sekeluarga..w ahh dah lama tak jenguk ke sini. gambar pun dah mantopppp.. suke...
ReplyDeletesalam ramadhan gak wat mieza sekeluarga ye!
ReplyDeletesuivant répliques de sacs 7a en gros découvrir ceci Dolabuy Bottega Veneta adresse répliques de sacs gucci
ReplyDeletef3u78k5x94 i8a56v4b71 i6a20r9l88 q4h71u0x68 i3y23c7s47 m8c26d7n08
ReplyDelete