Fuhhhh..what a long day today...bermula dengan paginya kereta encik hasben kehabisan bateri..terus kong...keta tak leh nak start..jadi mieza terpaksa drivekan hubby gi beli bateri...tunggu keta dia baik dan kompom boleh jalan barulah mieza ke opis...masuk opis dah pukul 11.30 am...pukul 12 noon keluar balik untuk pick up Wawa from her kindy...terpaksa lak tunggu kat muka pintu kelas sebab cikgu dia tengah latih dia masuk pertandingan bercerita peringkat daerah next week..bayar yuran sembang dengan cikgu about Wawa's progress bla bla..then send Wawa to her babysitter..masuk balik opis jam 1.30 petang...oleh sebab next week the whole week mieza outstesen maka kena la siap semua kerja yang due next week tu kena siap minggu ni gak...call lak babysitter to make arrangement so that she or her husband pick Wawa up from her kindy for the whole week next week..then terus balik umah...lagi 1/2 km nak sampai umah keta depan keta mieza accident betul-betul depan mata mieza..turn out keta depan yang accident tu kawan satu opis...terus mieza berhenti tolong apa yang patut..teman kan dia setel dengan polis bla bla akhirnya sampai umah hampir jam 7 pm...lepas maghrib terus masuk dapur bake a cake sebab ada order...sekarang baru la lega skit..badan pun dah letih..kain baju masih bertimbun nak lipat..let alone la yang nak kena iron...esok pagi pagi nak kena 1-Utama sebab ada tournament bowling tertutup opis mieza..huwaaaaaaa...sapa yang tolong picit mieza ni...fenat huhuhu...
Buat kawan mieza yang accident tadi..syukur tak ada kemalangan jiwa yang berlaku...kereta jer yang teruk..pemandu nya cuma lebam sikit sahaja...MPV Citra yang langgar my fren tu pun selamat walaupun kereta nya remuk teruk dibahagian hadapan..engine dia rasanya dah lingkup tu..bila ditanya ngapa keluar simpang menonong je sedangkan keta tengah laju..jawabnya "Akak tak nampak ada kereta datang" memula tu mieza geram juga sebab dia langgar kawan mieza...tapi lama-lama rasa kesian pula sebab dia sungguh sedih dan nampak dia rasa bersalah..dia dok ulang kata yang dia tak nampak keta datang...agaknya bila malang tu tiba Allah tutup pandangan jadi kita nampak apa-apa..dia kata dia nampak jalan tu kosong sebab tu la dia keluar simpang...kesian pula mieza...buat kawan mieza..mieza pasti esok dia MC sebab badannya mesti sakit-sakit...dan dia juga masih terkejut...mieza doakan semoga semua selamat..insyaAllah...
Dok bercerita pasal my day terus lupa nak sembang pasal kek karot ni..sebenarnya carrot kek ni mieza bake untuk anak dara mieza sempena belated besday dia...oleh sebab dah selalu sangat mieza bake a cake..jadi dia pun tak kisah dah besday dia ada kek ke tak hahaha...maaf ye sayang..mama busy buat tempahan sampai tak sempat nak buat kek untuk anak sendiri...
Bila ditanya kakak nak tulis apa atas kek ni..haaaa tu lah dia permintaannya..EXO...sapa tau EXO tu apa angkat tangan cepat!
Haaaa..kalau nak tau EXO tu ialah group K-Pop kegemarannya..haishhh bebudak zaman semua nak di K-Pop kan...Adnin ni sangat minat Korea hingga dia boleh menulis dan membaca tulisan korea dengan baik..cuma dia tak faham maksud sahaja..kat mana Adnin belajar? Jawab nya simple aje.."kat internet mama"...kalau suka sangat dengan korea mieza suruh dia belajar rajin-rajin dan kalau ada rezeki mama leh hantar gi sambung belajar ke korea insyaAllah...
Jom tengok resepinya...dari Joy of Baking...dulu dah pernah buat dah carrot cake JOB ni..memang sedap...moist..dan bila mieza kasi a few slices to my fren dia memuji-muji sedap..katanya lagi sedap dari secret recipe punya kek karot..alhamdulillah....
CARROT CAKE
Recipe : Joy of Baking
Tested by : Mieza @ WAWMC
Carrot Cake
1 cawan (100 gm) pecan atau walnut
2 1/2 cawan (340 gm) carrot parut
2 cawan (260 gm) tepung gandum
1 sk baking soda
1 1/2 sk baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 sk serbuk kayu manis
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan (300 gm) gula castor
1 cawan (240 ml) minyak sayuran atau canola oil
2 sk esen vanilla
Cream Cheese Frosting
1/4 cawan (57 gm) butter
227 gm cream cheese
2 cawan (230 gm) gula icing - ayak
1 sk vanilla
1 sk lemon zest
1. Panaskan oven 350' F atau 180'C. Gunakan 2 loyang bulat saiz 9"
2. Panggang walnut selama 5-8 minit hingga keperangan dan kemudian dicincang kasar.
3. Carrot diparut. Ketepikan.
4. Ayak tepung bersama baking powder, baking soda, serbuk kulit kayu manis dan garam.
5. Dengan menggunakan mixer elektrik, putar telur hingga kembang selama 1 minit.
6. Tambahkan gula sedikit demi sedikit dan putar lagi selama 3-4 minit.
7. Tambahkan minyak dan juga vanilla dan putar hingga sebati.
8. Masukkan tepung dan pukul hingga sebati sahaja.
9. Masukkan juga carrot dan walnut dan digaul sebati dengan menggunakan spatula sahaja.
10. Bakar selama 30 minit atau hingga masak.
Cream Cheese Frosting
1. Di dalam mixer elektrik, pukul cream cheese dan butter dengan menggunakan kelajuan rendah dan pukul hingga gebu.
2. Masukkan gula icing yang diayak sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga sebati dan gebu.
3. Tambahkan lemon zest dan pukul sebati.
Selamat mencuba..insyaAllah sedap..suami mieza yang tak suka carrot cake pun makan banyak carrot cake resepi JOB ni
^__^
Sayang u all muahhh mmuahhh!
Tuan tanah kepenatan.. yang membaca ni turut sama terasa2 kepenatan yang di lalui sepanjang hari ni.. syukurlah semuanya selamat.. Selamat hari lahir buat peminat Korea tu hehhe.. nak tulis nama dah tak nampak.. moga ceria dan suksess selamanya Amin..
ReplyDeleteAlamak baru nak sambung komen.. dah tertekan publish.. sambung komen sikit aje..hehee lama dah tak makan carot cake.. nanti bila free memang nak buat jugak.. one of my fav cakes..:)
ReplyDeleteAs salam. I love carrot cake too
ReplyDeletesalam kak mieza cayang....nani pon suke makan kek carrot yang org buat sendiri berbanding di secret recipe tu. tapi sampai sekarang nani belum pernah buat lagi. asik duk bertangguh je.
ReplyDeleteAduhai mcm2 benda jadi... kak Mieza dah rehat ke belum tuuu...heeeee... saya pun sukaaaa sgt kek carrot...nnt nk try resepi ni lak...InsyAllah...segalanya bermula ngn impian...ngehehe
ReplyDeleteI pandai gak wat kek karot ni...tp nk try gak la resepi ni...tengok sapa lebih sdp ;)
ReplyDeletehollister clothing
ReplyDeleteugg outlet
arizona cardinals
cheap nba jerseys
michael kors outlet online
christian louboutin,louboutin,louboutin outlet,louboutin outlet italia,scarpe louboutin
ralph lauren,polo ralph lauren,ralph lauren outlet,ralph lauren italia,ralph lauren sito ufficiale
ray ban sunglasses
louis vuitton handbags outlet
michael kors outlet online
kobe shoes
ray ban,rayban,occhiali ray ban,ray-ban,ray ban occhiali,ray ban sunglasses
nike free
air jordan 11
ed hardy clothing
the north face outlet
new england patriots
tiffany and co
green bay packers
cheap ugg boots
mm1119
zzzzz2018.4.19
ReplyDeletenike outlet
red bottom shoes
seahawks jersey
nike outlet
ray ban sunglasses
kate spade sale
coach outlet
ray ban sunglasses outlet
kate spade outlet
coach factory outlet