Monday, July 2, 2012

Corn Fritters with Prawns

Assalamualaikum..bersiaran awal mieza hari ni..free la tu ahakksss..ekceli bukan free pun..tapi sedang berada di dalam dewan besar sempena majlis perhimpunan bulanan..ada function...sempena nunggu vip ni berucap meh kita update blog...


Pertamanya mieza nak ucapkan terima kasih banyak-banyak buat jiran mieza sebab sudi menghadiahkan mieza beberapa ketul jagung, 1 paket ubi keledek, 1 box strawberry and a few candies for my kids sempena beliau bercuti bersama keluarga ke Cameron Highlands minggu lepas..jagung kat cameron nun memang sedap dan manis...alhamdulillah dikurniakan Allah SWT jiran yang balik kiri dan kanan umah mieza...itu pun rezeki dari Allah juga...dah lama tak makan corn fritters ni..memang feveret kami sekeluarga...


Corn fritters ni memang sedap jika dimakan dengan kuah kacang..tapi semalam mieza malas ahakksss..penyakit M ku datang lagi..selalunya ada jer 1 paket kuah kacang ready made dalam pantry tapi minggu banyak lak barang dapur yang abis..jadi kita cicah sos cili je la ye anak-anak..tapi cicah sos pun memang zup zap zup licinnnn...alhamdulillah...


CORN FRITTERS WITH PRAWNS
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

2 ketul jagung madu - diracik halus
1 biji bawang besar - hiris
200 gm udang kecil- buang kepala dan ekornya
Tepung gandum secukupnya
Air secukupnya
1 sk garam
4-5 sb gula
Minyak masak untuk menggoreng


Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Satukan semua bahan di dalam mangkuk dan dikacau menggunakan whisk sehingga adunan sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kepekatan adunan adalah seperti adunan cekodok pisang.
3. Jemputkan adunan dengann menggunakan tangan dan goreng didalan minyak panas sehingga perang.
4. Angkat dan toskan.
5. Dihidangkan bersama sos kegemaran. Paling sedap dimakan bersama kuah kacangf.


Jemput makan semua....


Terima kasih sudi bertandang....sayang u all!

7 comments:

  1. salam kenal Asliza..
    sedapnyedapat makan cucur petang2 macam ni..

    ReplyDelete
  2. sedapnya cekodok jagung! nani pun suka makan ni. tapi cicah sos cili je. tak pernah try kuah kacang. mesti lagi sedap tu.

    ReplyDelete
  3. salam mieza cyggg..wah cugarpu tue..h ehhee nampak sedap zila x pernah buat lg tau..leh try jgk nie:)

    ReplyDelete
  4. Rohah..
    salam kenal dari mieza juga...TQ sudi follow...kalau dok dekat2 boleh kita tukar2 menu ye :)

    Nani..
    nani cuba kuah kacang lak..lg sedap tau dik..

    Zila cayanggg
    garfu tu mieza beli kat daiso je...nampak smiley kat tangkainya terus mieza berkenan ahahha...nnt zila cuba tau..sedap zila..feveret kami sekeluarga :)

    ReplyDelete
  5. As'kum baru hari ni dapat menjengah dapur kengkawan.. bila jengah dah tengah malam.. nampak cucur jagung dengan udang yang rangup tu hadoiiiii lapo!! tolonggggg

    ReplyDelete
  6. Mieza, k.gee suka makan ala2 cucur ni... sedap kan

    ReplyDelete
  7. asslm Mieza...suka sgt makan cucur jagung tau...mak FnF selalu buat cicah sos cili... lembut sepanjang masa walaupun dah sejuk...yg ni lagi la spesel sbb ada udang sekali...

    ReplyDelete