Agaknya sekarang ni musim orang demam kot kan..bila ke klinik tu penuh je dengan orang demam dan batuk...mieza satu family kena demam dan batuk-batuk..semalam balik kerja konon-konon nak ajak hubby gi pasar malam nak beli ikan pekasam..simpan stok untuk bersahur bulan Ramadhan nanti..kami sekeluarga memang suka ikan pekasam time bersahur...tapi rasa tak larat sangat..terus demam..cepat-cepat mieza telan 2 biji paracetamol dan terus tido..awal sungguh tido semalam..sib bek dikurniakan Allah suami yang baik dan penyayang..dia tak kisah jaga anak..Alhamdulillah, hari ni rasa sihat sikit dan boleh gi kerja..
Kuih keria ni digentel last wiken sebeanrnya..terima kasih mieza ucapkan kepada jiran mieza yang gi cuti-cuti kat cameron highland dan belikan mieza sepaket ubi keledek..mieza teringin nak buat cek mek sebenarnya tapi hubby minta buatkan keria..tak kisah la mana-manapun kan..janji suami dan anak-anak suka :)
Bila kawan-kawan tanya resepi nak buat kuih ni..sebenarnya mieza tiada sukatan tertentu..tak pernah mieza sukat bahan-bahannya..masa uli tu main agak-agak je..susah juga bila nak ajar orang lain..tapi formulanya senang je sebab mak selalu ajar masa mieza kecik-kecik dulu..katanya tepung jangan banyak sangat nanti kuih akan jadi keras..biar ubi yang lebih..pastu kalau melekat di tangan masa nak gentel bentuk tayar tu, sapu kan sedikit minyak masak pada tapak tangan ataupun boleh juga ditaburkan sedikit tepung...itulah petua yang mieza guna...jadi kat sini mieza letak sukatan anggaran untuk resepinya...kalau ada pertanyaan boleh la drop a message kat chat box ataupun email mieza wokeh babeh!
KUIH KERIA
Source: Mieza @ WAWMC
500 gm ubi keledek
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
1/2 cawan gula
3-4 sb air
Cara-cara:
1. Ubi keledek direbus dengan sedikit garam hingga empuk. Biarkan sejuk kemudian dikupas kulitnya dan dilenyek hingga lumat.
2. Gaulkan ubi keledek dengan tepung gandum dan uli hingga sebati. Adunan akan melekat dijari.
3. Sapukan sedikit minyak masak pada tapak supaya adunan tidak melekat di tangan semasa membuat bentuk tayar. Ambil sedikit adunan dan bentukkan bentuk tayar.
4. Goreng dalam minyak penuh hingga masak dan perang. Angkat dan toskan. Ulang hingga habis.
5. Dalam kuali yang lain, masak gula dengan air hingga likat. Masukkan kuih keria yang telah digoreng dan dibalik-balikkan sebentar. Tutup api, angkat kuih dan hidangkan.
nani tak pernah lagi buat sendiri kuih ni. kirenya adunannya lebih kurang je kan dgn kuih cek mek. cumanya yang ini gula di luar.tiba2 rasa nak makan cek mek pulak
ReplyDeletesalam mieza cyg..paling suka mkn kuih keria tau..x pernah jemu..rajin mieza nie kan..nnt klu rajin bulan pose nie nk buat la:)
ReplyDeleteAssalam kak... semlm pun sy buat kuih keria gak... utk minum petang... sama lak.hehe... tp sy takde gamba... xsempat nk posing kuih tu sbb buat sikit sgt... hmmm
ReplyDeleteDah lama tak makan kuih keria... bak nk sepiring....
ReplyDeletelebih gemar kuih keria dari donat.. first time buat masa form 1, habis minyak terpercik kena muka & tinggalkan parut.. huhuhu
ReplyDeleteSalam sayanggg Mieza...
ReplyDeletememang kena berjaga2 sepanjang masa, sebab demam ni tak mengira kena kat siapa.
Kuih keria tu mengimbau kenangan lalu, masa kecik2 dulu memang sellau makan, baik yang bonda buat atau beli di kantin tapi sekarang ni dah berganti pulak dengan donut... susah sangat nak jumpa kuih keria!