Friday, November 16, 2012

Pulut Panggang Serunding

Assalamualaikum...
Salam petang Jumaat...waaahhhh mest semuanya bersemangat waja sebab cuti dua hari..atau pun mungkin juga ada yang bercuti seminggu minggu ni sebab banyak cuti tersepit?

Yang kerja sebagai cikgu tu mesti syok sesangat kan..waaaaa mieza jeles! Mieza ni esok pun kena kerja coz terpaksa invigilate final exam students...Ahad pun kena kerja tau huwaaaaa....walaupun kerja tu dapat cuti ganti tapi tu wiken yang mieza ada untuk spend dengan family huhuhu

Dan jantung ni juga berdebar-debar tau..sebab next week result UPSR kuar kan? Apa lah yang akan anak dara mieza dapat ....dup dap dup dap dup dappppp


Haaaa mieza masih lagi dalam mood nak makan pulut hihiii...last time mieza tayang seri muka jagung..kali ni pulut panggang lak..pulut dan pulut sebab stok pulut banyak la pulak heheheh

PULUT PANGGANG SERUNDING
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut - direndam selama 4 jam ( mieza rendam pagi semasa nak pergi kerja, bila balik petangnya terus boleh masak)
1 cawan santan
1 sk garam
2 sb gula

Daun pisang secukupnya
Lidi satay secukupnya
Serunding daging

Cara-cara:

1. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.
2. Satukan beras pulut, santan, garam dan gula di dalam bekas dan kukus hingga masak.
3. Bila sudah masak gaul sebatikan agar garam dan gula rata ke seluruh pulut. Biarkan sejuk.
4. Potong daun pisang lebih kurang  3/4 kaki lebar. Lap bersih.
5. Ambil segenggam pulut dan ratakan di atas daun pisang. Letakkan inti serunding dan gulung pulut bersama daun pisang. Cucukkan lidi hujungnya agar tidak terbuka. (Mieza fail sebab guna stapler hahahha) Ulang hingga habis.
6. Panaskan pan pemanggang. Panggang pulut yang telah dibalut dengan daun pisang hingga perang. Boleh juga dipanggang di atas bara api.
7. Sesuai untuk sarapan dan minum petang.

5 comments:

  1. perghhh miezam mg sedap tue..zila suka yg gemuk2 pastu inti banyak2 waalllaa,,

    ReplyDelete
  2. Insya-Allah keluar result nanti mesti dapat cemerlang punya...
    Pulut panggang memang sedapkan Mieza, kuih tradisional yang tak penah lapuk dek hujang dan tak lekang dek panas, yang sedapnya sebab ada aroma daun pisang, wap panggang meresap dalam pulut... ditambah pula dengan intinya... hadoooiii...ahu 7-8 ketul Kak Amie makan (saiz keciklah he he he ehh)

    ReplyDelete
  3. Salam anak dara Nekcik pun dalam penantian..terima sahaja lah seadanya...nekcik tak penah buat pulut panggang...dulu dulu kat kampong buat pulut cawan jer...

    ReplyDelete
  4. As salam Mieza,salam perkenalan dari saya.pulut panggang menjadi kesukaan .saya ada mengikuti blog Mieza,harap Mieza sudi menjadi kawan dapur saya.

    ReplyDelete
  5. amboi kak mieza..sedap giler pulut panggang tue..giler rajin akak nih..telan air liuq je tiap kali sggh cni..huhu

    btw,gmbr akak makin cntik ar..bg la tips ckit!!hehe

    ReplyDelete