Friday, July 6, 2012

Pari Bakar Bersos Bubu Tomyam

Assalamualaikum.. salam hari Jumaat..mesti petang ni semuanya senyum meleret je kan...selalunya hari Jumaat ni semua orang happy...termasuk la mieza sebab esok dan lusa cuti...yahoooooo...leh la bermalas-malasan di umah..tapi to-do list untuk 2 hari tersebut dah panjang ni...banyaknya benda yang pending yang kena disiapkan...tapi apa-apa pun kena gak seronok sebab tak yah bangun pagi pagi dan bersiap pergi kerja...hoyehhhhhhh!


Sejak akhir-akhir ni mieza dah jarang masak malam...selalunya bekpes atau lunch di pejabat...balik umah dalam jam 6 petang hubby kata malam nak kurangkan makan nasi....sekarang ni malam kami cuma makan roti je...kekadang hubby suruh goreng cucur...wiken barulah masak nasi sedap-sedap katanya...ini kerana seluar kerjanya dah makin ketat di pinggang...heheheh

Ikan pari ni mieza masak last weekend lagi..masa jejalan dengan hubby kat wet market last week ternampak ikan ni segar bugar gitu..elok isinya..terus nyesal beli sekor..tak cukup...dan mieza cuba la resepi baru ni..resepi ni mieza jumpa kat dalam Majalah Keluarga Jun 2012..yang cover page gambor Aaron Aziz yang encem tu...beli mag tu pun sebab ada Kekanda Aaron Ajis tu hahahhaha...mengong mieza ni...tapi resepinya mieza dah improvised sikit la...mieza masukkan kiub tomyam dan tambahkan daun limau purut...resepi asal juga menggunakan ikan keli..tapi mieza tak suka ikan keli maka mieza gantikan dengan ikan pari..memang terangkat youuuuu hahahha....jom tengok resepi...

PARI BAKAR BERSOS BUBU TOMYAM
Adapted from : Majalaj Keluarga Jun 2012 m/s 229
Tested and improvised by : Mieza @ WAWMC

1 ekor ikan pari...cuci hingga bersih dan dilumur dengan sedikit garam kunyit (mieza tambah ni)

Bahan-bahan sos
200 gm cili boh (mieza guna cili kering kisar)
100 gm bawang besar
30 gm bawang putih
100 gm lengkuas
50 gm kunyit hidup
50 gm halia
50 gm serai
25 gm asam jawa
1 sk garam
1 sk gula
1 kiub tomyam - mieza tambah
4-5 helai daun limau purut


Cara-cara:

1. Ikan pari dibakar hingga masak. Mieza bakar atas pan je...ketepikan.
2. Sediakan sos. Semua bahan sos kecuali asam jawa, kiub tomyam, daun limau dan garam gula dikisar hingga lumat. Kemudian ditumis sehingga pecah minyak.
3. Setelah agak masak masukkan air asam jawa.
4. Kemudian masukkan pula kiub tomyam. Kacau hingga rata.
5. Masukkan garam gula secukupnya. Sebelum ditutup apinya, masukkan daun limau dan kacau rata hingga naik bau.
6. Setelah sos masak, curahkan ke atas ikan bakar tadi. Hidangkan dengan nasi panas.

6 comments:

  1. Ooo Mieza,
    elok benarlah kalau dah terperasan seluar dah sendat he he hehh... tapi kadang-kadang terlepas juga ye!
    Elok terletak cantik dipandang ikan pari sos bumbu tomyam tu... agak lama juga kak Amie tak masak ikan pari! Sedapnya kalau dapat merasa hasil air tangan Mieza!

    ReplyDelete
  2. ini resepi baru ni..nanti boleh juga nak buat. nani memang suke makan ikan pari.

    ReplyDelete
  3. Kak amie cayang..tak leh wat per lah kak..tk mkn byk pun berat bdn dokkk naik membukit gak huhuhu...ikan pari ni mieza suka yg kecik2...yg kecik lagi sedap dan lemak isinya :)

    Dik Nani..nani mesti cuba tau..sedap sgt! minggu ni hubby minta wat lagi tp ikan pari lak tk available kat pasar..

    ReplyDelete